Saturday, May 11, 2019

Abi & Ramadhan 1440 H



Firstly, nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak kpd pengunjung blog cerita abi. Alhamdulillah hari ni dah masuk hari yang ke 7 kita berpuasa. Apa khabar puasa korang semua???

Tahun ni dah masuk tahun ke 8 berpuasa di Setiu. A;hamdulillah dengan rahmat dan inayahNya abi dan anak2 dapat berbuka bersama ibu dan ayah tersayang di Tanah Merah. Kalau 8 tahun sebelum tu, abi di Miri akan rasa terkilan kerana kami tak sempat nak berbuka dan bersahur bersama ibu ayah di kampung.

Allah tu Maha Kasih dan Penyayang kpd hambaNya, doa abi untuk hidup dan bekerja dekat dengan rumah ibu ayah telah Allah maqbulkan. Hampir setiap Ramadhan kami dapat berkumpul. Begitu juga dengan ketibaan Syawal, dapat disambut meriah secara besar2an di kampung.

Sudah takdir akan adanya mereka yang berjauhan akan didekatkan oleh Rabb. Semua nya bergantung kepada keikhlasan berdoa. Berdoa lah pasti Dia akan mendengar dan memaqbulkan setiap doa kita. Dia lah Yang Maha Mendengar!

Kesempatan Ramadhan kali ni, perbanyakkan doa. Yang penting istiqamah dalam doa. Mintalah yang baik2. Pasti akan ada maqbulnya.


No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.