Wednesday, March 28, 2012

Program Cakna Al Furqan

Ustaz Khairul Azman sedang memberi tunjuk ajar kepada adik Lokman

Ustaz Amran bersandar di dinding semasa mengajar kitab suci kepada beberapa orang pelajar.

abi bersama seorang pelajar lemah Al Quran

BADAR SM Sains Setiu semalam telah melancarkan satu program berkala pada tahun ini iaitu Program Cakna Al Furqan. Program ini yang menitik beratkan masalah pembacaan dan tahsin bacaan di kalangan pelajar tingkatan 1,2 & 4.

Secara tidak langsung program ini membasmi buta Al Quran di kalangan pelajar2. Berkat kerjasama guru2 agama SAIS di bawah pengerusinya Ustaz Khairul Azman Bin Ibrahim dan penggeraknya Ustaz Amran Nassan ianya berjalan lancar.

Program ini diadakan 3 kali seminggu antara maghrib - Isya'.

Moga ianya dirahmati Allah dalam usaha memartabatkan Al Furqan.

Team MTQ SAIS



Julung2 kali pada tahun ni SAIS telah menghantar pasukannya ke MTQ ke peringkat zon. Alhamdulillah ada juga tempat. Peringkat zon 1, tilawah nombor 3, hafazan nombor 1 dan nasyid nombor 2.

Syukran kepada geng2 ustaz @ ustazah atas kerjasama yang diberikan dalam melatih dan memberi tunjuk ajar kepada anak didik SAIS. Moga Allah memberkati usaha kalian semua.

Jangan jadi ssssummmmbat!!

boring

Rasa dah boring tengok background blog asyik pakai baju tak tukar2 lagi dari tahun lepas. So tahun ni nampak gayanya kena tukar baju lah.

Blog anda punya camner? dah tukar baju ? or still ngan yang lama....ingat kalau baju kiter lama2 tak tukar akan jadi lusuh tau! so jom tukar template...

Sunday, March 25, 2012

skype pengikat cinta kami


Ummi telah belayar ke Miri hampir seminggu. Menunaikan kewajipannya sebagai pendidik. Tatkala rindu mendatang terhadap anak-anak dan suaminya :) maka ummi akan membuka skype nya untuk menatap wajah2 tersayang.

Dapatlah sikit melepas rindu walaupun tak dapat membelainya! Itulah kehebatan teknologi kini yang kita tak terfikir pun sejak dulu kini menjadi kenyataan. Seingat abi dalam era 90 an dulu benda sebegini takder pada masa tu. Yang ada hanyalah Mirc (yg dapat hantar mesej je). Tapi sekarang dengan adanya skype cinta kami anak beranak bertaut erat. Itulah kehebatan Skype!

Thursday, March 22, 2012

lepas habis satu, datang lagi satu

Dah masuk 5 hari abi bersekang mata nak menanda kertas jawapan bebudak abi. Kertas BA dan PAI. Dah lama tak semak kertas PAI. Rasanya dah masuk 8 tahun tak jadi pemeriksa PAI. Kekok juga rasanya. Tu lah yang jadi lambat.

Malam tadi, kacang juga mata tapi tak boleh tahan. Hanya dapat bertahan sampai jam 1130 pm jer. Itu pun dah cuba untuk bertahan termasuk minum kopi Radix, tapi tak berhasil juga untuk berjaga malam. Huh! apa lagi tidur awal abi malam tadi.

Tersedar jam 5 am, terus bangkit dan pergi masuk muka ke tandas. Ambik kertas budak tu dan sambung menyemak lagi. (Bukan senang nak jadi cikgu) Hanya Allah saja yang tau! Hajat di hati nak beri juga pada budak2 hari ni paper tu lagipun besok is last day to key in markah. huh! terbeliak biji mata abi dok menanda kertas. Sampai ada sorang cikgu tu tegur abi masa berjalan,,, macam ada masalah jer ustaz....lantas abi jawab selamba, " takder lah, macam biasa ". Memang ada pun masalah, masalah tak siap nak menanda kertas lagi. hi hi.

Alhamdulillah setelah bertungkus lumus siap juga menanda paper budak. Markah pun dah diberi pada bebudak sebelum habis kelas. Fuhhhhhhh lega.

Tinggal lagi satu perkara. Hari ni sepatutnya kene serah RPH. Satu minggu lagi tak siap nak taip. Habis satu perkara, satu perkara lagi datang!

Ya Allah berikanlah abi kekuatan. Amin.

Wednesday, March 21, 2012

Muhasabah sedeqah


Setiap kali abi pergi solat Jumaat di Masjid Felda Kemahang 2, abi pasti akan duduk di saf depan. Abi lihat selepas sahaja selesai solat Jumaat, bilal dan ajk masjid akan berjalan bersama tabung duit. Tatkala itulah ahli jemaah akan menghulurkan $$$$ sebagai saham akhirat mereka. Yang pasti kebanyakan orang tua akan menghulurkan $$$$. Tak pernah miss setiap kali jumaat adalah orang yang sama bersedeqah.

Bayangkan jika dia bersedeqah RM 1 untuk 1 kali jumaat, bermakna sebulan dia dah sedeqahkan RM4. Kalau setahun RM48. Dua tahun RM48 +RM 48 = RM96. Kalau dia dah istiqamah untuk bersedeqah selama 10 tahun yg lepas bermakna dia dah bersedeqah sebanyak RM480 dalam hidupnya.

