Sunday, December 30, 2012

welcome back to school

welcome back to school wahai anak2 didikku sekelian. Mulakanlah dengan nawaitu yang ikhlas kerana Allah semasa anda semua melangkah ke sekolah dan asrama. Setiap langkah InsyaAllah akan dikira Allah pahalanya. Moga dipermudahkan segala urusan pembelajaran dan pengajian. Dilindungi dari anasir2 yang jahat.

Thursday, November 29, 2012

bersih laman rumah

Terasa boring juga kalau takder kerja ni especially musim cuti sekolah. Mati kutu abi di rumah mak ayah di kampung.

So, tinjau punya tinjau abi ambik cangkul dan bersihkan laman rumah mak. Cabut rumput dan buang apa2 yg tak berkaitan dan menyakitkan mata memandang. termasuklah mencabut bunga yang dah jadi rumput @ rumput yang dah jadi bunga!

InsyaAllah pagi ni sambung lagi. Kali ni nak cuba buat taman mini.Kalau boleh macam di bawah ni :)


Tuesday, November 27, 2012

manfaatkan cuti

Buat anak didikku sekelian tak kira walau di mana saja berada....pesan abi di waktu cuti persekolahan ini agar manfaatkan cuti :

1) jangan tinggalkan solat
2) sentiasa membaca al quran walaupun sebaris dua
3) mencari ilmu dengan membaca akhbar2@majalah2@layari internet
4) baca buku pelajaran  utk persedian sesi 2013 nanti. Tak faham takpe, tapi kena faham sikit2
5) buat kerja rumah yang dibekalkan guru
6) tolong ibu dan ayah sebanyak mungkin. Sebabnya masa anda dan keluarga anda hanya banyak pada musim cuti sekolah sahaja.
7) selalu lah berfikir ke arah kebaikan diri dan ingin perbaiki diri ke arah yang lebih baik
8) Berfikir untuk kebaikan Islam spt sedekah, gotong royong membersih masjid, ziarah & eratkan silaturrahim dll.


Felda dan $$$$$

Ahad, 2 3 hari lepas pergi ke opis Felda Kemahang 2. Si ayah suruh abi ambil duit RM5k yang diberikan oleh felda kepada anak2 sulong peneroka. Abi tak terkecuali termasuk dalam senarai penerima habuan $$$$$$ tu.

Walaupun begitu, duit tu bukan untuk abi sorang. Tapi harus dibahagikan dua. Maklumlah abi hanya 2 beradik sahaja. So half2 sorang dapat.

Sebelum tu, mak abi dan ayah abi masing2 dah dapat RM 5k seorang.

Kedengaran sekarang ni, harga sawit dah menurun! keja turun dan kejap naik...apa nak jadi ni....


Sunday, November 25, 2012

Hari Keluarga SM Sains Setiu

suatu ketika dahulu....bulan oktober kalu tak silap...









Saturday, November 10, 2012

Pantai Rhu 10 saksi ukhuwwah

Lewat tengahari ayah abi tepon abi dan bertanyakan khabar. Katanya jika tiada aral melintang akan ke Setiu pada sebelah petangnya. Itu pun jika cuaca baik.

Lebih kurang jam 5 ayah,emak, ju n isteri sampai ke Setiu. Cuaca tidak memihak kami. Hujan renyai2 membasahi bumi SAIS. Dah tengkujuh agaknya. Setiap hari hujan. Kalau tidak waktu petang, akan turun waktu pagi.

Alhamdulillah dekat jam 6 petang, cuaca baik. Hujan berhenti. Kami bertolak ke Pantai Rhu 10 untuk menikmati ICT. Hasrat kami meleset apabila kedai yang kami nak pergi tu tutup. So, terpaksalah ronda2 cari kedai lain. Maka jumpalah satu kedai tu di tepi jalan. Abi dan ummi jamu ayah dan ibu sepuas2nya. Nampak gayanya ayah dan ibu makan sungguh2 dan berselera sekali.

Walaupun dalam jangka masa yang agak pendek di Pantai Rhu 10, tapi hati abi tetap gembira dek kedatangan ayah dan ibu di  sini. Memang kalau dapat hari2 nak gembirakan hati mereka!!

Thursday, November 8, 2012

The end...

