Wednesday, June 20, 2012

kami bersatu

Alhamdulillah thummal hamdulillah....

Atas nikmat dan kurniaanNya kami sekeluarga kembali bersatu di bawah satu bumbung di Setiu. Imbas cerita dulu, pernah terpisah satu tahun yang dulu. Abi bersama dua orang anak, manakala dua anak lagi bersama atuknya di Tanah Merah sedangkan ummi bersendirian di Miri. Semua yang berlaku itu adalah ujian daripada Allah buat kami semua.

Kini, abi boleh menghembus dan menarik nafas lega kerana semua mereka sudah berada di depan mata. Terima kasih ya Rabb! terima kasih juga kepada orang2 JPN (Sarawak & Terengganu) kerana tak jemu2 melayan suara karenah abi dan ummi dalam membuat rayuan melalui telefon.


4 comments:

data:comment.author/> said...

tahniah ustaz di atas rahmat bersatu kembali ustaz sekeluarga. Tidak ada apa yang menggembirakan dan membahagiakan selain daripada melihat org tersayang di depan mata.

data:comment.author/> said...

Tahniah.... Mabbruk... Allah tidak mengecewakan hambanya yang berusaha...

data:comment.author/> said...

alhamdulillah, kami para sahabat turut sama merasai manisnya nikmat tuhan ini, tahniah atas segala usaha dan kesabaran anta selama ini. Ana tertarik dengan usaha anta mengumpul 40 doa sahabat dan kenalan tempohari sebagai ikhtiar alternatif menembusi kekebalan dan kebebalan birokrasi yang ada dimomokkan serba susah dan tak mungkin, akhirnya ia membuahkan sesuatu. Kuasa allah mengatasi segalanya. Hmm, satu alternatif yang baik itu ditiru mungkin bagi sahabat2 yang lain.

data:comment.author/> said...

terima kasih buat sahabat2 atas sokongan selama ini.

to ibnu HadiAbu:
ana takder cara lain lg nak buat slps berserahpd ilahi . hanya doa yg ana inginkn drp sahabat2. itu sebab ana buat kot FB :)

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.