Bila tiba time abi duty warden, ada2 jer bebudak datang menjengok dan minta pertolongan supaya dihantar ke hospital. Rasanya dah masuk 3 kali abi duty, berturut2 tak henti2 hantar budak ke hospital.
Jawapan paling kecewa sekali bila ditanya " kenapa tak pergi time sekolah tadi ".
" tadi rasa pening2 sikit jer, pastu baru kuat ni "
Budak2 sekolah ni mungkin tak berpegang dengan peribahasa " cegah sebelum parah " . kalau dah tau akan demam dan ada simptom2 demam sepatutnya bersegeralah merawatnya. Bukannya wat tak tau. Nampaknya kali ini abi kena bui tazkirah demam part cegah sebelum parah.
Kali terakhir abi duty Khamis lepas. nak dijadikan cerita semasa abi pergi untuk gerak bebudak solat, tiba2 datang 2 orang pelajar laki2 dan memberitahu ada pelajar yang sakit di bilik sakit.
Seorang pelajar terjatuh dalam bilik air semasa mandi. Bahunya terseliuh dan berlaku pendarahan di kepalanya. Segera abi pergi melihatnya yang terbaring tak bermaya di atas katil. Di kepalanya terdapat balutan yang dibuat daripada plastik wrapping. (mungkin itulah yg ada untuk merawat drp pendarahan)
Abi membatalkan niat untuk solat Subuh berjemaah dengan pelajar2 di surau. Selepas menunaikan solat Subuh di rumah segera abi menghantarnya ke hospital Setiu bahagian kecemasan.
17 hours ago
No comments:
Post a Comment