Sesi sekolah 2012 melabuhkan tirainya semalam. Hari Khamis. Tergambar keriangan di wajah anak-anak murid abi. Masing2 berkhayal untuk balik ke kampung halaman. Mungkin berkhayal apa yang harus dibuat pada musim cuti nanti.


7 November (Rabu) yang lepas juga merupakan hari terakhir COC pengurusan asrama. Banyak pengajaran dan pengalaman yang abi dapat dalam menguruskan dokumentasi dan rakaman gambar ni. Dapatlah melihat karenah orang2 atasan dan bawahan dalam berkarier. Ada yang beri kerja last minit, ada yang betul2 komited kerja, ada yang cincai kerja dan banyak lagi.


 Team SM Sains Miri
Team SM Sains Setiu


yang ni pula adalah tukang edit n potong gambar

Terima kasih buat anak2 didik abi especially crew dokumentasi  dan partner abi "Cikgu Norhafizah" kerana sanggup bertungkus lumus dan bersengkang mata hingga larut malam nak buat kerja2 COC ni.

Moga Allah beri ganjaran untuk kita semua. Amin

Thursday, November 1, 2012

Perasmian COC kali ke 2




edited by abi

selama 3 jam dibuat untuk membolehkan hasil macam ni

Tuesday, October 30, 2012

Pi Bi Es

PBS (pentaksiran berasaskan sekolah). Bagi segolongan guru yang mengajar tingkatan 1 pada tahun ni tentu penat sekali. Akhir Oktober  ni semua guru kena key in "band" dalam sistem PBS ni.

Abi tak terkecuali dalam masalah ni. Mengajar subjek P.Islam. Satu habuk pun belum dimasukkan dalam sistem ni. Bukan setakat abi sorang je malahan ramai lagi yang masih 'hanging'....kita tunggu dan lihat nanti...

Adha dan Imtihan

Imtihan @ ujian akhir tahun datang menjengok budak2 SAIS di musim Zulhijjah ini. Musim haji. So budak2 @ guru2 sambut Adha dengan sederhana sahaja. Cuti yang dibekalkan pun pendek juga. cuma 4 hari.

Adha kali ini abi memang tak berniat nak "korban". Tapi bila pulang ke rumah si ayah bertanyakan abi nak ke tak korban tahun ni. Ayah abi ni memang nak pernah miss untuk buat korban baik untuk diirinya mahupun ahli keluarganya. Fikir punya fikir ambillah abi 1 bahagian daripada 7 bahagian lembut tersebuttttttt!

RM 250 satu bahagian daripada 7 bahagian. Memang murah. Semua orang kata lembu ayah murah. Ayah abi dalam bab jual beli lembu memang tak berkira sangat pasal $$$$$. Janji dia dapat memenuhi hasrat @ nawaitu orang lain. Rata2 harga sebahagian RM350-400. Memang jauh sakan dengan harga pasaran!

Sepatutnya hari Ahad abi perlu beraya di Kemahang lagi tapi abi telah bertolak awal sehari ke Setiu memandangkan banyak kertas budak2 yang belum disemak lagi. So bertolaklah kami pada Sabtunya. Memang penghuni yang pertama sekali sampai daripada bercuti!

lembu ni adalah teman ayah sehari2. Abi ada gak share sekor dalam banyak2 tu

Monday, October 15, 2012

Azzam 10 bulan






Hah ni dia wajah hero abi yang ke empat, Azzam. Kini umurnya dah masuk 10 bulan. Macam-macam perangai dah ada pada bulan yang ke 10. letih abi dan ummi dibuatnya. Yang paling seksa sikit adalah terpaksa berjaga sehingga lewat malam. Kekadang tu sampai jam 1 pagi. Bengkak mata kami jadi "jaga"....

So, apa-apa hal sekalipun dia tetap anak kami dan semoga dia menjadi insan soleh untuk abi dan ummi serta agamanya. Amin.

Wednesday, October 10, 2012

Tragedi ummi

Mungkin semalam adalah hari yang kurang menyebelahi ummi. Macam hari-hari biasa ummi pergi hantar si Azzam ke tempat asuhan. Nak jadikan cerita....masa dalam bilik tu, selepas ummi letak Azzam dan mahu bangkit daripada duduk, dia terkejut kepada seorang budak yang berada di belakangnya.

Bila ummi terkejut dan tidak mahu terjatuh @ tertimpa atas budak tu dia pun merebahkan badannya atas lantai. Kalau ummi tak buat macam tu berkemungkinan besar habislah si budak kecil tadi kena tindih! jadi cerita lain lah pulak.

