Sunday, June 30, 2013

Abu Bakar As Siddiq


nah tercipta sudah satu sepanduk @ banner untuk hari perbarisan nanti. Sebesar size 4' x 3' yang berharga  RM35.


Thursday, June 27, 2013

edisi pecah kepala

Kali ini abi terpaksa fikirkan dengan geng2 rumah kuning (Saidina Abu Bakar As Siddiq) tentang replika @ maskot rumah. Dan lebih memecahkan kepala otak bila kena fikirkan tentang perjalanan dan kelancaran rumah dalam acara balapan dan padang pada kali ini.

Nasib yang menimpa abi, ketua (guru) rumah kuning masih lagi bercuti dalam pantang bersalin. Mungkin akan melapor beberapa hari lagi sebelum menjelangnya sukan.

Alhamdulillah berkat kerjasama MT rumah kuning dan ahli2 nya semuanya berjalan lancar. Begitu juga dengan guru2 rumah semuanya memberikan komitmen yang jitu dan padu. Syabas! Dan itulah sebenarnya nilai yang perlu diterapkan dalam rumah kuning itu sendiri "nilai kerjasama SANG LEBAH" dalam menghasilkan madu.

Yup! rasanya maskot lebah yg akan menjadi pilihan kami pada tahun ini. Harap2 menjadilah maskot tu walaupun simple. Yang penting ianya dihasilkan dalam jangka masa yang pendek. Biar ada dan jangan tiada. Budak2 ni kalau nak buat sesuatu yang tiada kaitan dengan subjek mereka tentu suka.

Bahan2 dah tersedia dan dibeli oleh seorang cikgu yang komited terhadap rumah kuning ni. Antara bahan2nya dawai, spam, salotep dan spray. Hopely, ianya akan terhasil.

Kepada Allah kami berserah....

salah satu maskot (dari blog lain) yang menarik perhatian abi. ringkas tapi menarik.

yang ni pun nampak ringkas juga. Tapi nak buat sayap belakang tu nampak cam susah jer



Tuesday, June 25, 2013

cenderamata

saja nak post kan beberapa cenderahati yg pihak sekolah suruh abi buat...

yang ni diberi kepada YB Abdul Halim DUN Permaisuri ...

yang ni pulak diberi kepada SMK Sri Nering, Jerteh sempena perpindahan PKHEM abi ke situ.

dan yang ni pulak tak tau lagi nak diberi kepada siapa...yang penting stanby awal. manalah tau malang tak berbau pihak pentadbir suruh abi last2 minit untuk membuatnya.



Sunday, June 23, 2013

bila tiba time abi...

Bila tiba time abi duty warden, ada2 jer bebudak datang menjengok dan minta pertolongan supaya dihantar ke hospital. Rasanya dah masuk 3 kali abi duty, berturut2 tak henti2 hantar budak ke hospital.

Jawapan paling kecewa sekali bila ditanya " kenapa tak pergi time sekolah tadi ".
" tadi rasa pening2 sikit jer, pastu baru kuat ni "

Budak2 sekolah ni mungkin tak berpegang dengan peribahasa " cegah sebelum parah " . kalau dah tau akan demam dan ada simptom2 demam sepatutnya bersegeralah merawatnya. Bukannya wat tak tau. Nampaknya kali ini abi kena bui tazkirah demam part cegah sebelum parah.

Kali terakhir abi duty Khamis lepas. nak dijadikan  cerita semasa abi pergi untuk gerak bebudak solat, tiba2 datang 2 orang pelajar laki2 dan memberitahu ada pelajar yang sakit di bilik sakit.

Seorang pelajar terjatuh dalam bilik air semasa mandi. Bahunya terseliuh dan berlaku pendarahan di kepalanya. Segera abi pergi melihatnya yang terbaring tak bermaya di atas katil. Di kepalanya terdapat balutan yang dibuat daripada plastik wrapping. (mungkin itulah yg ada untuk merawat drp pendarahan)

Abi membatalkan niat untuk solat Subuh berjemaah dengan pelajar2 di surau. Selepas menunaikan solat Subuh di rumah segera abi menghantarnya ke hospital Setiu bahagian kecemasan.

Saturday, June 15, 2013

G Shock

aduh .... aduh... tetiba jer berkenan dengan jam G Shock ni. Dah lama sebenarnya mengidam nak pakai jam cam ni cuma ongkosnya sahaja tak cukup.

So, dalam dok belek2 FB tu terserempaklah dengan jualan G Shock ni.Harga memang berpatutan dan mampu milik. Apa lagi? ordelah satuuuuu.


Saturday, June 1, 2013

R & D

sekitar gambar berkursus di Kuala Terengganu dari 15-17 Mei 2013.

 Ustaz Afandi selaku urusetia@ penganjur dari BPI. Kawan abi serumah satu tika dahulu masa belajar.

bersama kawan2 yg menghadiri kursus. Yg dalam gambar tu semuanya ex Al al Bayt University Jordan. Yg ditengah tu Ust Kasyfullah dr UMT. bakal bergelar Dr.

cara memasukkan fonts ke dalam Windows 7






Bagi beginner @ yang kurang arif tentang cara2 nak masukkan fonts (english/Jawi/Arab etc) bolehlah ikuti langkah ini:

1) download dulu fonts yang dikehendaki. Kalau dalam folder perlulah diextractkan terlebih dahulu.

2) Pastu, klik my computer dan pergi ke drive C. Klik drive C.

3) kemudian klik windows pula dan cari folder fonts.

4) drag @ tarik folder fonts yg telah diextractkan tadi ke dalam folder fonts (windows).

InsyaAllah berjaya dan semudah sifir 2 :)
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.