Tuesday, March 5, 2019

lembaga di tepi katil

Pagi tadi semasa masuk kelas nak mengajar, tetiba kedengaran suara dari seorang pelajar...." ustaz, si ***** malam tadi nampak hantu kat tepi katil dia".

Macam mana dia nampak tu??? Dia buat apa2 tak?? tanya abi.

Sebelum dia tidur tu, dia main macam buat2 takut gitu...dalam benak fikiran abi dia bercerita hantu lah tu.

Masa dia nak tidur, dia nampak lembaga tu berdiri tepi katilnya...

Tu lah korang, sembang kencang sangat pasal hantu. hantu @ jin tu macam kita juga lah. Diorang ada telinga dan ada perasaan. Ada yang baik dan ada yang nakal. Kemungkinan yang nakal tu lah yang ganggu kamu tu.

Lain kali jangan lah bersembang pasal mereka kalau penakut. Baik sembang pasal kapal terbang ke...jet ke...kungfu ke...tak la berhantu...

Perlu dingatkan tempat ni masih lagi keras!

So, nak tidur pastikan baca 3 Qul lalu ditiupkan ke telapak tangan dan disapu pada seluruh anggota badan. InshaAllah kamu akan selamat dari gangguan makhluk halus.

gambar ehsan dari google




 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.