Bila begitu, ummi terjatuh dalam keadaan tangan @ sikunya dahulu terjatuh sebelum badannya. Kira macam golkeeper lah. Akibatnya sikunya bengkak dan sakit.

Ummi surender untuk bawa keta pergi tempat kerja. Abi yang pergi hantar dia...

Moga apa yang berlaku ni,,,ada hikmahnya untuk kami berdua

Ragam Azzam - 9 bulan

Sunday, September 30, 2012

Cameron Highland





Di taman Agro Teknologi. Pelbagai flora ada di situ

Teh Boh yang ditanam di sekitar tepi bukit. Masa tu abi sempat naik ke puncak bukit yang mana di atasnya terdapat kiosk kecil untuk minum teh...

                                              flora yang mencuit hati abi


                                              awas! yang ni bukan rambutan...

Sunday, September 23, 2012

hari terbuka asrama SAIS

Hari Terbuka Asrama amat ditunggu oleh para pelajar SAIS. Pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan futsal, carrom, bilikk cantik dan lain2. Tidak ketinggalan juga diadakan jualan2 dengan membuka gerai2. Yang seronoknya cikgu pompuan kat situ yang masak dan menjual hasil air tangan mereka. Nah saksikan gambar2 hari tersebut....

cikgu Najah sibuk menunujukkan demo masak kuih kpd anak buahnya!

 Hot Red Cafe...gerai panas dan mendapat sambutan hangat

Cikgu Wani yang antara cikgu@kaunselor yang bersemangat waja 

asrama putera sedang diziarahi oleh penghuni puteri. Amacam ? hebat tak sang putera berhias ??
ish!ish!ish! sempat lagi kamu posing maut depan abi...

kamar puteri yang menjadi johan kamar cantik

Budak2 SAIS ni memang kreatif kalau bab2 berhias lagu nih

loker budak aspuri





Monday, September 10, 2012

mengejar sunat

Aduhai ....puasa sunat Syawal masih berbaki lagi. Tinggal 2 hari lagi untuk habis dan .....sambut raya enam plak. Kali ni abi kena habiskan puasa sunat yang berbaki maklumlah tahun lepas tak sempat nak puasa sebab ulang alik dari Kelantan ke Terengganu setiap hari. Masa tu ummi masih di Miri lagi dan tak dapat pindah lagi. 

Syawal masih berbaki beberapa hari lagi untuk melabuhkan tirainya dan akan menutup episod ceritanya bersama Ramadhan. Berjayakah kita ??? Adakah kita di kalangan "minal 'aidina wal faizina" ? Kita sahajalah yang berhak dan boleh menilai puasa kita. Orang lain tak boleh. Kita sahajalah yang tahu apa yang telah kita lakukan di saat sedang berpuasa. Samada ianya baik atau jahat. 


Berbalik kepada puasa sunat Syawal. Ada seorang sahabat abi berkata " hendaklah kita berpuasa sunat Syawal selepas Ramadhan ni, jangan asyik layan nafsu tu. Kalau kita  seorang yang bergelar USTAZ/USTAZAH adalah aula untuk kita berpuasa kerana kita adalah ikutan orang ramai ". Ya ! abi setuju dengan apa yang diperkatakan kerana ustaz/zah ni hendaklah berbeza dari segi amalannya dengan orang awam@ramai. Kerana mereka adalah orang yang mengaji tentang agama dan tahu selok belok agama. 

Di manakah kita?? Jika anda bergelar ustaz@ustazah renung2kan apa yang diperkatakan ini.

Friday, August 31, 2012

Eid 2012

Raya tahun ni abi sekeliarga pilih tema warna biru. Why blue ? ia takder kene mengena dengan parti :) Biru itu melambangkan kedamaian @ ketenangan. Hati abi sekeluarga sekarang ni sudah tenang dan damai kerana kami telah dapat bersatu semula di Setiu.

So, abi sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN....

