Sunday, September 21, 2014

Bumi Anbiya' saksi cinta kami


Memori Ogos terpaksa diundurkan ke belakang.... 24 Ogos 1998 maka  termeterailah satu akad di pejabat Qadhi Al Mafraq. Jam 800 pagi waktu Jordan kami bersiap sedia dengan menaiki teksi menuju ke Pejabat Qadhi. Malang sekali tiada sekeping gambar pun yg dapat diambil. (zaman tu zaman tiada hp). Alhamdulillah dengan sekali akad (menggunakan mazhab Hanafi) abi sah bergelar suami kepada Sarina Bt Mat. 

Rasa sayu dan hiba di hati apabila Allah telah memakbulkan hasrat hati untuk memperisterikan seorang muslimah pilihan hati. Walaupun pada hakikatnya abi dan sidia tidak pernah sekalipun berjumpa@dating! Atas nawaitu tawakkal di hati abi pohon petunjuk daripadaNya agar menganugerahkan abi seorang isteri yang sesuai dengan hati abi. 

Memang cinta kami ini unik.Tak pernah bertemu atau berdating. Tak pernah mengutus surat. Hanya sekali dua sahaja itu pun atas beberapa maslahah yang tidak dapat dielakkan. Pergaulan kami dijaga olehNya. Pertemuan hanya tiga kali sahaja dibuat. Kali pertama di sebuah rumah mutazawwij@mrk yg telah berkahwin (Ust Nik Zawawi, Ahli Majlis Syura). Pertemuan keduanya adalah di rumah perempuan sendiri apabila keluarga abi menziarahinya sebaik kami pulang bercuti waktu soifi/musim panas. Dan pertemuan terakhir adalah apabila kerabat isteri datang ke rumah abi di Tanah Merah. 

Dalam beberapa siri pertemuan yang diadakan memang tiada perbincangan yg "HOT" antara kedua-dua belah pihak bilakah tarikh yang akan dilangsungkan perkahwinan. Secara adatnya sudah pasti selepas tamat pengajian. 

Namun perencanaan Allah itu Maha Hebat, musim soifi di bumi Anbiya' menjadi saksi hubungan cinta kami berdua apabila kami melafazkan akad nikah pada 24 Ogos 1998! 

Syukran jazilan atas doa kawan-kawan seperjuangan di bumi Urdun yang sudi menolong dan bertungkus lumus menjayakan walimatul urus kami sehinggalah kami menuju ke destinasi cinta yang sebenar sesama makhluk. 

" Sesungguhnya cinta sesama makhluk itu tidak kekal, cinta kepada khaliq sahaja yg kekal abadi ".....

" wahai anak muda ....bercintalah selepas berkahwin nesaya anda akan kecapi kemanisannya "


Friday, September 12, 2014

Monday, September 8, 2014

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.