1 hour ago
Thursday, August 21, 2014
Dosa semalam
Terasa amat susah melupakannya
bagaikan ianya baru melanda
tatkala nafsu dan syaitan durjana
bertapa di hati merampas takhta
Perit rasanya bila dikenang
terasa jauhnya diriku dari yang Maha Agung
Iman hanya senipis kulit bawang
tak mampu melawan walaupun setajam pedang
Ya Rabbi...
Dikaulah yang mencipta segala isi
Puas sudah aku tangisi
berbekalkan taubat di malam hari
Ya Rabbi...
berilah aku kekuatan diri
agar ianya tiada berulang lagi
agar tidak menyesal kemudian hari...
Amin

Wednesday, August 20, 2014
was was tentang kentut
Pernahkah anda mengalami rasa ingin terkentut hilang secara
tiba-tiba dan tidak dipastikan sama ada angin tersebut sudah keluar atau
tidak? Entri ini boleh membantu anda yang ragu-ragu untuk memastikan
solat sah dan adakah benar terkentut.
Seringkali ragu-ragu mendatangkan kesulitan kerana ia terikat pada keadaan sah atau tidak sesuatu ibadah khususnya solat. Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika salah seorang di antara kalian merasai sesuatu di perutnya, lalu ia ragu-ragu apakah keluar sesuatu ataukah tidak, maka janganlah ia keluar dari masjid hingga ia mendengar suara atau menghidu bau." (Riwayar Muslim no.362).
Melalui hadis ini dapat diambil satu kaedah fiqh yang mengatakan “Keyakinan tidak akan hilang dengan raguragu”, iaitu ragu-ragu tidak sekali-kali akan wujud dalam suatu keyakinan. Dalam erti kata lain, kita yang berwuduk akan kekal berwuduk sehinggalah kita benar-benar yakin berlaku hadas dan sekiranya kita berhadas maka kita akan kekal berhadas sehingga berwuduk kembali.
Dalam hadis lain, Baginda s.a.w bersabda “Janganlah berpaling hingga dia mendengar suara atau mendapati bau.”(Riwayat Bukhari no. 177 dan Muslim no. 361). Maka bagi kita yang ragu-ragu tentang hadas, tidak harus untuk kita berwuduk bahkan kita perlu tetap meneruskan solat. Namun, jika telah yakin berlakunya hadas samada dengan mendengar atau menghidu bau maka hendaklah kita
berwuduk.
sumber: Majalah i karangkraf

Friday, August 8, 2014
Tuesday, August 5, 2014
Ajaibnya Ukhuwwah itu
Uh..rasanya malam ni tidur lewat lagi. Malam semalam dah tidur lewat kerna menjaga anak kecil yang kurang sihat. Mata dapat bertahan hingga jam 100 pagi saja. Sinergi dah habis. Terus abi mengejutkan ummi dari tapak peraduannya...."take my turn" lah kononnya...
Malam ni si kecil zzzzzz dengan lenanya. Lena tak lena pun menghampiri jam 12 tengah malam. Selepas penat bermain mengikut etikanya yang tersendiri maka tertutuplah matanya.
Yang hairannya mata si abi masih lagi gagah untuk terbuka. Mungkin sebab malam td dah diajar zzzzzz lewat. Agaknya lah. Selepas berbual panjang dengan seorang sahabat melalui teknologi wasap, mata tak dapat dilelapkan. Macam2 perkara yg dibualkan. Pendek kata dari A sampai Z. Selagi tak habis bateri selagi tu lah terus bersembang! Tq wasap!
Ajaibnya ukhuwwah itu...sahabat yang abi baru kenali itu (secara serius) dalam sehari dua ni,,, seolah2 ianya dah berkurun lamanya. . Terima kasih wahai sahabatku atas kepercayaan yg diberi walaupun dua hari mengenaliku.
Memang betullah kata orang ...awal perkenalan itu salam, senyum dan sapa. Maaf wahai sahabatku!
terima kasih sahabatku....
1.24 am

Subscribe to:
Posts (Atom)