Monday, December 20, 2010
kisah peneroka II
masih lagi nak cerita pasal lembu ayah. Pada mulanya ayah memang bela 2-3 lembu jer. Tapi lama2 lembunya membiak dan beranak. Ada juga orang yang pawah lembu dengannya. Bila lembu tu beranak, kalau 2 ekor ayah dapat satu ekor.
memang dah jadi tradisi kat sini kebanyakan peneroka membela lembu. Ada yang sampai 30 ekor. 80 ekor. 100 ekor pun ada. Hak ni yang dikatakan jutawan senyap.
Abi ada syer juga ngan ayah. Itupun kongsi beli lembu dengan adik. Beli ibu lembu. Kini dah beranak 2 ekor. Daripada RM1500 dah untung RM1600. Anak tu dapat dijual dengan harga RM800 seekor.
Walaubagaimanapun, kerja macam ni memang ada risikonya. Ada juga lembu yang hilang time banjir. Ada juga yang mati kesejukan time hujan lebat (bagi anak lembu). Ada yang dicuri orang!
Setiap pagi dan petang ayah akn pergi memberikan lembunya minum air garam. Kekadang tu beri air garam.
Wednesday, December 15, 2010
Saturday, December 11, 2010
TIPS MERAKAM FOTO MAJLIS RASMI
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
(Telah diubahsuai dari entry asal dari blog FOTOTEACHER – ‘Tanya Hasnuddin – Tips Merakam Gambar Event‘ – 27 November 2007)
Untuk mendapatkan rakaman gambar event yang baik, terlebih dahulu, anda mesti berfikir dan melihat event tersebut dari sudut pandangan penganjur acara. Bayangkan diri anda sebagai penganjur yang telah mengeluarkan sejumlah wang dan masa bagi menjayakan event tersebut. Gambar yang bagaimanakah yang ingin anda lihat? Apa yang penting untuk dirakam pada sesuatu event ialah:
- Perkara material yang berharga seperti gambar dekorasi meja, gambar hiasan pentas, pintu gerbang, goodie bags, backdrop dan sebagainya. Ini kerana, penganjur telah mengeluarkan sejumlah wang untuk perkara-perkara ini dan mereka ingin melihat gambarnya sebagai rekod.
- Rakam semua gambar tetamu penting, lebih-lebih lagi gambar VIP yang hadir. Bukan mudah untuk dapatkan kehadiran VIP. Kehadiran mereka amat bermakna kepada penganjur.
- Rakam semua upacara penting seperti ucapan VIP, majlis perasmian, gimmick pembukaan, persembahan dan sebagainya.
Gambar dekorasi juga penting sebagai pelengkap rakaman gambar sesuatu acara. Dari segi teknik, untuk merakam gambar event, anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut:
- Untuk gambar event, biasanya, kreativiti bukanlah perkara paling utama. Apa yang penting, gambar mestilah tajam, cukup terang dan semuanya perlu straight forward. Ini kerana, gambar event biasanya dijadikan sebagai rekod sebagai rujukan pada masa depan.
- Pastikan anda mendapatkan ekspresi wajah yang baik. Elakkan merakam gambar orang yang tertutup mata, mulut ternganga dan sebagainya. Rakam wajah orang lain sebagaimana anda ingin orang lain rakam wajah anda.
- Tunjukkan suasana dengan background yang bersesuaian. Sebaiknya rakamlah gambar orang dengan background yang boleh menceritakan event tersebut. Contohnya, rakam gambar orang dengan latarbelakang pentas utama, ini lebih baik dari merakam gambar orang dengan background dinding kosong.
- Gunakan komposisi dan sudut yang betul. ‘Buang’ perkara yang tidak membantu menceritakan event tersebut. Contohnya, dalam gambar anda, tidak perlu ada gambar kerusi kosong di belakang VIP. Juga ‘masukkan’ perkara yang boleh membantu menceritakan mengenai event. Contohnya, dapatkan gambar backdrop atau banner event tersebut sebagai latarbelakang.
Salah satu teknik untuk merakam gambar event yang baik ialah dengan meminta tetamu VIP bergambar sambil memandang kamera. Ini bagi mendapatkan gambar formal dengan ekspresi wajah yang baik.
Apabila merakam gambar secara kandid, pastikan semua wajah subjek utama anda dalam posisi dimana muka mereka boleh dilihat dengan jelas. Ekspresi wajah subjek utama dalam gambar juga mestilah dalam keadaan yang baik.
Untuk mendapatkan gambar event yang baik, anda juga perlu memahami dan menguasai kemahiran komposisi, teori rule of third, cropping, angle, looking room, head room, mood dan sebagainya. Dengan latihan dan usaha yang bersungguh-sungguh, saya yakin gambar anda akan lebih baik lagi dalam sedikit masa.
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
Friday, December 10, 2010
Tautan mahabbah di Besut
Alhamdulillah dengan izinNya abi dapat menziarahi seorang kawan (Us. Kamil & famili) di Besut 2 hari yang lepas. Hampir 3 tahun kami telah berpisah dek kerananya telah menyambung pelajaran (MA) di UKM. Kini belaiu adalah seorang pensyarah di Institut Perguruan Sultan Mizan, Terengganu.
Dahulunya, beliau bersama-sama dengan abi di Bumi Kenyalang. Beliau adalah tenaga pengajar di SMKA Miri.
Ziarah kami kali ini turut dihiasi dengan nasi Maqlubah (nasi arab) hasil sentuhan zaujahnya (ustzh Yuhanah). Dah lama kami tak mengecapinya. Turut serta dalam ziarah ini adalah Us Ismail & famili, Us Zulfa & famili, Us Hakiman & famili dan Cikgu Abdullah Zahidi & famili.
Selamat bertugas di tempat baru wahai sahabatku.
Tuesday, December 7, 2010
Duit mencurah-curah keluar
Semasa berada di kampung ni, banyak perkara dan benda kena pikir. Termasuklah dalam menguruskan hal rumah mak dan ayah. Nampak saja susu, milo, biskut dan apa saja yang kurang segera dibelikan. Time macam nilah nak menolong mak ayah di kampung. Maklumlah balik setahun sekali.
Bergerak ke sana sini mesti ngan kereta. Bukannya bergerak pakai air tapi pakai minyak. Sekali jalan RM20-30 akan terbang. Hati terasa mauk pergi ke sana dan ke mari. Masuk jer kedai pakaian teringin nak beli itu ini.
Bila meninjau rumah ayah, banyak semak samun di tepi dan belakang. Terus ditebas. Masih ada lagi saki baki yg belum setel. Halaman depan rumah rumah pun nampak tak terurus saja. Maklumlah mak sekarang ni dah ada "baby" baru. Dok jaga baby anaknya yg baru lahir. Anaknya pula tinggal pd mak kerana masing2 laki bini kerja berjauhan. Sorang di Gua Musang dan sorang lagi di Dabong. Mak dah jadi seolah ibu yg baru melahirkan anak.