Monday, May 22, 2017

Kenapa Allah pilih kita

ADA ORANG , ALLAH PILIH DIA UNTUK DIUJI

BUKAN ORANG LAIN TAPI DIA....

MUNGKIN ADA HIKMAH DISEBALIKNYA

ALLAH NAK AJAR DIA DAN BERI DIA PENGAJARAN...

DAN BERI JUGA PELAJARAN UNTUK ORANG LAIN

USAH MENGELUH !!!

DI SITULAH KITA BELAJAR

BELAJAR DAN TERUS BELAJAR ...

SEHINGGALAH KITA DAPAT MEMBEZAKAN

ANTARA KACA DAN PERMATA....

ANTARA HAQ DAN BATIL ...




N A S I H A T

HATI YANG LEMBUT AKAN MUDAH MENERIMA NASIHAT 

WALAUPUN DARIPADA SEORANG KANAK2

TAPI HATI YANG KERAS TIDAK MUDAH UNTUK MENERIMA NASIHAT

SEKALIPUN DARIPADA SEORANG MUFTI ATAUPUN ALIM ULAMAK 

Sunday, May 21, 2017

BUDAYA MAKAN DI HOTEL..


Relevan kah dengan ekonomi ygtak stabil sekarang?minyak naik pun bising...
Hi-tea di hotel paling tidak RM40-45 perkepala (banyak betul makan).Boleh muat ke perut tu???

Jika makan kat kedai@restoran biasanya harga utk makan tengahari antara RM8-10.( tu pun ambik menu yg paling best)
Beza antara RM45&RM10 = RM35.
Tak membazir ke RM35 yg dibayar tu semata² untuk menjamu 'perut stokin' .Kalau lah kita berikan RM 35 kpd yg kurang berkemampuan,,,,mungkin dah 3 -4 orang dapat merasai sedeqah kita tu. Tapi kan, mungkin tak ramai yg berfikiran begitu. Mungkin ramai yg mengatakan....'alaaa skali skala makan hotel apa salahnya' huhu....

Tak nampak membazir ke kat situ?
Budaya makan kat hotel ni cukup sinonim bg yg kerja kerajaan mahupun agensi swasta.
Kalau kita ceritakan perihal harga kita makan kat makcik dan pakcik di kampung tu, gerenti ternganga mulut diorang! mungkin ada yg kata dgn RM45 tu, diorang boleh makan nasi bungkus pagi (ayam kampung contohnya) selama seminggu.

Bila la nak berhenti budaya makan ala² ahli mubazzirin ni?
Ada function sikit, makan kat hotel. Ada program sikit, makan di hotel.Kononnya nak nampak 'grand'. (bertepuk tangan la setan² kat sebelah korang makan tu.korang jer tak nampak) sekarang diorang dah ada sekutu!

Bulan puasa dah nak dekat. Memang niat tak nak membazir dlm bulan tu. Tak nak beli banyak makanan.Takut tak habis. Bulan puasa jer ke kita dilatih supaya tak membazir? Bulan lain??

Oh! hanya telahan drp umat akhir zaman.Kerana kita takut budaya ini lahir drp perancangan Dajjal yg suka kpd WOW! WOW hebatnya diorang ni...makan kat hotel...

Saturday, May 20, 2017

minyak vs air



Kata orang minyak dan air tak boleh bercampur. Betul ke? Pernah tak tengok minyak dan air dalam satu bekas yang sama. Air dapat larut dalam minyak ataupun minyak larut dalam air. Bila dah larut maka kita takkan dapat kenal pasti lagi mana satu air dan mana satu minyak.

Perumpamaan ini ada betulnya. Jika diperhatikan memang air takkan bercampur dan sebati dengan minyak.Amat cantik perumpamaan ini jika kita lihat dari sudut kemasyarakatannya.

Dapat dilihat hari ini pelbagai ragam manusia yang ada. Ambil saja yang muslim atau pun yang mukmin. Mukmin ini pun 2 kategori. Satu mukmin yang soleh dan keduanya adalah mukmin yang 'asi. Walaupun sesama mukmin tapi cara hidup mereka adalah jauh berbeza.

Mukmin soleh adalah hamba Allah yang senantiasa taat pada suruhanNya serta menjauhi laranganNya. Mereka ini sentiasa mengingati Allah dalam setiap ketika dan takut untuk melakukan maksiat kepada Allah.

Mukmin 'asi pula adalah hamba Allah yang melakukan maksiat kepada Allah seperti berjudi,berzina, minum arak dan sebagainya. Mereka ini lali dari mengingati Allah. Tapi pada masa yang sama mereka masih lagi percaya kepada Allah cuma perangai atau akhlak buruk mereka sahajalah yang mencemari tittle mukmin itu.

