Wednesday, September 3, 2008

Fathoyif Oh Fathoyif

Mengimbau memori manis di Jordan suatu ketika dulu.....

Bila tibanya bulan Ramadhan, gerai-gerai ramadhan di sekitar pekan Al Mafraq riuh rendah dengan orang ramai. Masing-masing sibuk dengan urusan untuk membeli juadah berbuka. Bukan sahaja di Malaysia yang mana hebat dengan pesta bazar ramadhan, di Jordan juga pun ada bazar ramadhan tapi taklah sehebat Malaysia.

Fathoyif! Fathoyif! Fathoyip! seru salah seorang penjual kuih di gerainya.
Memang gerainya khusus untuk menjual sejenis kuih sahaja, namamya fathoyif (dalam loghat arab Mafraq). Fathoyif adalah sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dan diadun dengan beberapa bahan yang lain. Tak tau pulak abi apa benda lagi bahan-bahannya. Tak sempat nak belajar dari Pak Arab. Tapi bentuknya memang bulat, sebesar tapak tapak tangan dan warnanya kuning. Seakan apam di tempat kita cuma bezanya ia kosong, tak diisi dengan kacang ataupun gula. Abi kalau beli benda ni semasa belajar kat Jordan dulu, abi makannya dengan susu ataupun gula je...cicah saja ....kira oklah untuk muqaddimah berbuka....

Itulah situasi kami pada bulan Ramadhan. Gerai-gerai untuk menjual kuih muih amat sedikit sekali berbanding kat Malaysia. Kami takde cara lain untuk berbuka. Buah Tamar @ kurma sahaja rutin harian untuk berbuka. Dimakan 3- 5 biji buah tamar dan terus melahap "nasi" kegemaran kami semua.

Dulang lah tempat pertemuan rasa kasih dan sayang kami hidup bersaudara di sana. Di mana tumpah nasi dan kuahnya di situlah tangan-tangan kami bersatu. Itulah hebatnya ikatan ukhuwwah antara kami di Jordan suatu ketika dahulu....kini semuanya tinggal kenangan....

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.