Showing posts with label Kembara. Show all posts
Showing posts with label Kembara. Show all posts

Monday, November 14, 2016

Lawatan Pasca PT3

2 - 5 Nov 2016 : Lawatan Ke Kuala Lumpur dan Melaka sempena aktiviti Pasca PT3. 4 hari berada di sana bersama dengan 114 orang pelajar. Diiringan bersama 7 orang guru termasuklah abi sendiri. 


barisan guru pengiring, lokasi: Muzium Telekom KL


tiga jer guru laki 

antara pelajar yg mengikuti lawatan ini 

menara KL

i'm not a hulk! 

 berada setinggi 421 meter 

singgah sebentar 

bersama geng supit ghokghat

with the gold man..

Sunday, October 9, 2016

trip to Cambodia n Vietnam part II

Kali ni nok sambung lg citer abi di Veitnam pula...

Jom layan gambar. Biar gambar berbicara seribu bahasa...

haaaaa, inilah tourist guide sms di Kemboja, Ustaz Mansur, seorang guru di Islamic School of Dubai. Ayah adalah Malaysian dan emak adalah Cambodian, fasih berbahasa Melayu Terengganu n boleh bertutur dalam bhs Champa(Melayu) dan Kemboja

Tan Loc Hotel adalah penginapan abi bersama rombongan. tapi yang tak bestnya kena berkongsi katil queen dengan member@partner. Kongsi selimut pulak tu.huhu

bersiap siaga mengharungi Sg Mekong. Di belakang tu adalah bot2 yang membawa penumpang menyusuri sungai...naik bot camni perkara biasa bg abi sbb dah biasa menyeberangi Sg Golok ke Takbai guna bot camni.

dalam bot...life jacket...safety first

ceria guys...mesti first time naik bot ni

sesampai di Pulau Kelapa...dihidangkan dengan minuman madu. Amoi tu sedang buat air madu yg dicampur dengan beberapa herba lain....errrmmm sedap

sambil makan2 dihidangkan dengan lagu tradisional Vietnam...abi terkejut kerana diorang ni pun pandai nyanyi lagu malaysia

amik peluang bergambar dengan miss universe diorang....tu jer yang muda...yg lain t**

naik perahu pulak menyusuri anak Sg Mekong.Di belakang abi tu Mr. Fo, pemandu pelancong. ramah orangnya.masih bujang lagi. Sape berkenan utk dakwah n kahwin dgn dia masuk Islam, boleh hntar resume mail pd abi :) 


dah habis n penat berjalan baru lah dapat minum air nyior....lega tekak yg kering...tengok tu ayahnda pun tersengih keriangan

malamnya....kami jalan2 jer kat pasar malam diorang tu. Memang ramai Malaysian yg datang shopping pd hujung minggu.meriah macam pasar malam di Malaysia

ok...see u all for the next trip


Friday, October 7, 2016

trip to kemboja & Vietnam

Alhamdulillah puji dan syukur hanya padaMu kerana trip ke Kemboja dan Vietnam dapat berjalan dengan lancar. 

Abi ke sana bersama dengan 4 orang guru dan 17 orang pelajar. Rasa teruja sangat2 kerana berpeluang mengunjungi negara yang sedang membangun dan dalam proses pembangunan. 

Jom layan gambar2 sepamjang lawatan ke sana...

Gambar di Kemboja: 

check in di epot 

balai pelepasan tunggu flight 

safely arrived in Cambodia....tulis borang isytihar harta

tengah tunggu makanan....di sebelah yg macam artis tu Cg Semmi 

lawatan ke Dubai Islamic School 

our donation for this school

Cikgu Nini sedang beramah mesra dengan pelajar2 perempuan...ermmm.cantikkan diorang?? boleh jd retis ni kalau mari M'sia 


 me and the cambodians


as usual....ada la bebudak yg ajak selfie melpie

di perkarangan Masjid Ammar Bin Yasir 

 lawatan ke muzium mangsa pembunuhan oleh Khymer Rough

tengkorak mangsa yg telah digali daripada kubur.amat mengerikan kerana mereka ini disiksa dengan begitu teruk sekali 

tak ketinggalan, shoping moping di Central Market...batu permata ...fuyyooo...boleh rambu mata melihatnya. kalau madam abi datang ni gerenti habis kat sini je duitnya



ok lah kita sambung lagi pd entri yang berikutnya....





Saturday, February 8, 2014

ke Bandar Satelit

First time si merah abi sampai ke Bandar Satelit dan Kubang Kerian. Dengan melalui jalan Pasir Puteh akhirnya tiba lah di Pasir Tumbuh dengan selamatnya dalam kiraan masa 1 jam 15 minit dari Setiu.

Dah lama abi tak ride solo ni dengan jarak yang begitu jauh. Kali terakhir pada tahun 2001 ride solo dari Tanah Merah ke Pengkalan Kubor. Masa tu baru tamat U dan sedang buat praktikel di SMKA Wataniah. Perjalanan yang agak lama juga dan hampir memakan masa 2 jam untuk ke sana. Lenguh habis tangan kaki dan belikat. Terima kasih kepada Honda EX5 WEK 945 yang sudi menjadi teman abi pada tika itu.

