Saturday, July 19, 2014

mengejar lailatul qadr

Hati abi membuak2 ingin ke masjid untuk sujud kepadaNya lebih2 lagi pada malam2 10 yg terakhir. Huh! abi terima dengan redhanya kerna tak dapat hadir disebabkan ummi yang kurang sihat (demam urat). Si ummi mengadu yang tubuhnya sakit2 dan lenguh seluruh anggota badan. So, abi bagi dia berehat. Terpaksa menjaga dan mengawasi anak2 a.k.a hero2 yang boleh dikatakan tengah membuas!

Harap2 malam ni tak berulang lagi dan dapat abi meneruskan agenda dalam mengejar Lailatul Qadr. Allahumma amin.


Wednesday, July 16, 2014

Mandi selepas asar di bulan puasa

Assalamu'alaikum tetamu Ramadhan sekelian....

Pernah satu tika dulu si ayah melarang daripada mandi selepas waktu asar. Makruh katanya. Benarkah ? 

Sebenarnya tidak betul sama sekali kerana Nabi Muhammad SAW pernah membasahi kepalanya sewaktu baginda merasa kepanasan dan kehausan. Ada hadis yang menceritakan tentang perihal Rasulullah berbuat demikian. Boleh lah merujuk hadis riwayat Abu Daud.

Tuesday, July 15, 2014

Stokis Susu Halibs Setiu

Saja nak iklan kan susu Halibs ni pada blog cerita abi. 

Baru2 ni ummi ambil satu langkah yang bijak dengan menjadi stokis susu Halibs di Setiu.Asalnya memang susu ni digunakan untuk anak abi yang seorang tu, Azzam. Tapi setelah berfikir panjang dan berkongsi nikmat kesihatan ini kepada semua maka ingin menyahut cabaran utk menjadi stokis tunggal di Setiu ini. 




harga untuk susu Halibs fullcream atau coco adalah RM28.

Bukan setakat susu halibs tu saja, malah susu kambing pun ada juga. Harganya RM45 sekotak. Ada 30 sachet. Memang cun2 untuk makan sebulan. 


kepada warga Setiu atau di mana saja, jika berminat boleh call abi atau ummi. whatsapp pun boleh! 
013 8361203 (Muzaha) @ 013 8341718 (Sarina)

maklumat lanjut bolehlah juga layari facebook Susu Halibs Setiu 

https://www.facebook.com/pages/Susu-Halibs-Setiu/608635902577343?ref_type=bookmark

first day of iftar SAISIAN





sumber : facebook SM Sains Setiu...hari pertama berbuka puasa

bayi menangis malam


Seorang ibu mengadu kepada abi akan hal bayinya yang sering menangis pada waktu malam terutamanya jam 12 tengah malam ke atas. Abi memberikannya beberapa tips untuk menangani masalah ini. Alhamdulillah tips yang abi berikan ini berhasil dan berjaya.

Dikongsikan beberapa tips ini untuk manfaat bersama.

1) Ambilkan air dan bacakan ke atasnya surah Al Fatihah dan ayat Al Kursi. Siibu atau si ayah boleh lah membacanya dan tidak perlulah menyusahkan orang lain untuk membacanya. Tapi jika ada oran yang warak agamanya di sekeliling kita eloklah menyuruhnya baca.

2) Ambil air tadi dan renjiskan di sekeliling tempat tidurnya. Boleh juga menggunakan spray air untuk menyemburnya. Amalan ini dilakukan sebelum masuknya waktu maghrib.

3) Air itu juga bolehlah disapu pada kepala si bayi tadi sebelum waktu maghrib atau pada waktu malamnya.

4) Apabila si anak mula menjerit pada waktu tengah malam, azankan d telinganya dengan kadar sederhana kuat. Boleh dilakukan oleh sesiapa dan seeloknya bapa bayi tersebut. Selepas azan bacakan al fatihah sambil mendukung bayi tersebut. InsyaAllah bayi akan berhenti menangis.

5) Jika bayi tidak berhenti juga menangis, ulangi azan dan al fatihah sekali lagi.

6) Jika tidak berhenti juga.....cuba check tahap kesihatannya, lampinnya, tempat tidurnya kot2 ada semut dan sebagainya...

InsyaAllah kita hanya mampu berikhtiar Allah sahaja lah Penyembuhnya...

wallahu 'alam.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.