Wednesday, May 15, 2019

Selamat Hari Guru @ Eidul Mua'llimin


Hari ni 16 Mei adalah Hari Guru bagi rakyat Malaysia. Namun pada hari ini abi bersama rakan2 pendidik yang lain tiada sambutan di peringkat sekolah. Ini kerana kami sudah menyambut awal lagi sambutan Hari Guru ini di peringkat sekolah sebelum kedatangan Ramadhan Al Mubarak.

Di Setiu, kebanyakan sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru ini sebelum tibanya Ramadhan Al Mubarak ini.

Tema ??? Selalunya bila tiba aje hari guru orang akan bertanyakan tema apa???Pakaian apa nak dipakai? Costum apa yang mahu dicari ?

Tema di SAIS ni adalah tema Pakaian Pengantin Tradisional...

Kalau korang datang ke SAIS ni korang boleh tengok lah macam mana cikgu2 SAIS memperagakan pakaian pengantin mereka. Tapi abi pada hari tersebut hanya berpakaian baju Melayu dan songket sahaja. Santai dan bersahaja!

Monday, May 13, 2019

Jin mengucap 2 kalimah syahadah

Dalam suatu proses rawatan, seorang pesakit telah mendengar audio ruqyah syariyyah melalui You Tube, Syeikh Rasyid Mishari. Sebaik sahaja diperdengarkan bacaan ayat2 suci Al quran maka si pesakit pun terus taksedarkan diri.

Dalam tak sedar diri itulah, jin telah menunjukan reaksinya dalam keadaan kesakitan. Ya, sakit. Jin pun akan terkesan juga bila diperdengarkan dengan ayat suci walaupun ia sekadar audio.

Setibanya pada ayat surah Al Jin, maka kedengaran daripada mulut pesakit tersebut kalimah syahadah. Beberapa kali diulang nya kalimah syahadah tersebut. Abi fikir ada di kalangan mereka yang bukan Islam telah masuk Islam. Ataupun yang dah Islam tapi memperbaharui syahadah mereka.

Wallahu a'lam sesuatu yg susah utk dijangka sebabnya ianya adalah di alam ghaib.

Dakwah & Surau tugas siapa?

Alhamdulillah puji dan syukur atas segala nikmat yang diberikan olehNya kepada kita semua. Khususnya nikmat Iman ke atas diri kita.

Kedengaran kata2 yang tak manis didengar bagi abi ialah ustaz dan ustazah lah yang sepatutnya menggerakkan surau dan bukannya orang lain (cikgu). Bagi abi ia adalah satu pandangan atau pemahaman yang salah tentang konsep dakwah itu sendiri. Siapakah penggerak ???

Kalau dilihat dari segi kaca mata Islam dakwah itu adalah kerja semua orang baik dia ustaz atau pun tidak. Dakwah itu adalah kerja mengajak kepada Islam, menyeru kepada yg makruf dan mencegah yang mungkar. Jadi itu kerja semua orang Islam tanpa melihat kepada latar belakang.

Semua daripada kita ini adalah layak untuk berdakwah tetapi dengan cara yang pelbagai. Ada yang berdakwah dengan lisan seperti berceramah sana sini. Ada juga yang melalui penulisan seperti menulis tentang islam dalam blog, fb, tweeter dan lain2 lagi. Ada yang berdakwah melalui seni seperti lakonan. Dan banyak lagi kerja2 dakwah yang kita boleh masuk dan ceburi. Pendek kata nak atau tak nak sahaja.

Bila kita dah tau dakwah itu tugas siapa maka tak timbullah siapa yang akan jaga surau. Dengan erti kata lain siapa yang nak imarah/menghidup kan surau. Setiap daripada kita lah yang mukallaf sepatutnya memainkan peranan. Bukannya terletak atas bahu ustaz/zah sahaja. Kalau letak ataz bahu ustaz/zah sahaja berapa keratkah mereka yg ada???

Dalam organisasi sekolah, jika setiap guru memainkan peranannya dalam "berdakwah" kepada murid2, abi yakin dan percaya murid2 akan terkesan dan terdidik dengan sendirinya. Berdakwah itu bukannya bagi tazkirah sahaja tetapi dakwah bil hal itu pun suatu yg penting juga. Dakwah bil hal itu adalah tingkah laku dan perangai yang baik.

Jadi, marilah para guru / pendidik kita sama2 gemblengkan tenaga demi dakwah Islam untuk anak2 didik kita. Dengan dakwah yg kita lakukan ini abi percaya akan turunnya rahmat Allah ke atas anak2 murid tersebut. Bila mana turunnya rahmat, inshaAllah akan turunnya kejayaan dan kecemerlangan.

Jom geng kita berdakwah!

Saturday, May 11, 2019

Ais dan zikir hasbunallah

Sekadar perkongsian cerita lama khususnya buat anak2 abi yang kemungkinannya akan berkecimpung dalam dunia rawatan Islam dan gangguan makhluk halus.

Dalam rawatan abi terhadap pesakit yang kerasukan jin mahupun iblis, adakalanya abi menggunakan ais. Ye, ais atau bahasa kampungnya air batu. Abi menggunakan ais manik (biji2 ketul).

Ais tadi abi titiskan pada pesakit atau direnjiskan pada pesakit sambil berzikir dengan lafaz                " Hasbunallah". berulang kali dibuat / direnjiskan air itu ke muka pesakit atau kaki.

Akibatnya jin yang terkena ais tadi akan meraung kesakitan dan menjadi lemah. Dan jika diizinkan Allah SWT jin @ iblis tersebut akan keluar akibat sakit.

Semua yang baik tu adalah dengan kehendak Allah belaka.

Abi & Ramadhan 1440 H



Firstly, nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak kpd pengunjung blog cerita abi. Alhamdulillah hari ni dah masuk hari yang ke 7 kita berpuasa. Apa khabar puasa korang semua???

Tahun ni dah masuk tahun ke 8 berpuasa di Setiu. A;hamdulillah dengan rahmat dan inayahNya abi dan anak2 dapat berbuka bersama ibu dan ayah tersayang di Tanah Merah. Kalau 8 tahun sebelum tu, abi di Miri akan rasa terkilan kerana kami tak sempat nak berbuka dan bersahur bersama ibu ayah di kampung.

Allah tu Maha Kasih dan Penyayang kpd hambaNya, doa abi untuk hidup dan bekerja dekat dengan rumah ibu ayah telah Allah maqbulkan. Hampir setiap Ramadhan kami dapat berkumpul. Begitu juga dengan ketibaan Syawal, dapat disambut meriah secara besar2an di kampung.

Sudah takdir akan adanya mereka yang berjauhan akan didekatkan oleh Rabb. Semua nya bergantung kepada keikhlasan berdoa. Berdoa lah pasti Dia akan mendengar dan memaqbulkan setiap doa kita. Dia lah Yang Maha Mendengar!

Kesempatan Ramadhan kali ni, perbanyakkan doa. Yang penting istiqamah dalam doa. Mintalah yang baik2. Pasti akan ada maqbulnya.


 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.