Sunday, August 12, 2012

Logo COC

Hampir 2 jam abi perah otak untuk buat logo Coaching of Coordinator (COC) ni. Hasilnya ....nah! ni dia...masih boleh diperbaiki lagi. Logo ini akan diletakkan dalam banner & bunting nanti... :)

Thursday, August 9, 2012

Blog puasa juga

Masya Allah dah masuk hari ke20 kita berpuasa. Sungguh pantas masa berlalu. Tak sedar abi dengan berlalunya hari2 puasa. Blog pun lama tak update. Seolah2 macam ia pun berpuasa gak! Ermmmm, sebenarnya tuan punya blog ni yang malas nak menulis :)

Awal puasa dulu abi dan keluarga sempat berbuka dan bersahur dengan ayah dan ibu abi di kampung. Alhamdulillah jarak @  masafah yang tak begitu jauh dari tempat kerja ke kampung memungkinkan abi untuk balik.

Hari ni, kami planning nak balik kampung lagi. Nak berbuka n bersahur bersama ayah dan ibu tersayang. Sambil2 bawa anak2 berjalan@ bersiar2...

Anda semua bagaimana? Sudahkah anda bersahur & berbuka bersama ayah & ibu anda.? Jika belum maka bersegeralah. Sesungguhnya kepulangan anda akan menggembirakan hati kedua orang tua anda. Tiada apa yang paling menggembirakan hati orang tua melainkan anda memberikan perhatian kepada mereka di saat hari2 tua mereka.

Saturday, July 21, 2012

hari pertama puasa

First Ramadhan, 21 Julai 2012, Sabtu di Kg Air Sejuk, Setiu. Alhamdulillah kami sekeluarga dapat berpuasa sama2 pada tahun ini.

Anak sulong abi dah mula berpuasa juga pada hari ni. Semangatnya berkobar2 untuk puasa. Katanya tak rasa apa2 bila puasa...dahaga pun tak...lapar pun tak...

so, selamat menjalani ibadat puasa buat kengkwan semua...

Thursday, July 19, 2012

Kem Jati Diri tingkatan 4

Buat julung kalinya diadakan kem jati diri khusus untuk tingkatan 4 di PLKN Padang Kacong, Marang. Abi bersama 12 ajk guru yang lain bermalam di sana mulai 16-18 Julai 2012.

Semoga kem ini memberi manfaat kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dalam membentuk jati diri khususnya sebagai muslim yg beriman dan bertaqwa kepada penciptaNya.

Sunday, July 1, 2012

Azzam demam

Hampir seminggu anak abi demam, Azzam. Pada mulanya selsema bercampur batuk. Diikuti dengan demam pula. Kalau dilihat tu macam gigi nak tumbuh. Demam tumbuh gigi.

Kalau cerita pasal demam anak2 ni, memang abi dan ummi akan tiada percaturan lain lagi melainkan buat syif untuk bergilir2 pada waktu malam. Si ummi pula asyik balik lewat petang kerana terlibat dalam Kem Bestari Solat di sekolah. Bila malam menjelma, masing2 letih. Hu hu beginilah kami suami isteri melayari  rumah tangga semenjak dapat anak pertama lagi.

Tak boleh nak biarkan ummi keseorangan yang menjaganya walhal sama2 bekerja. Anak ummi anak abi juga!


 "Bagi yang baru kawin tu, dan baru nak timang anak bersedialah anda semua dengan situasi begini. Suami dan isteri jangan cepat melenting! Di sinilah kesabaran kita diuji. "


Memang kepala kami bila pergi kerja tu pening2 lalat sikit. Kerja abi banyak yang terbengkalai dan tak dapat nak siapkan. Analisis item examnya....post mortemnya....kertas kerjanya...PBS nya....fuhhhhh banyak giler beb...sengsara kalau difikirkan. Nak buat time di sekolah kepala pening dan pusing. Balik rumah pula melayan karenah anak2...

Cubaaaaannnn....

Ya Allah kuatkanlah kami...

Ni'mat


Alhamdulillah dah lama dok mengidam nak pakai Innova.Kini hasrat dah tercapai. Pada mulanya di awal perkhidmatan abi, rasanya mustahil nak pakai kereta semahal ini tapi bila dicheck n balance semula rezeki yang Allah berikan ke atas kami pada tahun ini, kami mampu.

Syukur abi panjatkan atas ni'matMu ke  atas kami semua. Alhamdulillahhhhh

Doa bila mendapat sesuatu yang baru:

Allahumma inna nas aluka khairaha wa khaira ma jabaltaha 'alaih wa nau'zubika min syarriha wa syarrima  jabal taha 'alaih.

Wednesday, June 20, 2012

kami bersatu

Alhamdulillah thummal hamdulillah....

