Sunday, April 19, 2015

kem jati diri form 4





lokasi kem: Kem Tebu View
tarikh: 16-18 April 2015

kita dan bunga

Semasa kita kecil,kita tiada daya upaya.Mengharapkan ihsan dan pertolongan daripada sekeliling kita. Sentiasa berselimut kerana takut terdedah dengan angin yang sejuk....

Apabila kita besar dan dewasa,kita lah yang mencorakkan hidup.kita mengenakan pakaian yang mahal2. Memakai wangi2an. Semua orang akan terpikat dan terpesona dengan kita. Kita disukai oleh semua orang. Ramai yang memuji tentang kecantikan kita.

Masa terus berlari dan berlalu. Yang cantik dan indah takkan kekal. Yang muda akan jadi tua. Yang gagah akan jadi lemah.Usah berbangga dengan diri kita. Kalau dulu kita dapat berselfie,bergambar dan macam2 aksi lg....tapi bila dah tua kita akan hilang semua tu. Selera dah tiada.Sedikit demi sedikit nikmat kita akan ditarik.

Selagi kita dapat makan, makanlah.
Selagi kita dapat membeli pakaian2 mewah, belilah.
Selagi kita dapat ke hulu ke hilir dengan kereta, pergilah.
Selagi kita dapat bersuka ria dan berparty, enjoylah.

tapi kita kena ingat...

pakaian kita yang terakhir adalah kain kapan.
kenderaan kita yang terakhir adalah keranda.
rumah kita yang terakhir adalah liang lahad.

Inilah dunia yang fana!

lokasi penggambaran bunga:
tapak Surau At Taqwa, SAIS

Saturday, April 18, 2015

hati sebak dan menangis




Tengah2 duk belek gambar2 maka mata abi terpaku ke arah beberapa keping gambar. Hati terus sebak dan tanpa disedari air mata berlinangan di kelopak mata. Sedikit demi sedikit ia mula bercucuran membasahi pipi. Abi menangis sepuas2nya pada waktu itu. Emosi juga abi rupanya...

Oh, Ya Allah abi mengimbau nostalgia lama. 20 tahun lebih kebelakang saat bergelar seorang pelajar di SMKAF. Saat begini tak abi rasakan pd waktu itu kerana ayah amat sibuk dengan urusan kerjanya. Kurang ambik cakna sangat katakan. Itulah yang membuatkan abi terkilan. Namun sebagai seorang anak abi percaya bhw ayah memberikan kepercayaan yang penuh kepada sekolah dalam memberikan pendidikan kepada abi.

Terima kasih ayah dan terima kasih SMKAF kerana berjaya membawa abi ke tahap sebegini. 

Ya Tuhan, jagakan dia....dia ayahku....dia milikku....huhu

bertempur lagi

Alhamdulillah segala puji Allah Tuhan sekelian alam yang telah memberikan nafas kepada abi lagi.....

Citer minggu lepas,agak basi tapi nak kongsikan juga pada entri kali ini utk tatapan pengunjung dan generasi abi.

Usai solat Maghrib, abi dikejutkan dengan deringan nada hp daripada PKHem. Katanya ada pelajar yang pengsan td masih tak sedarkan diri walaupun dah sebotol air dimasukkan kepadanya di hospital td. Dia minta abi ke asrama puteri untuk melihat keadaan murid tersebut.

Sebaik sahaja menghantar anak abi ke kelas tambahan, bergegas pula ke bilik pesakit di mana murid tersebut di tempatkan. Dimulakan dengan salam kepada pesakit beberapa kali. Tiada jawapan. Dipanggil nama pun tiada jawapan.

Lalu abi menruqyahkannya dengan al fatihah. Berlaku tindak balas. raungan ringan pada pesakit. Habis bacaan al fatihah abi memberi inzar "warning" kepada makhluk yang bertapak di tubuh supaya keluar ikut arah kaki kiri. Ada respon dan kaki pesakit terangkat dan seolah2 kekejangan. Tanda2 awal jin mahu keluar.

Dengan kiraan satu hingga tiga abi menyuruh jin tersebut keluar daripada tubuh pesakit. Ada tindakbalas dan seolah selepas tamat kiraan yg ke 3, kaki tersebut tidak kejang lg. Fikir abi benda tersebut telah keluar.

