Monday, February 29, 2016

ENGLISH DAY

Alia is giving her speech. Masya Allah lancar betul budak ni cakap omputeh

Ticer Lina sedang memperkatakan sesuatu tentang English Day

haaa, tengok tu, di tangan student ada sehelai kertas yg ada lirik lagu. Learning from the song

beri fokus!

apa lah yg sedang dibincangkan oleh sir n ticer Tie tu....sedang plan sesuatu kot!

English day di sekolah abi adalah pada setiap hari rabu. Setiap ucapan atas pentas mestilah dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh seboleh2nya student pun cakap la bhs Inggeris tu walau di mana berada. 

Let's talk in English guys!

Wednesday, February 24, 2016

KEJOHANAN KRIKET SBP NEGERI TERENGGANU


TEAM SAIS sedang berentap di padang ....go go SAIS 


antara pembantu2 yang ikhlas membantu dengan rela hati. tengok senyuman tahu doh. senyum kambing!

yg ni pun sama. antara mereka yg ikhlas berjuang di padang. kalau boleh tak masuk kelas pun takpe. cantik cuaca hari ni. tengok kat picture tu.Alhamdulillah...

 team SAIS...yg baju biru tu diorang mendakwa diri mereka sbg coach. sebab diorang tak terpilih jd player itulah sebab jd coach.

Scorer yg bijaksana...

barisan guru yg bijak pandai dan bijak mengkritik :) 


Monday, February 22, 2016

Ust Sharhan di SAIS


akan datang ke SAIS tak lama lagi. Tunggu kemunculannya !

form 1 ambilan ke 2


sesi pendaftaran bermula. Badan Pengawas banyak menolong

selamat datang puan! yang tua dihormati

En. Khalil dr PPD Setiu turut hadir mendaftar anaknya

 Kenal dop sape ni? Dia lah Cikgu Sulizi. Ore kuat dikir barat

Cik Lilo yang kiut piut sedang sibuk

Miss Zura posing 90 darjah ke barat daya cameraman ! :)

Ustazah Hasimah, PK HEM yg komited

Pengetua sedang menyampaikan ucapan sepatah dua kata

credit to: Muizzudin (jurufoto sekolah)

Wednesday, February 17, 2016

SM Sains Setiu dapat Pengetua baru


Tahniah dan syabas kepada ayahanda Tn Hj Noor Razi Bin Jusoh atas perlantikan beliau sebagai Pengetua SM Sains Setiu. 

Semoga beliau dapat menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab, sentiasa di bawah rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg berpanjangan.

 

Saturday, February 13, 2016

Selamat Pengantin Baru Cikgu Tyah


Cikgu Tyah and her husband. sama cantik sama padan. seperti pinang dibelah dua

 
bersama dua mempelai 

Alhamdulillah Cikgu Tyah telah selamat diijab qabulkan dan bergelar isteri orang. Selamat pengantin baru Tyah. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu dan akhir hayat. Amin.

Tuesday, February 2, 2016

Mengurus CINTA part 1

Jangan terkejut bila anda baca ada perkataan CINTA.

Dan jangan anda bayangkan bila mana ada kalimah CINTA ianya hanyalah dua insan yang sedang dilamun CINTA. 

Setiap daripada kita pernah berCINTA kan? dan ada perasaan CINTA kan ? 

Ya termasuklah abi sendiri. 

Pernah tak kita lihat seorang anak kecil menangis atau merengek memanggil manggil nama ibunya? Sudah tentu anak kecil itu memanggil orang yang disukainya dan dikasihinya. Dari situlah timbulnya perasaan CINTA. 

KITA pula bagaimana? Ke manakah arah nak dilontarkan CINTA itu? Maaf abi katakan bahawa CINTA itu bukan terarah kepada satu insan sahaja seperti pasangan kekasih atau sepasang suami isteri. 

CINTA itu banyak arah sebenarnya.
CINTA makhluk kepada  Khaliq
CINTA makhluk sesama makhluk

Bagaimana nak uruskannya? Susah ke? Tak la susah sangat jika kita tau membahagikannya.

CINTA makhluk kepada khaliqnya. Sememangnya ia tiada tolok bandingnya.wajib dicintai setiap masa dan ketikanya. Malah kita diajar agar sentiasa menguruskan CINTA kita dengan Khalik pada waktu2 yang ditentukan.Bila? Lihatlah taqwim solat di situlah CINTA anda bertaut!

Syabas kepada mereka yang berjaya menguruskan CINTAnya dengan baik. Anda bagaimana ?

Bukan setakat menepati waktu solat, tapi bagaimana pula dengan lafaz kalamullah di dalam kitab tersebut? adakah dah terbaca setiap hari? Yang mana lebih banyak dipegang? pegang Al quran ke atau pegang HP? yang mana lebih banyak dibuka, buka al quran ke atau buka HP? 

Jika anda salah satu daripada mereka yang banyak memegang dan membuka HP setiap hari berbanding Al quran, maka percayalah.....anda belum menggapai CINTAnya. Itulah petunjuk awal yang senang diambil kira dan dicheck in. 

bersambung ......part 2 nanti
 

 

Monday, February 1, 2016

Syukur Allah selamatkan kami

Alhamdulillah di pagi hari ini Allah telah selamatkan kami sekeluarga. Perkara yang tidak diingini berlaku telah terjadi tanpa kami sedari. Dapur gas yang kami gunakan untuk masak air telah tercabus wayarnya dan menyebabkan api marak sehingga membakar hampir dapur gas. Kejadian berlaku kira2 15 minit sebelum waktu Subuh.

Kebetulannya abi dan ummi tiada di dapur. Masing2 dengan hal sendiri. Ummi sedang berada di bilik mandi ketika itu. Abi pula sedang menunaikan solat sunat. Tiba2 kedengaran suara anak sulong abi memanggil-manggil. Macam kecemasan. Fikir abi ada pencuri yang masuk rumah ataupun binatang berbisa yang masuk ke rumah. Belum sempat abi menghabiskan solat segera abi batalkannya dan bergegas ke dapur. 

Terkejut tak terkira apabila melihat api yang sedang marak membakar dapur gas. Abi panik seketika. Sambil2 memerhatikan apa punca berlaku. Alhamdulillah Allah beri akal untuk abi tutup suis utama paip gas tersebut. Abi memberanikan diri dan syukur api yang marak tadi makin berkurangan. Tinggal lagi kesan api yang masih membakar di dapur. Abi ambilkan kain basah dan tutupnya. 

Jika perkara ini tidak disedari ada kemungkinannya ia akan melarat ke bahagian tepi pula yang merupakan rak kayu tempat letak botol2. 

Bila dicheck, rupanya paip gas yang disambungkan dengan dapur tu telah tercabut. Mungkin pin nya telah longgar dan menyebabkan tercabut. 

Segalanya telah ditaqdirkan dan syukur kami masih selamat dan rumah kami pun selamat. Tiada apa yang musnah. 

Alhamdulillah 'ala kulli hal. 


 
kerja2 memasang owning di bahagian dapur


di bahagian dapur inilah tempat terjadinya kebakaran. (gambar lama ni)
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.