Atas nikmat dan kurniaanNya kami sekeluarga kembali bersatu di bawah satu bumbung di Setiu. Imbas cerita dulu, pernah terpisah satu tahun yang dulu. Abi bersama dua orang anak, manakala dua anak lagi bersama atuknya di Tanah Merah sedangkan ummi bersendirian di Miri. Semua yang berlaku itu adalah ujian daripada Allah buat kami semua.

Kini, abi boleh menghembus dan menarik nafas lega kerana semua mereka sudah berada di depan mata. Terima kasih ya Rabb! terima kasih juga kepada orang2 JPN (Sarawak & Terengganu) kerana tak jemu2 melayan suara karenah abi dan ummi dalam membuat rayuan melalui telefon.


Wednesday, June 13, 2012

di penghujung cuti persekolahan pertengahan tahun

Cerita ni adalah kisah yang berlaku kira2 seminggu sebelum cuti penggal pertengahan tahun baru2 ni.

Makhluk2 halus tu mula mengganas semula. Beberapa orang pelajar telah diserang histeria tidak kira siang atau malam. Hasrat hati memang nak menolong tapi apakan daya keadaan diri yang tidak mengizinkan. Masih lagi batuk dan sakit tekak. So abi tidak membuat rawatan.

Beberapa panggilan kecemasan daripada PKHEM pada waktu2 malam tidak dapat abi penuhi hajatnya. Sorry bebanyak....tambahan pula anak kecil Si Furqan (3 tahun) bersama abi. Takut juga benda tu datang mengusiknya pula !!

Sehari sebelum cuti, sedang murid2 lain menjawab soalan exam, tetiba kedengaran seorang murid perempuan bertempik dalam kelas. Sejurus kemudian beberapa orang murid datang mendapatkan abi di kelas yang lain dan membawa pesanan agar bersegera ke tempat kejadian. Abi meminta bantuan seorang guru perempuan lain agar mengawasi exam pada masa itu.

Ringkas ceritanya...
Bila abi cuba berdialog dengan mangsa, tiada respon darinya. Matanya liar memerhatikan ke arah sesuatu tempat. Dengar cerita daripada seorang guru lain, ia hendak pergi ke bukit yang berhampiran.

Abi cuba memberitahunya agar jangan dikacau murid tersebut kerana dia sedang mengambil exam. Permintaan lawak daripada abi agar ia membantu pelajar tersebut menjawab exam tapi ditolaknya. Selepas dinasihati dan dinasihati akhirnya abi menggunakan taktik memujuk (reka sendiri nama ni) supaya ia keluar. Akhirnya dengan izin Allah ia keluar daripada badan pelajar tersebut tanpa abi mencederakannya dengan ayat2 Al Quran.

(Dalam hati abi...abi rasa benda tu dah kenal abi dan telah rasai sebelum ni pernah memukul dengan ayat suci Al Quran. Itu sebab ia nak keluar cepat tanpa banyak soal sebab takut dipukul lagi!) itu hanya andaian saja.

Wallahua'lam....

Tuesday, June 12, 2012

pujukan

Selepas abi mengedarkan kertas jawapan pada murid2 abi, beberapa orang pelajar datang untuk membetulkan semula markah mereka. Tidak kurang juga yang meminta agar ditambahkan markah mereka supaya dapat naik gred ke B atau A.


Seorang murid perempuan (murid S) datang kepada abi dan bermati-matian agar dinaikkan markahnya hingga beliau dapat lulus. Asalnya murid S gagal dalam peperiksaan tersebut. Murid S perlukan 6 markah lagi untuk melayakkan markahya mendapat gred D (lulus). Dengan membuat pertimbangan yang sewajarnya, abi tidak dapat memenuhi hajat murid S tadi dengan beberapa alasan : 


i) markah yang murid S dapat itu, biarlah dijadikan pengajaran buat dirinya agar belajar bersungguh2 dan jangan mengharapkan belas ihsan @ kasihan. 


ii) ingin mengajar murid S tersebut bagaimana perasaan jika kita gagal dalam melakukan sesuatu perkara. 


iii) ingin mengikis sikap "membodek" daripada diri murid S  agar ianya tidak berpanjangan hingga ke menara gading.


iv) jika abi memenuhi hajat murid S tadi, bermakna abi perlu juga memenuhi hajat murid2 yang lain. Jika enggan berbuat demikian bermakna  abi tidak berlaku adil. 


v) sebagai penghormatan di atas profesion keguruan bahawa ianya merupakan suatu amanah ilmu yang harus dijaga hatta jika murid S tersebut adalah anak abi sekalipun, maka abi tidak boleh berbuat demikian.

