Thursday, March 26, 2015

Usah permainkan hukum Allah

 Sehari dua ni timbul plak isu hangat dan panas. Mungkin antara isu terpanas pada tahun. Yang mana seorang perempuan "Aisyah" cuba untuk berlakon dalam video klipnya berkisar tentang negeri Kelantan dan hukum hudud.

Aisyah cuba membuat perbandingan Kelantan dan negeri lain dan juga membandingkan antara hudud dan nasi lemak. "nasi lemak takde, tapi hudud kan ada"...itulah antara kata2nya yang mana boleh dikatakan cuba mempermainkan hukum Allah. Salah seorang mufti memintanya untuk bertaubat!

Ingat ! kata2 membawa padah....fikir dahulu sebelum bertindak. Riddah @ murtad itu  boleh jatuh melalui 3 cara:
                    1) perkataan
                    2) perbuatan
                    3) pengakuan

Pihak berkuasa harus mengenakan tindakan ke atas si pelaku tersebut. Kalau boleh ambil tindakan mahkamah dan cuba bicarakannya.

Musuh umat Islam hari ini bukanlah orang kafir semata2 tapi di kalangan umat Islam itu sendiri. Masih kedapatan lagi yang jahil tukil agama yang mana bertindak ikut hawa nafsu semata2. Tanpa merujuk kepada alim ulamak. Nampak sangat dirinya di kalangan juhala'.

Kalau tak tahu baik diam seribu bahasa bukannya berkicauan bak murai tercabut ekornya.

Sunday, March 22, 2015

Noble Chen fire oven


Tengok jer astro go shop tu suatu pagi, hati dah tertarik dengan iklan oven ni. Apalagi terus si abi buat pesanan melalui internet. Memang dah lama berhajat nak kan alat  seperti tu memandangkan yg lama dah expired!

Tak sabar rasanya untuk gunanya. Sabtu paginya buat pesanan dan sabtu berikutnya pihak astro dah call abi supaya mengambilnya di kedai Singer, Bandar Permaisuri. Harganya taklah mahal sangat RM699 RM299. Kira ok dan berbaloilah. 

Bila abi pergi jer ke kedai Singer tu, memang banyak lah kotak2 pesanan. Semuanya hampir sama dengan kotak oven abi. Abi rasa ni mungkin geng2 surirumah yang membuat pesanan ataupun daripada encik suami yang nak buat surprise untuk isterinya. 

So, malam tadi dah rasmilah penggunaannya. Ummi dah mula memanggang ayam. Anak2 abi namakannya ayam go shop!

So, kalau anda nak beli ianya adalah pilihan yang terbaik juga untuk kesihatan anda kerana ia terhindar daripada penggunaan minyak. (ngempen sikit  :) )

peluang sekali ke dua kali ?

 

Ada orang kata "peluang hanya datang sekali sahaja"....Betul ke? 

Cuba kita perhatikan dalam realiti kehidupan,betul ke tidak kata2 sedemikian.

Memang ya ada kebenarannya juga peluang itu hanya datang sekali dan tidak mungkin akan datang lagi.

Dan ada kemungkinannya peluang yang pertama itu akan datang semula kepada kita pada peluang yang kedua. Tapi mungkin dalam bentuk yang berlainan.

Adapun peluang hanya datang sekali sahaja dalam hidup kita adalah "peluang hidup". Setiap orang hanya akan hidup sekali sahaja di dunia ini. Tiada orang yang hidup kemudian mati dan dihidupkan semula di dunia yang sama. 

Peluang untuk si pulan bercucuk tanam@beramal di dunia ini hanya sekali sahaja untuk bekalan akhiratnya. Kalau banyak hasil yang ditanam, maka cemerlang lah akhiratnya. Kalau sedikit hasil tanamannya maka kedudukannya untuk menikmati syurga Allah amat tipis baginya. Dan mustahil lagi baginya diberi peluang yang kedua untuk bercucuk tanam@beramal di dunia yang fana ini. 

Inilah salah satu rakaman antara penghuni neraka yang mana mereka ini mengadu kepada tuhannya agar dikembalikan mereka ke dunia ini adalah semata2 untuk beramal walau sesaat cuma! Peluang yang kedua tidak mungkin baginya.

Namun begitu,peluang yang kedua adakalanya menemui seseorang itu. Sebagai contohnya peluang untuk seseorang itu bertaubat setelah menyesali atas perbuatannya yang lampau. Begitu juga peluang untuk seorang ahli bisnes yang jatuh tersungkur untuk bangkit semula daripada kegagalannya. Sama juga lah seperti seorang suami yang ingin merujuk kembali isterinya setelah diceraikan. 

Itu semua adalah contoh peluang kedua untuk seseorang mengkoreksi semula dirinya setelah melalui peluang yang pertama.

Sebagai orang Islam kita haruslah bersyukur kepada Ilahi kerna masih lagi diberi peluang kedua. Mungkin peluang yang pertama dahulunya kita telah tersalah langkah, terlalu ikutkan emosi, tidak mengambil pandangan cerdik pandai@orang2 tua, bahkan jauh daripada itu kita tidak meminta petunjuk Ilahi. Petunjuk Ilahi adalah yang paling penting sekali!

wallahu'alam.

Wednesday, March 11, 2015

result SPM 2014


Tahniah kepada murid2 cemerlang A dalam SPM baru2 ni. Seramai 10 orang yang mendapat keputusan semua A. Syabas dan tahniah.

SAIS dapat no 5 seluruh Terengganu. Di kalangan SBP pula 30/68. kira meningkat lah berbanding tahun lepas. 

Tahun ni kena kerja lebih kuat lagi.


Delegasi dari Bogor, Indonesia

Delegasi dari SMAN 7 Bogor, Indonesia
Ibu Dewi sedang memberikan ucapannya
yang ni pula bukan rombongan dari Indon tp team kompang sekolah. Tengok tu, lesung pipit dah kuar dahhhh
sebahagian daripada pelajar2 Indonesia, gumbira juga mereka dong!

perlawanan persahabatan bola tampar M'sia-Indon. M'sia menang mengatasi Indon....bye!!


Monday, March 2, 2015

PISA



Bunting yang disiapkan dalam masa 3 jam...godek sana sini hinggalah jam 1 pagi terhasillah bunting ni..

Pening kepala tak hilang lagi kerna kurangnya tidur. Huhu maklumlah ada darah tinggi. Sekali tak cukup tidur terus memberi kesan sehari dua hari.


 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.