Sunday, November 23, 2014

Kembara Ilmu part 1

Forum Perdana di Masjid Permaisuri

Alhamdulillah segala puji dan syukur pada Allah.
Kali ini musim cuti sekolah telah pun bermula. Macam2 plan di kepala untuk membuat itu dan ini. Tapi yang berlegar di kepala otak abi pada kali ini adalah untuk memantapkan dan menambah ilmu di dada.

Memang ada juga niat tu untuk bawa anak2 bersiar2 tapi memandangkan musim tengkujuh yang dah tiba terpaksa di KIV dulu. Tengok macammana nanti. Kot2 panas terik boleh lah bawa pi jalan2 makan angin.

Hajat di hati nak cari di mana ada taman2 syurga di situlah abi akan pergi. Purata 2 x seminggu. Baik di Terengganu ataupun di Kelantan.

ahli panel yg terdiri drp Sohibus Samahah Mufti Terengganu, Dr Zulkifli Muda
dan Ustaz Zulkarnain (penceramah bebas) 

Harap2 Allah SWT memakbulkan niat abi ini untuk mengembara mencari ilmuNya di samping mencari redha Ilahi. Amin Ya Rabb...



Thursday, November 20, 2014

Warna warni Majlis Anugerah Sri Gemilang

VIP DO daerah Setiu menggantikan YB Dato' Hj Mat Jidin yg tak datang

antara yg hadir Hj Kipayatullah PPD Setiu serta pengetua sekolah berdekatan

antara yg akan menerima hadiah pd mlm tersebut

turut disajikan kumpulan nasyid sekolah sbg helwa telinga

 Aiman Bamboo...nama gelarannya..

Norza !



Monday, November 10, 2014

kedai kopi a.k.a wasap kedai kopi

Dalam hidup ni kita perlu bersahabat. Oghe Kelate kata ssaing. Dalam bekerja pun keno ssaing. Baru lah kijo kito sene. nak wat gapo2 pong sene!

kesimpulannyo, hidup ni perlu ssaing ngan oghe. Kalu tak ssaing kito pikir tak supo mace oghe lain pikir...tak samo dale tindak tanduk

perbincangan kedai kopi bukan untuk mengata @ menggossip

Semmi a.k.a cikgu Suhaimi oghe Maghang

lebih mesra dipanggil Pok Nang. Salah seorang Pilot SAIS

celoteh kecil...

assalamu'alaikum wbth,

Amat lama untuk tidak mencoretkan kalam luahan rasa hati dalam blog ini. Allah menyibukkan diri abi dengan pelbagai kerja duniawi yang perlu disetelkan dalam masa yang suntuk ini.

Boleh dikatakan dalam bulan ini, abi menghabiskan masa di sekolah dengan membuat penggambaran majalah. Baik untuk persatuan@kelab mahupun kelas. Kini penggambaran hampir selesai sepenuhnya. Tunggu lagi masa untuk mengedit...

Nasib baiklah rakan partner sedia berkongsi tenaga mencurahkan masanya untuk menolong abi juga. Terima kasih Cg Yani@Ilyani Firdayu atas kesudiaan menyiapkan penggambaran walaupun berbadan dua!


Setiap kali selepas solat Subuh, abi berdoa pada Allah agar dimudahkan segala urusan pekerjaan pada hari ini.Tidak tergendala dan tidak terbantut. Walaupun pada hakikatnya  penggambaran ini direncanakan bermula pada pertengahan Jun yang lepas. Banyak kekangan demi kekangan masa dan aktiviti sekolah yang datang secara tetiba. Akibatnya abi terpaksa mengalah dalam percaturan ini.

Memang nampak mudah SEKALI tengok dalam pembikinan majalah ini. Sesiapa pun boleh cakap. Tapi kalau DUA KALI tengok sesiapa pun akan menolak dalam memikul amanah ini.Sekadar nak cakap bolehlah. Setiap kali berseloroh memang ada yang akan menolak. Itulah duniaku...

Walaupun begitu abi masih tetap boleh memberi senyuman untuk orang lain!


 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.