Hari ni tangan@lengan ada sedikit lenguh2...Lama tak ride. Kira boleh tahan lagi la walaupun umur dah makin meningkat. Tapi nampak perbezaannya apabila menaiki motor biasa/kapcai dengan motor berkuasa tinggi. Punggung dan belakang taklah lenguh dan sakit. Ingatkan sakit belakang tadi al maklumlah duduk yang hampir menonggeng membongkok sedikit tapi syukur tiada kesakitan berlaku.


walaupun tak selaju mana ride si kuda moden ni around 75-80 km tapi yang penting kepuasan untuk menunggang tu ada di samping memelihara FIQH JALANRAYA...

"menunggang untuk kepuasan bukannya untuk kebanggaan"

Saturday, October 22, 2011

jaulah fi Langkawi

dalm cable car...tobat dah...abi tak naik lagi menatang ni....gayat sampai nak tercabut jantung

makan burger di puncak bukit. Nak kasi hilang gementar. Harga 1 burger RM 4

skybridge....langkawi...tobat dah abi taknak naik lagi...gayat oiiiiii

di Underwater world, Langkawi....mai-mai pilih ikan

Monday, June 14, 2010

Hari kedua di KK

Merendam kaki dalam kolam air panas. Tak tahan lama weh. Dalam kiraan 10 je dapat. Kali terakhir dapat rendam sampai 1 minit lebih tanpa angkat kaki.


sambung sikit lagi cerita di Brunei......alkisahnya abi dah ditinggalkan oleh kawan di jalanan Brunei. Sempat makan buah langsat berkilo-kilo nak cari kawan-kawan. Nak cari kampung Air pun tak jumpa. Last sekali kami pasrah. Nasib baiklah tepon yg dibawa boleh di sms kpd kengkawan. Janji punya janji maka bertemulah semula di Masjid Hasanol Bolkiah.

Kisah di Kota Kinabalu....hari keduanya kami ke Kundasang, Ranau dan Kolam Air Panas (poring). Alhamdulillah cuaca baik semasa dalam perjalanan. Jalan yang bengkang bengkok untuk ke poring menyukarkan kami untuk drive laju. Tapi abi begitu hairan sekali bas yang begitu besar memandu dengan laju. Mungkin mereka ni dah biasa ngan jalan tersebut.

Dalam perjalanan pulang, cuaca sedikit hujan. Jalan berkabus tebal dan menyukarkan pandangan kami. Kereta dapat dipandu 10-15 km sejam. Kali ini terpaksa menuruni bukit pula. Adegan yang tak sanggup berlaku telah berlaku dalam kereta yang mana Jazlan hendak kencing. Jalan berkabus tebal dan kami tak sanggup turun untuk parkir kereta. (silap2 dilanggar orang) Apalagi botol mineral kosong jadi mangkuk tandas mengisi air mineral jazlan pula. Satu pengalaman yang susah dilupakan.

Thursday, June 10, 2010

sehari di Brunei

Masjid Omar Ali yang tersergam indah menjadi daya tarikan pelancung luar dan dalam negara

Di hadapan Masjid Omar Ali

Di hadapan Masjid Sultan Hasanol Bolkiah

Memang dah hasrat kami sekeluarga dari dulu lagi nak pi Brunei. Alhamdulillah pada tahun ni berjaya gak menjejaki kaki ke Brunei walaupun bersempadan dengan Miri tak jauh. Tidak kurang daripada 40 km.

Abi membawa Atos dengan muatan barang2 keperluan dalam rangka cuti2 Malaysia ke Kota Kinabalu. Kami bertolak seawal jam 7.15 pagi dengan ditemani keluarga Abu Imam Al Mustaqim dan Abu Syakir.

Kami beristirehat di Limbang di Hotel Purnama sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.

jumpa lagi pada entri yg akan datang!

Wednesday, December 23, 2009

Trip to Hatyai and Songkhla

selepas melihat pertunjukan ikan dolpin


hasil kraftangan orang siam

pantai Hatyai...terkenal dengan lagenda ikan duyung

Thursday, December 17, 2009

Trip to Pattani

Bandar Pattani yang menjadi rebutan orang Islam dan kerajaan Thailand

di setiap penjuru jalan ada polis yang mengawasi


motor-motor dikenakan supaya membuka pelana ditakuti ada menyimpan bom





Berjalan di sekitar bandar Pattani tidak seronok seperti dulu lagi. Kalau dulu tiada sekatan jalanraya. Kini berjalan sejauh 7-8 km dah ada sekatan oleh polis. Mereka akan periksa kereta yang disyakinya. Terasa berada seolah -olah di bumi Palestin yang mana orang asing datang menjajah di negara milik orang Islam Pattani. Mereka terdiri daripada askar-askar yang didatangkan daripada Bangkok. Tidak mengerti pertuturan orang Melayu. Tidak tahu tentang budaya dan sikap orang Melayu. Lebih-lebih lagi tidak faham tentang perjuangan orang Islam Pattani selama ini.

Sawadi kap... Thai

satu pose menarik daripada Fatwa...sawadi kap....


Namanya Fatwa. Baru berumur 5 tahun. Pemalu orangnya. La ni dok bersiap nak g ke anuban (dlm bhs Thai bermaksud tadika).Itu adalah pakaian anuban. Kedua ibubapanya bekerja di Malaysia sebagai tukang masak.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.