Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts

Tuesday, September 22, 2015

Naratiwat@Ziarah Sedara

Naratiwat, Kpg Berape, jalan Kowa

Sempena cuti2 Malaysia







Thursday, December 18, 2014

Pantai Telok Chempedok

bedil belon yang dibeli dengan harga RM10


Mat Romeo pun ada kat sini. Macam2 lagu yang dia nyanyi. Sapa2 nak hulurkan bantuan duit kat dia, disediakan bekas di hadapannya. 

memilih cenderamata

di dataran belon. Abi namakannya sebegitu sebab ramai orang main belon di situ. 

PTC terkenal dengan pasirnya yang bersih dan putih


Tuesday, December 16, 2014

Gambang Water Park

Alhamdulillah berjaya juga menjejaki kaki ke sana setelah beberapa tahun plan. Untuk anak2 abi katakan. Mungkin inilah yang dikatakan kemuncak kepada cuti2 sekolah 2014 kali ini. Jom layan gambar2 kat sana.

setiap orang akan dibekalkan gelang @kupon kertas masuk. Takde gelang ni bermakna tak boleh masuk lah.

 berselfie dahulu sebelum masuk mandi manda

saat yang menyeronokkan di coco beach ni apabila tibanya ombak. Ombak ni tiba setiap 20 minit.Lepas tu off kejap.

naik pelampung yang disewa. kalau datang awal boleh la sewa, kalau lewat gak, sengeh je la

ternganga keriangan si Furqan tuh. Dulu gak memang fobia sangat ngan kolam air




gelongsor air ...yeaaaahhhh

bersambung next time pulakkk...
wassalam..


Sunday, December 14, 2014

Kg. Kurnia Bt 3 menggamit memori

Bismillahirrahmanirrahim...

Cuti sekolah dah pun bermula. Errrmmm, masih tak plan lagi nak ke mana. Yang ada di benak fikiran hanyalah ingin ke Kuantan. Nak gi jengok sedara mara di Kg. Kurnia, Batu  3, Jalan Gambang, Kuantan. Tapi, tak tahu pulak jalan ke sana. 

Sudah hampir 14 tahun abi meninggalkan sebuah kampung kecil yang digelar Kg. Kurnia. Kali terakhir sewaktu abi masih menuntut diploma pendidikan di UIAM pada tahun 2000. Selepas itu tak sempat2 jengok lagi apa yang berlaku setelah dipostingkan oleh KPM ke Miri, Sarawak pada tahun 2001, bulan 8. 

Kg. Kurnia jugalah merupakan arwah bapa mertua abi mencari secebis rezeki. Hanya beberapa tahun sahaja di sana. Dan selepas itu pulang semula ke Selatan Thai. 

Bertemankan abang ipar alhamdulillah abi sekeluarga sampai jua akhirnya di sana.Nasib baiklah dia bawa juga GPS (Sygic)...

Inilah rumah peninggalan arwah. Telah roboh dan tidak dipedulikan oleh anak2. Semua anak duduk jauh belako termasuklah kami. 

Maafkan kami wahai ayah...wahai ibu...keadaan memaksa kami untuk tidak sempat menjengok rumah ayah.

ziarah tapak rumah yang semakin hari semakin dihakis oleh Sungai Kuantan. Dahulunya kawasan tapak rumah ini adalah hutan paya pokok nipah dan ianya telah pun ditambun dengan tanah dan pasir oleh arwah. 

Haji Eil (Ismail) adalah sedara kami dan merupakan jiran terdekat dengan rumah arwah. Nombor rumahnya PTK 94 manakala rumah arwah PTK 96. Selang satu rumah saja. Haji Eil dahulunya pernah bekerja dengan arwah sebelum bertugas sebagai Jaga di sebuah hotel.

Lebih mesra dipanggil Pakcik Zaki adalah merupakan jiran arwah juga. Pernah juga bertugas dengan arwah sebelum bekerja sebagai pemandu teksi.Suami isteri ini adalah berasal dari seberang juga! 

 InsyaAllah jika diizinkan akan abi post kan pula siri CCM 2014 pada masa akan datang.

Tuesday, April 23, 2013

Riyaz Heritage, Pulau Duyong, Teganu Kite

episod cuti-cuti Malaysia 2013 part 1....




Sunday, February 10, 2013

Cuti-cuti Malaysia

Raye Cina ni abi n famili tak balik kampung. Banyak keje sekolah yang perlu dibereskan dalam cuti ni. Buku rekod mengajar la, laporan itu ini la, dan lain2 lagi. Malas nak citer kat blog ni. Bertambah tension abi dibuatnya.

Dok di Setiu ni pun jarang melekat di umah musim cuti ni. Asyik jalan je nak hiburkan hati hero2 abi. Kalau dok terperap di umah lagi banyak lah fight sana fight sini. Asyik dok jadi hakim jer abi nih. Saper yang salah dan saper yang betul.

So, abi jalan2 lah dalam episod pertama cuti2  Malaysia untuk tahun ni.

Semalam dah g jalan2 ke Penarek Beach. Si Ummi goreng kulat untuk dimakan kat pantai.

Hari ni pulak g jalan2 di Kolam Air Panas La, Besut. Kira cuti betul2 nih!

posing jap. peaaaaaaaace !!

main ombak

 aksi stunt hero2 abi. Air tohor jer tuh

berendam di kolam air panas. Tak lah panas sangat, suam

Sunday, September 30, 2012

Cameron Highland





Di taman Agro Teknologi. Pelbagai flora ada di situ

Teh Boh yang ditanam di sekitar tepi bukit. Masa tu abi sempat naik ke puncak bukit yang mana di atasnya terdapat kiosk kecil untuk minum teh...

                                              flora yang mencuit hati abi


                                              awas! yang ni bukan rambutan...

Thursday, May 3, 2012

hari bermakna

28 April ummi kembali ke tanahair. Rindunya membara untuk melihat anak2 yang ditinggalkan apatah lagi Azzam yang terpaksa ditinggalkan dalam usia 3 bulan kepada neneknya. Ummi sampai lewat malam lebih kurang jam 900 pm. So, kami ambil keputusan anak beranak untuk bermalam di Dara Inn, K. Terengganu.


 Penginapan di Dara Inn cukup selesa bagi kami anak beranak. Cukup untuk melepaskan penat lelah sekadar satu malam. Kos untuk 1 malam RM125 bagi bilik superior.




keesokan harinya kami jalan2 sekitar giant. Bawa Qan main2 di tempat permainan kanak2. memang riang sungguh hatinya sebab dah masuk 2 minggu abi tak bersamanya dek kekangan kerja yg tak dapat pulang ke kampung. Di situ juga ummi membeli segala keperluan Azzam untuk dibawa balik.




dalam perjalanan pulang ke Setiu sempat kami singgah untuk menjamah ICT di Pantai Rhu 10.

2 Mei ummi kembali semula bertugas di Miri. Segala kenangan manis di KT terpahat di fikiran anak2 walaupun sedetik. syukran ummi.


 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.