Tuesday, June 28, 2011

95% selesai

Bahagian ruang tamu hasil sentuhan isteri abi

kini 95% bilik dah selesai dikemas temasuk bahagian ruang tamu. Tinggal lagi menerima perabot dari sekolah seperti katil dan meja makan.

Hopely, rumah ni bakal memberi ketenangan kepada kami sekeluarga. Amin.

Monday, June 20, 2011

Naik rumah baru

Bila naik rumah baru ni, banyak benda yang kena buat. Susun perabot la, atur elektrik dan air la...dan macam2 yang kena buat. Hari ni, abi cuba buat pemasangan paip untuk mesin basuh. Mula jam 6 petang sampailah 9 malam. Ni yang dikatakan tikus dengan besi....tak reti tapi nak wat juga. Last sekali paip tak menjadi sebab tak ngam dengan paip yang satu lagi. So pasang semula dan kembali kepada asal.

Alangkah beruntungnya jika abi seorang guru Kemahiran Hidup. Mesti ada ilmu tentang pemasangan paip ni. Taklah tercungap2 orang kata macam gold fish tu. Tapi takpelah try n error. Tak cuba maka tak tau dan takde pengalaman.

Esok pergi kedai hardware dan cari barang lagi!

Friday, June 17, 2011

Sejarah Setiu

Surau Al Muttaqin yang cukup sinonim bila berada di SM Sains Setiu

Setiu adalah nama seorang Pahlawan Bugis. Peperangan antara Belanda dengan Bugis telah berlaku dalam tahun 1870an. Ramai orang-orang Bugis lari meninggalkan negeri mereka . Antara mereka adalah seorang Pahlawan bernama Tok Setiu. Antara faktor yang menyebabkan beliau lari selain dari kalah berperang ialah kerana beliau tidak mahu hidup bertuankan Belanda. Setelah beberapa lama belayar Tok Setiu dan orang-orangnya pun tiba di Terengganu. Negeri Terengganu pada masa itu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad II ia itu Sultan Terengganu yang ke-10 ( 1875 - 1881).

Dengan persetujuan Sultan Ahmad II beliau membuka perkampungan yang dinamakan Kampung Bukit Tok Setiu. Tok Setiu mendapat tentangan daripada Tok Itam dan orang-orangnya kerana berebut suatu kawasan. Berlakulah peperangan yang amat hebat selama 7 hari 7 malam. Dalam peperangan tersebut pihak Tok Setiu menerima kekalahan. Memandangkan hal yang demikian Tok Setiu memohon bantuan daripada Tok Serban Kuning dari Mukim Batu Bertindan, Bukit Mahsuri. Dengan bantuan yang diberikan oleh Tok Serban Kuning maka pihak Tok Itam mengalami kekalahan.

Kemenangan Tok Setiu telah mengukuhkan lagi kedudukanyan sebagai Ketua di kampungnya dan menyebabkan pengaruh beliau semakin kuat dan pengikutnya bertambah ramai. Semasa pimpinan Tok setiu, beliau telah meninggalkan banyak jasa antaranya membuat tandak-tandak sungai, adalah bertujuan untuk memudahkan pengaliran air dari sungai ke sawah-sawah.


dipetik daripada Wikipedia Bebas

Thursday, June 16, 2011

Lapor diri d Setiu

blok pentadbiran SM Sains Setiu


2 Jun 2011 (Khamis) abi ke Setiu untuk melihat panorama sekolah. Hajatnya nak siar2 saja. Tapi terserempak ngan PK 1 -cikgu Saifuddin. So terpaksalah lapor diri pada hari tu juga.

Ayah dan mak datang sekali untuk melihat view sekolah dari dekat. Selepas melapor terus register untuk masuk ke flat guru.

Ahlan wa sahlan ya Setiu!

Friday, June 3, 2011

Hujan emas di negeri orang....

menerima penghargaan cenderamata daripada sekolah, PPI dan PIBG

bersama anak-anak didik tingkatan 2, sewaktu dulu abi adalah guru kelas kepada mereka

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Mungkin itulah perumpamaan yang hampir dekat dengan perjalanan hidup abi berkelana sebagai seorang pendidik dan murabbi di negeri Kenyalang. Hampir 11 tahun berkelana di Sarawak, banyak membuahkan nostalgia yang pahit mahupun manis. Yang pahit bila diingati akan jadi manis.....

Terima kasih kepada anak-anak didik dan rakan-rakan seperjuangan kerana menghiasi kamus kehidupan abi di negeri kenyalang ini.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.