Hampir seminggu anak abi demam, Azzam. Pada mulanya selsema bercampur batuk. Diikuti dengan demam pula. Kalau dilihat tu macam gigi nak tumbuh. Demam tumbuh gigi.
Kalau cerita pasal demam anak2 ni, memang abi dan ummi akan tiada percaturan lain lagi melainkan buat syif untuk bergilir2 pada waktu malam. Si ummi pula asyik balik lewat petang kerana terlibat dalam Kem Bestari Solat di sekolah. Bila malam menjelma, masing2 letih. Hu hu beginilah kami suami isteri melayari rumah tangga semenjak dapat anak pertama lagi.
Tak boleh nak biarkan ummi keseorangan yang menjaganya walhal sama2 bekerja. Anak ummi anak abi juga!
"Bagi yang baru kawin tu, dan baru nak timang anak bersedialah anda semua dengan situasi begini. Suami dan isteri jangan cepat melenting! Di sinilah kesabaran kita diuji. "
Memang kepala kami bila pergi kerja tu pening2 lalat sikit. Kerja abi banyak yang terbengkalai dan tak dapat nak siapkan. Analisis item examnya....post mortemnya....kertas kerjanya...PBS nya....fuhhhhh banyak giler beb...sengsara kalau difikirkan. Nak buat time di sekolah kepala pening dan pusing. Balik rumah pula melayan karenah anak2...
Cubaaaaannnn....
Ya Allah kuatkanlah kami...
17 hours ago
No comments:
Post a Comment