Jadi difahami di sini mereka tidak akan dapat disatukan walaupun atas nama persahabatan lebih2 lagi atas nama perkahwinan. Mereka adalah aliran yang berbeza2. Cara hidup yang berbeza2. Satu orang ingin mencari redha Allah dengan melakukan ketaatan dan seorang lagi ingin mencari keseronokkan dunia yang bersifat sementara.

Memang betullah kata orang minyak dan air takkan bercampur!


Wednesday, May 17, 2017

Ticers Day

16 Mei hari ticers day. Semua sekolah terhenti seketika proses pdpc. Termasuklah kat SAIS ni. Kemeriahan terserlah pada hari guru ni. JPN Terengganu menggalakkan sekolah2 agar guru2 mengenakan pakaian "back to school". Tapi kami kat SAIS ni dah buat tema tu 2 tahun yang lalu.

Jadi tahun ini kita buat tema "jika aku bukan seorang guru..."

Jom layan gambar.....

sukaneka: lemparan kasih sayang,,,,kata mereka...pegang dengan kasih

akhirnya satu belon pecah akibat tiada kasih sayang semasa memegangnya....tergelak us Jo di sebelah

bottle flip antara acara yang menguji kemahiran 

bowling kelapa.Tn Hj menunjukkan skillnya

 so, today if i were not a teacher i will be a chef . ok tak???huhu

bersama enggineer , cg Zalizan

the second chef, Us Amran 

wakil rumah ABAS menang main bowling kelapa

dapat anugerah guru paling bergaya (no 2) hehehe tak bergaya pun.diorang silap pilih. bagi abi pilot yg lebih bergaya

bersama cikgu Aziz 

bersama students form 5


Saturday, May 13, 2017

Volleyball

Jumaat n Sabtu dihabiskan utk bola tampar kali ini. Kena bawa budak SAIS main BT di Kompleks FRU Marang. Budak SAIS ni terpilih utk mewakili persatuan BT Setiu dalam kejohanan terbuka di sana. 




nasib baik lah soklan exam dah siap. Baru siap pagi ni. Sebelum bertolak ke Marang buat dulu. Syukur.

apapun abi learned many knowledge about volleyball. This is my experience for this year! holaaaa!

Sunday, May 7, 2017

Allah yang bg kekuatan

Malam ni seperti biasa, abi berkuliyah di Surau Al Falah. Surau di kampung. Masa terlalu singkat untuk hari ni nak buat preparation@study sbl berkuliyyah.

Balik jer dari kerja,senggeng tubuh sekejap, Rehatkan badan yg penat. Hajat nak study lepas solat asar. Gi maghi gi maghi dekat pukul 530 dah. 

Nasi belum masak lagi.Pikir punyer pikir, amik cara hal masak untuk anak bini dulu la. Nanti kebulur pulak diorang takde makanan. tong ting tong ting masak....maka siap la dekat pukul 7 lebih....nak masuk maghrib dah...adoiiii

Belek la juga sehelai dua apa yg nak diajar nanti. Dengan ore kampung takleh nak kelentong...nanti pecah temberang. Tapi dalam hati ni gak ddebar jg lah sbb takdang baca habis. Last sekali masuk maghrib, tawakkal pd Allah

kkemas diri n pakai baju jubah molep...buh minyak wangi sikit....start muto...bereh

Tapi nak ghoyat bui nyo...kijoae Allah Taala belako. Dia banyak tolong kito time kita terdesak. Alhamdulillah Allah Taala permudah jalan @ huraian hinggala sampai masuk Isya'. Idea2 yang dikongsikan tu ada sokmo.lepas satu , satu maghi dalam ppalo.

Syukur padaMu ya Rabb kerna mudahkan urusan ku.


Saturday, May 6, 2017

pelepas geram

Hari ni abi jalan2 sama darling abi ke pasar tani. Di Setiu jer pun, tak jauh. Kita ni alah ko usia tua pergi jalan pun tempat2 gini jer. Dah lama darling tak berjalan dengan abi ke pasar ni. Sejak bulan 12 tahun lepas lagi. Nak buat camner....ada something...huhuhu

Kali ni kami jalan n pusing abih2 pasar tu. start dari awal hingga ke penamat gerai. (hampir2). Berpeluh juga ketiak!hahaha

Macam2 yang kami beli.Tapi mostly adalah makanan. Tapai,laksa penang,laksa kelate,kek sarang semut,asam gelugor dll....memang penuh la tangan ari ni.

