Sunday, January 11, 2015

Mangsa banjir boleh terima zakat?

Adakah mangsa banjir boleh menerima zakat?

 gambar daripada Yahoo

jawapan:

Ya, boleh. Mangsa banjir boleh menerima zakat. Alasannya kerana mereka ini sedang dilanda musibah dan habis harta benda mereka musnah. Dan mereka ini termasuk dalam golongan al gharimin.

Al Gharimin ialah mereka yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri. Dan KP Jakim telah memutuskan bahawa mangsa banjir termasuk dalam golongan ini juga..


Remaja Islam dengan artis K-POP


Budaya K-Pop yang menular dan kian menjadi di kalangan muda mudi hari ini. Kelihatan dalam gambar artis k-pop ini bersentuhan @ memegang tangan dan kepalanya di letakkan di kepala perempuan tersebut. 

Inilah yang dinamakan sebagai pencemaran akidah Islam. Maknanya remaja Islam kita pada hari ini sudah hilang identitiya. Sanggup menggadaikan maruah diri dan agamanya adalah semata2 untuk berseronok. Tiada lagi batas2 agama dalam hiburan. Semuanya tolak ketepi. Yang pasti mereka mahu ENJOY!

Penularan budaya hedonisme dah masuk ke dalam remaja Melayu Islam sekian lama. Akibatnya remaja ini semakin hari semakin lalai. Tiada lagi nilai Keislaman dan budaya timur dalam diri. Mengagungkan artis2 dari Korea sebagai pujaan atau idola dalam dunia hiburan@muzik. Cara berpakaian dan fesyen rambut adalah kegilaan muda mudi hari ini.

banner misi bantuan kemanusiaan


Pendaftaran masuk SAIS sesi 2015

Sabtu, 10 Jan memang dijadualkan semua pelajar putera puteri akan mendaftar di bumi SAIS. Setelah sekian lama terperap di rumah sendiri. Hampir sebulan lebih. Yang pasti mereka ni bercuti habis habisan. Sama jugalah dengan cikgu cikgi. Sampailah abi kedengaran ada juga yang bercuti sampai ke Indon. Syabas!!!

Hasil keputusan lewat mesyuarat minggu lepas, memutuskan bahawa semua guru haruslah menghadirkan diri atas urusan pendaftaran pelajar. Termasuklah bagi melicinkan urusan pembayaran yuran PIBG. Warden pula, baik yang bertugas mahupun tidak, ambil tugas dan peranan masing2 bagi melicinkan urusan pendaftaran. Abi berada di kaunter jualan passport outing/bermalam. 

Bermula jam 2 petang, kelihatan berkerumun ibubapa hendak masuk ke Dewan Tok Setiu. Sedap nama dewan tu. Seindah nama Setiu. Nama dewan tu cikgu Saifulddin yang beri. Care Taker pada masa tu. 

Guru2 hanya kelihatan beberapa kerat sahaja. Mana lagi guru lain???Meja kelas banyak yang rongak.Tiada gurunya. Tidak lama kemudian masuklah ibubapa menerjah meja2 pendaftaran. 

Memang jaga kaunter adalah sesuatu yang boring! sape kata tak boring. Terpaksa kena layan pelanggan. Soalan yang sama pasti ketemu. Jawapan yang sama pasti diberikan. 

Berakhir jam 5 lebih selepas penat lelah melayan pelanggan@ibubapa. Pun begitu, ada juga ibubapa yang datang lewat melebihi jam 530 petang....

Apa pun, terima kasih cikgu2 kerana sudi datang membantu urusan pendaftaran tempohari....(wasap daripada PK1)

Friday, January 9, 2015

Kira zakat pendapatan

Sudahkah anda menunaikan zakat pendapatan?? 

