Wednesday, September 17, 2008

Rumah ayah


Gambar di atas adalah rumah ayah abi yang mana telah dibaik pulih buat kali yang keempat. Kalau dulu kami berempat hanya tinggal di rumah kayu (rumah Felda) yang mengandungi 2 bilik sahaja. Ayah cuba juga untuk menjadikan rumah ini satu kediaman yang baik dan selesa didiami oleh kami semua tapi apakan daya kemampuan ayah terbatas kerana ayah hanya menerima gaji yang tidak seberapa setiap bulan dan tidak tetap. Duit hanya cukup untuk menampung perbelanjaan sekolah dan makan minum kami sahaja. Bila ada duit, diubah bahagian dapur sikit. Kalau tak cukup duit, terbengkalailah binaan tu...

Tahun 2007 yang lalu, abi bersepakat dengan adik abi (Zul) untuk membuat pinjaman bagi mengubah suai rumah. Alhamdulillah loan kami lulus dan dapatlah dibina sebuah rumah baru untuk ayah dan ibu abi. Walaupun loan kedua-dua kami belum cukup untuk menampung pembinaan rumah tapi nasib baiklah ayah ada menyimpan wang juga untuk hasrat tersebut. Bulan 8 yang lepas, maka selesailah pembinaan rumah kami.

Itulah salah satu daripada jasa kami buat ayah ibu setelah membesar kami hampir 30 tahun dan menjadikan kami orang berguna. Sekurang-kurangnya kami tak perlu risau lagi apabila hujan datang kerana ayah tak perlu lagi mencari beberapa biji besen untuk menadah air hujan yang masuk melalui atap atau bumbung. Semoga ayah dan ibu dapat hidup selesa .....amin

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.