Selepas abi mengedarkan kertas jawapan pada murid2 abi, beberapa orang pelajar datang untuk membetulkan semula markah mereka. Tidak kurang juga yang meminta agar ditambahkan markah mereka supaya dapat naik gred ke B atau A.
Seorang murid perempuan (murid S) datang kepada abi dan bermati-matian agar dinaikkan markahnya hingga beliau dapat lulus. Asalnya murid S gagal dalam peperiksaan tersebut. Murid S perlukan 6 markah lagi untuk melayakkan markahya mendapat gred D (lulus). Dengan membuat pertimbangan yang sewajarnya, abi tidak dapat memenuhi hajat murid S tadi dengan beberapa alasan :
i) markah yang murid S dapat itu, biarlah dijadikan pengajaran buat dirinya agar belajar bersungguh2 dan jangan mengharapkan belas ihsan @ kasihan.
ii) ingin mengajar murid S tersebut bagaimana perasaan jika kita gagal dalam melakukan sesuatu perkara.
iii) ingin mengikis sikap "membodek" daripada diri murid S agar ianya tidak berpanjangan hingga ke menara gading.
iv) jika abi memenuhi hajat murid S tadi, bermakna abi perlu juga memenuhi hajat murid2 yang lain. Jika enggan berbuat demikian bermakna abi tidak berlaku adil.
v) sebagai penghormatan di atas profesion keguruan bahawa ianya merupakan suatu amanah ilmu yang harus dijaga hatta jika murid S tersebut adalah anak abi sekalipun, maka abi tidak boleh berbuat demikian.
7 hours ago
No comments:
Post a Comment