Last2 dekat nak jam 100 pm, darling nampak tak bermaya dah. Abi ajak balik jer.Lagipun ikan dalam bonet tu lama dah beli takut busuk pula. 

Di perjalan pulang, ada satu stesen lagi nak singgah. Zua supermarket.Darling nak shopping lagi katanya. Nak shopping beras,gula dan perkakas dapur pula. Hajat nak beli la beras cap Nagasari tu, tapi takde pula. Apa hal dengan beras ni.




Memang kami seisi keluarga dah serasi dengan beras tu. Terpaksa bertukar arah kepada beras cap rambutan pula. Tak tau la sedap ko dop!Beli 5 kg dulu. Nok try test dulu.




Ok lah tu jer nak celoteh malam ni sebelum tidur. Apa pun sayangilah pasangan anda. Hargailah dia selagi dia masih hidup. Give her real love after Allah and rasul and ur parent. 

Jika dia dah takde, takde lagi cinta selepas itu melainkan iringan doa kudus dan bait2 kalamullah.

wassalam..... 



Friday, May 5, 2017

wow! itu agenda dajjal

Ramai kita pernah dengar tentang wow kan? Bila sebut wow tu maknanya macam sesuatu yang hebat lah. Macam kita tengok kawan kita beli kereta ferrari. Kita rasa takjub dgnnya dan sebut wow! hebatnya awak.cantekkkknya kereta awak.

Lagi satu kalau kita tengok kawan kita pakai baju yg mahal2....kita terkesima dengannya dan kita sebut wow! smartnya awak...bla...bla...bla....puji biar buleh sebakul pujian..


Sebenarnya wow itu agenda dajjal@yahudi. Mengapa demikian? Sebabnya ialah Yahudi ini menyuruh supaya seseorang itu mengejar wow! dengan erti kata lain rasa gah, rasa hebat, rasa dia no 1, rasa dia lah hero dan seumpamanya.


Bila seseorang itu berperangai dan berperasaan begitu, maka akan hilanglah sedikit demi sedikit agama dalam dirinya. Kerana dia akan rasa dia lah yg hebat, semua orang puji dia. semua orang terpegun dan terkesima dengannya. 


begitulah dunia wow yang digemburkan Yahudi supaya orang islam khususnya akan menjauhkan diri daripada agama. Dalam diri dia nanti akan ada sifat riak, takabbur dan ujub....bila ada sifat begitu, maka akhirat nanti neraka lah jawapannya. 


Hari ini ramai orang yang nak mengejar wow dalam segenap segi. fesyen lah, jawatan lah, kerjaya lah,wang ringgit lah, dan macam2 lagi...Syaitan tak henti2 mencucuk hati supaya ada sifat2 mazmumah dalam diri. 


Berhati2 lah wahai saudaraku semua kerna itu boleh menjerumuskan anda semua ke lembah kehinaan sekaligus termasuk di kalangan pengikut dajjal.



Murtabak maggi

Terlintas di hati lama dah nak buat murtabak maggi untuk hero2 abi ni. So, godek2 dalam you tube kot2 ada cara dan rempah istimewa untuk buatnya. Menu yang simple saja dan rasanya semua orang buleh buat asalkan kenal maggi dan telor.

Bahan2 asasnya adalah meggi dan telor shj. Yang penting kemahiran @ skill perlu ada.
Jom makan dulu,,,,,


murtabak yg diletakkan bawang goreng dan sos di atasnya...

Monday, May 1, 2017

Kejohanan Olahraga Tahunan I


selfie bersama hulubalang Melaka....tau dop rambut tu dibuat drp apa? dr pukat burung la tuh...itu adalah hasil idea Cg Saiful

bergambar sbl perarakan bermula  

bersama dayang2 istana 

bersama dayang2 lg 

dan ini salah seorang dayang istana yg terlepas nak berselfie 

 RAMD dari rumah hijau

 rumah merah berbangga dengan tentera Sparta dan "angel' nya

 Pahlawan Islam di zaman Kerajaan Islam Uthmaniyah

 kreatif juga dalam berpakaian

siapalah orang yang mula2 mereka cipta kereta tarik tu...siapa pulak mangsa yang jadi tukang tarik tu

to be continue.....

Sukantara


begambar dulu sepukul sebelum atlet berlepas

geng hakim penamat...


ready to run!

go!!! kelihatan Mr Ab Halim melepaskan tiupan sangkakalanya

the winner 



 aksi apa ekkk??

tengok kpd aksi macam ni mmng boleh terbang tinggi!


 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.