Abi menyeru nama pesakit beberapa kali dan matanya mula terbuka. Riak wajahnya masih keletihan.Beberapa kerlipan mata dibuka dan terus tertutup lagi. Abi mengajarkannya supaya membaca al fatihah sambil dibimbing oleh abi. Ternyata suaranya tenggelam timbul. Masih keletihan mungkin.

Beberapa soalan ditanya kepada pesakit dan antaranya ada rasa sakit tak.....pesakit menyatakan rasa sakit di kaki. Perasaan abi mulai curiga. Samada makhluk tersebut masih ada lagi. Abi melakukan scanning buat kali kedua dan ternyata ada tindakbalas. Inzar @ warning kali kedua diberikan agar tidak menyakiti anak adam. Selepas itu dibaca al fatihah lagi dan kali ini makhluk tersebut terkesan dengan "ihdinas siratol mustaqim"...abi mengulangi beberapa kali untuk diazab. Diikuti pula dengan azan....

Nampak ada kekejangan berlaku di kaki dan rasanya makhluk tersebut bukan seekor dua bahkan ramai. Mungkin yang pertama td keluar kerana tak tahan sakit dan diazab. Tinggal lagi yg gedebe2 a.k.a samseng.

Rawatan berlaku lebih kurang sejam dan pesakit masih menunjukkan badan yang lemah dan tak bermaya. Pesakit dibawa pulang oleh ibubapa dan abi memesannya supaya dirawat sekali lg oleh mu'alij Islam (perawat Islam).

wallahu 'alam.

Sunday, April 12, 2015

CITER GRADUASI








Cikgu2 pun nak menempel di dinding juga untuk fotografi graduasi. Dalam keadaan yg serba kekurangan terjadilah bbrapa keping gambar ni...

Terima kasih jd penghias entri blog pada kali ini.

Wednesday, April 8, 2015

sihir anak bila bercerai

Sihir anak sendiri, rebut hak penjagaan anak selepas penceraian suami isteri...


Menggunakan sihir dalam kes2 perebutan hak penjagaan anak2 kerana penceraian ibu bapa adalah sangat zalim...

Bayangkan.. anak2 yang masih kecil dikenakan sihir dengan tujuan supaya anak2 tersebut cenderung utk memilih samada untuk tinggal dengan ibu atau bapanya...

 Perkara keji ini dilakukan oleh ibu bapa kepada anak itu sendiri atau nenek atau datuk kepada kanak2 tersebut. Mungkin mereka tidak berniat sebegitu, mungkin niat asal kononnya ingin "berubat", lalu mereka bertemu dengan perawat2 atau bomoh2 yang menggunakan kaedah2 yang tidak diredhai Allah, kaedah2 perawatan yang menggunakan pemujaan2 jin dan syaitan.

Kasihan... akibatnya, kecik2 lagi dah ada berpuluh2 jin duduk dalam badan... diantara kesan2nya, anak2 yg terkena sihir ini jadi demam / sakit yang berlarutan, degil, buas, ganas, suka bergaduh, suka mencuri, bodoh, dungu, hingga boleh akibatkan kecacatan deria / anggota... rosak masa depan budak...


diambil daripada blog guruku...Ustaz Azrin

gambar graduasi 2014

wasap daripada big bos menyatakan supaya diwujudkan studio untuk penggambaran gambar graduasi....huhu tersentak abi seketika. Dalam kekalutan kerja yang banyak dan bertimbun itu datang satu lagi kerja.

mudah jer jawapan. InsyaAllah akan saya cuba.

Fikir punya fikir dapat la beberapa idea dan ilham. Syukur padaMu Ya Rabb.

Proses edit mengedit akan berlaku. 






Monday, April 6, 2015

Nok kabo menda

Terlalu banyak yang abi nak bicarakan di sini tapi malangnya masa yg tidak mengizinkan untuk mengadap laptop lama2. Dah macam2 yg berlaku dalam bulan ni....

Jom imbas semula diary abi...

Majlis Perpisahan Cg Istika, Cg Nohardi & 2 staf

                                                Cg Nohardi guru cemerlang add math

Cg istika, Ketua Bidang Bahasa 


Majlis Makan Beradab ....vip nya adalah Naib Canselor Kolej Teknologi Bestari. Namanya tak berapa ingat.


 Geng bas sekolah       geng Kompang Sekolah 

abang2 ensem 




 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.