Thursday, September 25, 2008

Bukan kedekut tapi ....

Beberapa hari lepas abi solat zohor di Masjid Jamek Miri. Selepas mengambil wudu' lalu abi terus masuk ke masjid untuk menunaikan solat. Tiba-tiba meluru seorang budak lelaki yang putih mukanya lagi cantik ke arah abi. Abi kira mungkin umurnya sekitar 10-12 tahun.

budak lelaki: assalamu'alaikum bang! mintak duit seringgit.
abi: wa'alaikum mussalam. kamek(aku) sikda duit. tertinggal dalam keta...

Kemudian berlalulah budak lelaki tadi menuju ke tempat seorang lelaki. Abi fikir mungkin itu bapanya. Apa yang abi nak bagitau kat sini ialah bukannya abi kedekut untuk menghulurkan bantuan tapi abi rasakan perlu diajar dan dididik masyarakat hari ini bahawa "umat Islam bukan bukan umat meminta-minta" terutama sekali dalam meminta sedekah. Mereka perlu diajar supaya bekerja dan berusaha untuk mencari rezeki yang halal di muka bumi ini. Tubuh badan yang sihat hasil kurniaan Ilahi mampu untuk melakukan apa-apa pekerjaan. Mustahil di Malaysia ini tiada pekerjaan.

Abi juga fikir kalau abi berikan pada budak lelaki tersebut, maka dia akan melakukan pekerjaan seumpama itu pada orang lain pula. Lama kelamaan akan timbul dalam diri budak itu sifat malas bekerja. Dan tidak mustahil akan wujud pada suatu masa nanti sikap "pau" orang lain.

Sesungguhnya Islam menggesa umatnya supaya bekerja. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

" tangan yang memberi itu lebih mulia daripada tangan yang meminta ".

Firman Allah SWT yang bermaskud:
" Dan bekerjalah kamu semua, maka nescaya Allah dan rasulnya akan melihat amalanmu..."

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.