Ramai yang beranggapan bahawa ia tidak wajib sebagaimana zakat fitrah. Sebetulnya ianya adalah wajib juga. 

dalinya: 

 firman Allah:”Wahai orang-orang yang beriman keluarkanlah sebahagian dari usaha kamu yang baik-baik dan sebahgian daripada apa yang telah Kami keluarkan dari bumi untuk kamu” (Al-Baqarah: 267)

Manakala sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud: “Jika kamu memiliki 200 dirham dan genap haulnya maka di dalamnya (zakat) 5 dirham, dan tidak taqwa ke atas kamu sesuatu iaitu di dalam emas, sehingga kamu memiliki 20 dinar. Apabila kamu memiliki 20 dinar dan genap haulnya, maka di dalamnya (zakat) setengah dinar.” (Riwayat Abu Daud

jom kira zakat anda sini..

Misi ke Dabong ....


Ini adalah video pendek hasil tangan anak abi, Wildan.  Hasilnya tangkapannya masoh lagi gred B. Maaf jika kurang jelas.

Abi dan ayah serta ibu abi dalam program ziarah sanak saudara pasca banjir. Kami tak dapat berita yang pasti samada terkena banjir atau tidak saudara kami di sana. So, macam2 persiapan yang di buat untuk membantu mereka di sana.

Beras, gula, biskut, maggi adalah antara barangan yang dibekalkan.

sekitar Misi Kemanusiaan Kg Kuala Nal (video)



Tuesday, January 6, 2015

Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Kuala Nal

Hasil sok sek sok sek dalam wasap, maka satu keputusan telah diambil untuk menjalankan satu misi bantuan kemanusiaan under SAIS. So dikumpulkan barang2 dalam masa dua hari. Pakaian, makanan, air bersih dan macam2 lg.




antara mereka yang menggerakkan misi mengumpul barang2

antara rumah yang hampir ranap dan musnah di Kuala Nal

huhu..rasanya tak sempat nak masukkan lagi gambar. Nak bersiap2 untuk ke mesyuarat...InsyaAllah esok nak upload lagi gambar sekitar misi kemanusiaan...


tinjau Tanah Merah pasca banjir

Pagi tu memang tak terniat untuk ke Tanah Merah. Hanya berniat untuk ke Jerteh sahaja bersama anak2 abi. Pusing2 mencari kelengkapan sekolah. Entah macammana sebaik sampai saja kat Jerteh terasa pulak nak ke Tanah Merah.Dengar citer air banjir dah surut. Teringin nak lihat dengan mata kasar sendiri kesan banjir yang dikatakan amat menakutkan dan dahsyat itu bahkan lebih teruk daripada tahun 1967 (bah merah).

Masuk jer sempadan Machang, kelihatan pergerakan kenderaan agak perlahan sikit. Dalam hati abi berbisik ni mesti jem teruk jalan lepas banjir. 

Sampai je kat highway Machang-Tanah Merah pun sama keadaan jugak. Jem teruk sehinggalah berenti makan tengahari sekejap di sebuah kedai makan. Masa tengah cari kedai makan tu, memang amat payah sekali sebab banyak yang tak buka. Ya tak buka sebabnya tiada air dan letrik.Hampir seminggu dikhabarkan. Huh! camner la mak ayah abi di Felda tu....

Selepas makan abi teruskan perjalanan menuju ke Manal. Stesen minyak tutup. Yang ada hanyalah kaki2 jual minyak dalam botol di bahu jalan. Dengar citer boleh tahan jugak la harganya sehingga boleh mencecah RM5 sebotol...darurat katakan...

Seterusnya meneruskan perjalanan ke sebuah taman perumahan di belakang Pantai Timur. Not sure nama apa taman tu. Tapi suasananya memang amat menyedihkan. Dengar citer air bah kat situ hampir mencecah bumbung rumah. So, banyaklah kenderaan bergelimpangan (bukan mayat) yang diselaputi lumpur atau bahasa Kelatenya "selut".Kelihatan orang ramai sedang membersihkan rumahnya masing2. Bersih apa yang patut. Yang dibuang pun ada dan dilonggokkan di tepi bahu jalan. 



 hanya gambar yang dapat menceritakan keadaan sebenar....


 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.