2 hours ago
Thursday, October 31, 2013
an evening ....
sepetang lepak2 bersama Azzam & Ummi di taman belakang rumah. Kali ni Azzam jadi model. Macam2 snap abi buat pada Azzam ni. Dunia fotografi dah menggila semula! Lama dah tinggal semenjak sibuk ngan aktiviti sekolah....
Bila dah snap gambar ni, hati rasa puas dan terhibur....Macam2 yang ummi kata pada abi ke hulu ke hilir asyik bawa benda tu ajer...hi hi..biarlah nal kata apa pun. Ummi tak memahami jiwa abi yang SENI ni.... :)
Wednesday, October 23, 2013
main shot shot
supaya biji mata tak mengantuk abi ambil dslr dan shot gambar hero2 abi yang masih tak tidur lagi. Jam menunjukkan pukul 1130 malam. So, pelbagai aksi yang diambil...jom layan jer..
manual mode M 1/13 f5.6 iso 200 + flash
Kategori:
Fotografi,
Keluarga,
sentuhan jemariku
Monday, October 14, 2013
kelebihan ayat kursi
Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:
- Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
- Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
- Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
- Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
- Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
- Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
- Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.
- “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
- Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
- Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
- Di tengah malam atau dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
- Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
- Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
- Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.
.
12. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;
- Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipudaya dan ganguan syaitan.
- Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
- Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
- Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
- Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
- Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
.
13. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
- Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
- Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
- Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
- Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
- Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
.
14. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
- Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
- Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
- Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
diambil dari blog syafiqalbi.wordpress.com
Sunday, October 13, 2013
lagi lagi cerita han...
Syukur alhamdulillah abi baru habis jer balik daripada duty warden malam ni. Mata masih lagi belum mengantuk. So, abi gagahkan diri untuk bercerita dalam blog sekadar perkongsian untuk semua.
Tiba saja abi ke kelas (dalam sesi rondaan), tetiba ada beberapa orang pelajar datang menerpa abi dan menceritakan apa yang telah berlaku sehari dua di dorm mereka. Salah seorang daripada mereka menceritakan kepada abi bahawa mereka telah ternampak satu lembaga berambut panjang dalam loker yang tidak digunakan.
Pelajar tersebut pada asalnya cuba mensnap gambar2 dalam dormnya dan apabila diteliti gambar yang diambilnya terpapar di skrin kamera tersebut satu lembaga. Kejadian berlaku lebih kurang jam 11 malam lebih. Terus ia menangis ketakutan dan memberitau kepada rakan2nya yang lain. Semenjak peristiwa tersebut penghuni ddorm tersebut dalam ketakutan dan telah membuat bacaan yasin untuk meredakan keadaan. Alhamdulillah keadaan kembali tenang dan dapat tidur dengan nyenyak! Syukur....
Persoalannya boleh percaya atau tidak benda2 sebegini. Bagi abi ianya mungkin boleh berlaku dengan izin Allah dan tidak mustahil ia boleh dlihat dengan alat yang canggih pada zaman moden ini seperti kamera. Banyak dah cerita ceriti yang abi dengar bahawa makhluk itu boleh dilihat melalui kamera.
Timbul pula kekacauan sehari dua ni oleh makhluk tersebut di asrama. Mungkin selepas sebahagian daripada bukit tersebut telah ditarah oleh case dan sodok. Mungkin mereka marah sebab tempat mereka diterokai!
Nak buat camner ekkk? pesan abi buat macam biasa jer. Mereka ni juga adalah makhluk Allah dan tiada kekuatan melainkan dengan izinNya.
Tambahkan amal ibadat berupa zikir dan kurangkan@SLOW sikit tahap kebisingan anda di asrama.
Friday, October 11, 2013
Muzakkir di kem kepimpinan pengawas BRAINS
tarikh : 10 Okt 2013
masa : antara maghrib dan Isya'
tajuk : ujian Allah- surah al baqarah
lokasi: Kem Bari, Penarik, Setiu
lokasi: Kem Bari, Penarik, Setiu
Wednesday, October 9, 2013
pelajar tahfiz dirotan ustaz Bangla
keadaan peha mangsa yang mengalami pembekuan darah dari dalam.
ingat para cikgu semua...kalau nak mendidik tu jangan sampai kita mendera...rotan sekadar nak memberi tunjuk ajar@didikan...
Maaf saya bukan anti rotan tapi saya pro rotan.tapi bila saya merotan budak saya akan ta'awwuz billah (minta perlindungan dr Allah) supaya tidak dihasuti syaitan.
Saturday, October 5, 2013
Predator
Gempar sebelum ini mengenai ‘Predator Malaysia’ yang
datang ke Balai Polis, kononnya sesetengah spekulasi mengatakan
predator sesat bertanyakan jalan dan sebagainya.
Siapakah sebenarnya di sebalik topeng dan pakaian lengkap predator ini?
Jangan terkejut kerana manusia yang bertopengkan predator dan pakaian lengkap predator ini adalah seorang doktor.
Doktor yang lengkap dengan seragam predator yang berharga RM85 ribu ini sebenarnya datang ke balai polis untuk membuat laporan mengenai penjualan sijil sakit (MC) palsu di laman sosial Facebook.
Tetapi mengapa harus memakai pakaian sebegini rupa untuk tampil di balai polis?
Siapakah sebenarnya di sebalik topeng dan pakaian lengkap predator ini?
Jangan terkejut kerana manusia yang bertopengkan predator dan pakaian lengkap predator ini adalah seorang doktor.
Doktor yang lengkap dengan seragam predator yang berharga RM85 ribu ini sebenarnya datang ke balai polis untuk membuat laporan mengenai penjualan sijil sakit (MC) palsu di laman sosial Facebook.
Tetapi mengapa harus memakai pakaian sebegini rupa untuk tampil di balai polis?
Ujian Kompetensi
Sehari dua ni semua guru bertungkus lumus untuk menjawab soalan kelolaan KPM ni. Wajib dijawab oleh semua guru. Tapi yang paling nayanya, server terlalulah slowwww...kena tunggu hingga mengantuk.
Kembali kepada soalan, hanya berkisar tentang ICT sahaja. Kalau sesiapa yg buta IT, bagi saya memang kompen takleh jawab. Atau sesiapa yg buta komputer memang sah akan fail juga. Soalan ada 30 dan perlu dijawab dalam masa 40 minit sahaja!
Selamat menjawab!
Kembali kepada soalan, hanya berkisar tentang ICT sahaja. Kalau sesiapa yg buta IT, bagi saya memang kompen takleh jawab. Atau sesiapa yg buta komputer memang sah akan fail juga. Soalan ada 30 dan perlu dijawab dalam masa 40 minit sahaja!
Selamat menjawab!
ini adalah laman website http://ict-kpm.azurewebsites.net/
Subscribe to:
Posts (Atom)