Sunday, June 10, 2012

Taska Nur Amin, Setiu

Hari pertama  anak abi, Qan dimasukkan ke Taska Al Amin, Setiu. Ini dah masuk Taska kali ke 2. Dulu dah masuk taska di sekolah sains tapi tak dapat bertahan lama.Asyik nangis je. Yang ni pun nangis juga tapi harap2 tak lamalah dia nangis tu.

Harap2 taska yang ke2 memberikan kepuasan kepadanya. Banyak mainan dan taman permainan kat sana kalau nak dibandingkan dengan tempat lama.

 halaman tempat riadah. Ada gelongsor lagi

pintu masuk ke taska. Cantik dan menarik hiasannya!

cover depan taska.

Saturday, June 9, 2012

Berakhirnya sebuah penantian

Alhamdulillah syukur yang tidak terkira dipanjatkan kepada ilahi kerana telah menyelesaikan dan mengungkai satu permasalahan dan dilema yang bermain di benak fikiran abi dan ummi. Ummi telah berjaya pindah ke semenanjung dan ditempatkan di sebuah sekolah yang tak jauh dari rumah - SK Kpg Buluh, Setiu.

Hati yang dulunya rasa kecewa atas kegagalan keputusan eg tukar pada pertengahan tahun ini kini bertukar menjadi riang gembira. Kemunculan keputusan eg tukar kali kedua merubah segala-galanya. Terpampang di skrin eg tukar, "TAHNIAH pertukaran anda ke Terengganu diluluskan".

Perkhabaran tentang perpindahan ini sengaja abi sembunyikan daripada ummi sebaik sahaja ummi tiba di epot Kuala Terengganu. Ummi yang balik dari Miri memang berniat akan bercuti lagi demi menjaga anak@baby dan di samping keluarga. Keesokan paginya barulah abi buat surprise kepada ummi. Hampir tidak percaya ummi!!

TAHNIAH ummi abi ucapkan atas pertukaran ini dan selamat bertugas di tempat baru.


Tuesday, May 29, 2012

tiada mood

Rasanya dah hampir sebulan tak menulis dalam blog ni. Mood takder. Banyak asbabnya...
firstly...batuk memanjang hampir 3 minggu menyerang abi. Puas makan ubat tapi tak juga sembuh.

secondnya..bila dah isteri tiada di sisi...macam2 hal boleh jadi termasuklah mood takder.

thirdnya...bila dok urus rumah tangga dan anak2 seorang diri ni, maka penatlah badan. Rasa malas nak menulis walhal memang banyak idea nak habaq kat kengkawan.

Thursday, May 3, 2012

hari bermakna

28 April ummi kembali ke tanahair. Rindunya membara untuk melihat anak2 yang ditinggalkan apatah lagi Azzam yang terpaksa ditinggalkan dalam usia 3 bulan kepada neneknya. Ummi sampai lewat malam lebih kurang jam 900 pm. So, kami ambil keputusan anak beranak untuk bermalam di Dara Inn, K. Terengganu.


 Penginapan di Dara Inn cukup selesa bagi kami anak beranak. Cukup untuk melepaskan penat lelah sekadar satu malam. Kos untuk 1 malam RM125 bagi bilik superior.




keesokan harinya kami jalan2 sekitar giant. Bawa Qan main2 di tempat permainan kanak2. memang riang sungguh hatinya sebab dah masuk 2 minggu abi tak bersamanya dek kekangan kerja yg tak dapat pulang ke kampung. Di situ juga ummi membeli segala keperluan Azzam untuk dibawa balik.




dalam perjalanan pulang ke Setiu sempat kami singgah untuk menjamah ICT di Pantai Rhu 10.

2 Mei ummi kembali semula bertugas di Miri. Segala kenangan manis di KT terpahat di fikiran anak2 walaupun sedetik. syukran ummi.


