Wednesday, September 10, 2008

Ustaz & Ustazah di "Selera Ramadhan"

Tahun lepas abi ada terbaca di Tranungkite.net tentang tulisan yang memberi komentar terhadap ustaz/ustazah yang yang menjadi tetamu undangan masakan di bulan Ramadhan di rancangan "Selera Ramadhan" terbitan TV3. Apa yang diutara oleh penulis berikut yang mana melahirkan rasa tidak setuju dengan gaya/penyampaian oleh ustaz/ustazah kita dalam rancangan masakan tersebut sehingga menggelarkan "ustaz semperit" (tak tau lah abi apa makna semperit tu!) Rasanya itu adalah gelaran yang tak sedap didengar. Katanya lagi, macam takde tempat lain lagi nak berceramah.

Untuk makluman semua, ustaz/ustazah yang dimaksudkan adalah yang terkenal yang terdiri daripada Ustaz Wan Sohor Bani Leman, Ustaz Zawawi, Ustazah Nor Bahiyyah, Dr. HM Tuah dan lain-lain lagi. Di bulan puasa ini pun mereka masih lagi diundang menjadi tetamu dalam rancangan "Selera Ramadhan" yang disiarkan di tv3 jam 1.00 pm dan 5.00 am. Sekadar untuk melahirkan pendapat abi tentang apa yang dibuat oleh ustaz dan ustazah kita.....

Tak bolehkah ustaz/ustazah kita masuk dalam rancangan macam tu? aib kah? jatuh maruah kah? tak boleh kah mereka menyampaikan dakwah dalam bentuk seperti itu ? Kalau dulu artis yang menjadi tetamu undangan...kini ustaz pula...salahkah?

Mereka bukannya sekadar memberitahu cara masakan, bahkan turut diselitkan nasihat-nasihat agama dan pengajaran. Bukan kah itu adalah satu daripada strategi dakwah?

Rasulullah saw menyampaikan dakwah dengan berhikmah sekali. Firman Allah swt yang bermaksud:
Serulah kepada jalan tuhanMu dengan cara berhikmah dan pengajaran yang baik.

Mungkin dengan cara sebegitu, ibu-ibu yang mengikuti rancangan masakan akan secara tidak langsung mendapat nasihat-nasihat agama.

Allah menyuruh hambanya supaya masuk ke dalam Islam secara menyeluruh. Firmannya yang bemaksud:
Masuklah ke dalam Islam secara menyeluruh...

Ini jelas kepada kita dalam keadaan macam mana sekalipun Islam tetap diletakkan di tempat yang teratas sekali waimma kita masuk tandas mesti ada Islam iaitu membaca doa. Apatah lagi kalau dalam masakan pun kita mesti tahu adab-adab masakan, benda yang halal dan haram dan sebagainya.Bagi abi, Ustaz telah menunjukkan contoh yang baik bahawa mereka juga turun ke dapur dan boleh membantu isteri. Tidakkah itu suatu sunnah nabi menolong isteri dan membuat kerja-kerja rumah ?

Fikir-fikirkan...
wallahu'alam ...sekadar pendapat dari abi yang dhoif.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.