Wednesday, May 15, 2019

Selamat Hari Guru @ Eidul Mua'llimin


Hari ni 16 Mei adalah Hari Guru bagi rakyat Malaysia. Namun pada hari ini abi bersama rakan2 pendidik yang lain tiada sambutan di peringkat sekolah. Ini kerana kami sudah menyambut awal lagi sambutan Hari Guru ini di peringkat sekolah sebelum kedatangan Ramadhan Al Mubarak.

Di Setiu, kebanyakan sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru ini sebelum tibanya Ramadhan Al Mubarak ini.

Tema ??? Selalunya bila tiba aje hari guru orang akan bertanyakan tema apa???Pakaian apa nak dipakai? Costum apa yang mahu dicari ?

Tema di SAIS ni adalah tema Pakaian Pengantin Tradisional...

Kalau korang datang ke SAIS ni korang boleh tengok lah macam mana cikgu2 SAIS memperagakan pakaian pengantin mereka. Tapi abi pada hari tersebut hanya berpakaian baju Melayu dan songket sahaja. Santai dan bersahaja!

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.