Hari Kebudayaan Bahasa Arab






  
selang 2 hari selepas balik berkursus di SK Bt 29 abi pergi pula ke SBPI Gopeng, Perak bagi mengikuti Hari Kebudayaan Bahasa Arab. Bersama abi 2 pelajar lelaki dan 2 pelajar perempuan. Sehingga 22 April berada di sana.   

salah satu benda yang menarik perhatian abi kat sana ialah "gazebo". Ianya adalah hasil rekaan pelajar2 aliran sains teknikal SBPI Gopeng. Memang menarik!


 pelbagai pameran diadakan termasuk alat bantu mengajar turut dipamerkan.

Monday, April 16, 2012

Kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


Kursus PBS - Bahasa Arab Tingkatan 1
Tarikh : 15 - 17 April 2012
Tempat : SK Bt 29, Setiu
Masa : 830 am- 330 pm

Bila menteri pendidikan baru memegang tapak baru, nescaya ada2 saja benda baru dalam dunia pendidikan. Kali ni, tiada lagi peperiksaan. Yang ada hanyalah PBS yang memerlukan pengorbanan daripada guru untuk mencatit markah daripada setiap pelajar.

Apa2 pun syabas kepada Menteri Pendidikan Malaysia kerana memperkenalkan dasar baru dalam dunia pendidikan. Kita lihat Menteri Pendidikan yang lain pula bila dilantik nanti :)

Sunday, April 15, 2012

Santai di jeram


Peristiwa semalam- selesai abi dan anak2 pergi shopping keperluan harian di bandar Tanah Merah, terus abi meluncur ke Jeram Linang, Pasir Puteh. Santai di hujung minggu demi untuk menghilangkan stress Furqan yang mana asyik teringatkan abi dan rumahnya di Setiu.

Setiap kali abi balik ke TM asyik2 dia bagitau nak pergi Setiu, Sedih abi bila mendengar rintihan dan rayuannya untuk ke sana. Namun apakan daya, masa dan keadaan belum lagi mengizinkan Furqan dan abi hidup bersama. Tunggulah masanya nanti. Akan tiba nanti.

Saturday, April 14, 2012

majalah oh majalah

Bila sebut jer pasal majalah, fikiran abi terus melayang kepada majalah sekolah. Ye lah, itu adalah satu tugasan rasmi yang diberikan oleh pihak sekolah kepada abi pada tahun ini. Satu tugasan yang amat berat abi rasakan kerana abi bukanlah seorang penerbit mana2 majalah sebelum ini. Cukuplah pengalaman yang perit sewaktu bertugas di Miri satu ketika dulu.

Atas kepercayaan dan amanah dari sekolah sekali abi diberi tugasan. Sampai kini, satu helai muka surat masih belum terbuat untuk majalah sekolah SAIS. Kerja datang bertimpa2 yang berkehendakkan masa yang tertentu. Siap satu datang lagi satu. Itulah budaya kerja SBP !!

Thursday, April 12, 2012

kue teow


Hajat di hati nak balik ke Tanah Merah petang ni, tapi apakan daya badan terlalu ponat lalu terlelap selepas solat Asar. Sedar2 jam menunjukkan pukul 6 petang. Tu pun Si angah yang kejutkan abi dan bertanyakan abi jadi ke tak balik ke TM. So setelah difikirkan maka tak jadilah balik ke TM dan esok pagi jelah balik. Mungkin anak abi si Furqan ternanti2 kepulangan abinya petang tadi. Kesian Qan....hu hu hu

Waktu malam abi ambil keputusan dengan anak2 untuk makan di luar je. Malas nak masak malam ni.So selepas solat Maghrib abi keluar ngan anak2 ke tempat biasa @ selalu dok makan di Setiu tu. Menu favourite bebudak 2 orang tu tak lain tak bukan adalah kue teow. Abi makan sup perut je.

Cerita pasal anak2 abi, asyik kue teow jer bila makan di kedai. Sudah puas disuruh supaya cuba menu yang lain tapi tetap menolak. Mungkin dia ikut sebelah umminya yang suka makan kue teow. Citarasa abi adalah berlainan ngan umminya.

So makanlah kami anak beranak sekadar untuk hidup dan survival hidup. Makan sekadar rezeki yang diberikan Allah pada kami hari ini. Alhamdulillah kami anak beranak masih dapat makan seperti mana orang lain. Cuma tak dapat makan macam orang2 kaya makan seperti makan di hotel2 5 ***** @ resort2 mewah.

So kita hidup ini bukan untuk makan semata2 tapi untuk mengabdikan diri kepada Sang Pencipta dengan melakukan segala suruhannya dan meninggalkan larangannya!
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.