Itu kalau nilainya RM1. kalau nilainya RM5, bermakna setahun RM60. Dua tahun RM120.

So, kita bagaimana???pernah tak kita bawa RM1 setiap kali ke masjid untuk solat Jumaat? pernah istiqamah ke pemberian kita?

Tepuk dada tanya iman! kepada sang isteri, peringatkanlah suami anda supaya membawa kertas biru itu ke masjid.

Wallahu'alam.

Sunday, March 18, 2012

Masjid Bejing

Musim cuti sekolah yang lepas, abi n family tak ke mana2. Takder plan nak ke mana2. Cuma ummi ada plan nak ke Thai untuk ziarah anak sedaranya sakit akibat eksiden motor. Sambil2 tu juga dia berhajat nak pi ambik pembantu rumah dari sana.

Oleh sebab tu lah kami secara tak langsungnya kami terserempak dengan masjid Bejing ni di Rantau Panjang, Kelantan. Kebetulan pula Ummi nak solat zohor dan bebudak ni lapar. So, kami beristirehatlah di sini.
Maaf gambar tak sempat nak edit bagi dia berdiri tegak sikit. Takpelah layan je gambar tu. Yang pentingnya nak habaq kat sini ialah menaranya terpahat nama2 25 rasul.



Keunikan masjid ini adalah reka bentuknya sebiji macam yang ada di negara China. Takder langsung ukiran senibina Melayu. Kalau difikirkan kenapa diwujudkan masjid senibinanya China? Senang je....jawapannya adalah kerana Islam itu adalah agama global yang dianuti oleh semua bangsa tak kira Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain2....So, dari segi rekabentuknya tak salah asalkan tiada unsur2 syirik.

Silalah berkunjung ke masjid ini jika anda ke Rantau Panjang. Lihatlah dengan mata hati!

Saturday, March 17, 2012

al wada'


Seusai solat Subuh abi n ummi bersiap sedia untuk ke lapangan terbang Kuala Terengganu. Dijadualkan ummi akan menaiki pesawat MAS jam 1005 pagi nanti. Jam di tangan dah masuk jam 730 pagi. Bergegas abi untuk menghidupkan enjin kereta.

Kali ini ummi terpaksa melangkah kakinya ke bumi Sarawak lagi demi menunaikan kewajipan sebagai seorang pendidik Bumi Kenyalang. Ummi tak dapat lagi bertukar atas platform Guru j-QAF yang dikatakan agak sukar untuk bertukar dan berbicara buat masa kini.

Entah apa kesudahannya nanti....kita lihatlah nanti. Ummi dengan hati yang berat terpaksa meninggalkan seorang bayi berumur 3 bulan dan seorang anak laki berumur 3 tahun kepada ibuayah abi. Yang 2 orang lagi tu abi yang jaga. Itulah nasib kami sekeluarga. Berpisah. 2 di Kelate, 3 di Setiu dan 1 di Miri. Famili 3 penjuru.

Namun, bukan abi dan ummi saja yang menghadapi situasi sebegini. Banyak lagi kes2 seperti ini yang berlaku terutamanya kepada guru2. Bila bersembang dengan kawan2 pasal berjauhan suami-isteri-anak2, ada satu cerita tu.....suami dan isteri serta anak2 terpaksa berjauhan selama 4@5 tahun. Tapi yang sakit hatinya bila kita dengar ada2 jer guru yang masuk ke negeri yang susah orang nak masuk spt Kelantan dan Terengganu. Abi boleh bagi tabik spring 5 x kpd Kerajaan Thailand kerana kes sebegini jarang berlaku di Thailand dan kerajaannya memandang serius kes seperti ini.

Ada juga kes berjauhan suami-isteri ini boleh menghuru harakan rumahtangga. Satu kes yang abi dengar dari PPD, seorang isteri merayu agar ditempatkan berdekatan dengan suaminya, jika tidak, dia akan diceraikan. Allahuakbar! sampai begitu sekali isteri dibuat suami.

Pihak berwajib haruslah memandang berat kes2 berjauhan suami isteri ini agar ianya tidak menimbulkan fitnah. Bukankah menolong saudara dalam kesusahan itu mendapat pahala? Ketepikan soal perbezaan politik dan ideologi. Yang penting bantulah mereka demi qualiti pendidikan negara!

Sunday, March 4, 2012

tragedi


Malang tak berbau dan takdir bagi sahabat abi, Ustazah Zura yang merupakan isteri kepada Ustaz Fariza telah terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Strawbery Park, Miri Jumaat lepas. Kereta yang dipandunya berlanggar dengan hilux menyebabkan keretanya terbabas ke seberang jalan dan terus terbakar.

Alhamdulillah Ustazah Zura terselamat daripada kemalangan tersebut dan mengalami kecederaan ringan.

Moga Allah melindungi sahabat abi ini.

ke Miri lagi...


Hari kian berlalu. Tak lama lagi si Ummi akan meninggalkan Bumi Setiu. Meninggalkan sang suami dan anak-anak. Tiket bertarikh 17 Mac adalah hari pelepasan ummi ke KL-MYY.

Bagi abi ianya adalah satu ujian bagi kami anak beranak. Hidup tak seindah orang lain. Adakalanya terpaksa menempuhi pelbagai ujian pahit getir. Anak-anak terpaksa ditinggalkan kepada ayah dan mak di kampung halaman sementara yang besar pula bersama abi.

Itulah lumrah kehidupan dan roda hidup.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.