Monday, March 28, 2016

Lata Telaga Bijih, Tanah Merah

Cuti seminggu dihabiskan untuk bercuti di kampung bersama ayahanda bonda. Selebihnya bermastautin di Kpg Pok Kancil,Setiu. Masih dalam kerangka untuk menyiapkan saki baki rumah yg tak siap2 lagi.

Masa yg ada di kampung abi curi2 kan untuk membawa anak2 ke Telaga Bijih, Tanah Merah. Pernah dengar tak nama tempat tu? Bagi orang Tanah Merah, rasanya nama tu tak asing lagi. Orang daerah lain tak tahu lah.

TB (Telaga Bijih) terletak berhampiran Kampung Batu Gajah. Untuk sampai ke situ messtilah melalui Kg Batu Gajah dahulu.Dan ada simpang 3 berhampiran pekan Bt Gajah. Jalan yg menghala ke Kg Lawang. Terus ekori jalan ke kampung tersebut. Sori ....sign board TB takde. Usah dicari. tak tau tanya orang.

Dalam 10-15 minit perjalanan dari simpang 3 Kg Batu Gajah maka sampailah di TB.

Jom layan gambar dulu. abi belanja ...

wakaf @ pondok tempat pengunjung berehat 

dipenuhi dengan batu-batu.....sejuk airnya.perrggghhh!

selfie dulu boh!

anak2 memang suka main air. Pantang jumpa air mesti nak main. Mcm anak itik jupo ayer ! 

Nak membahagiakan anak2 ni tak perlu untuk pergi bercuti ke tempat yg jauh2,,,,cukup untuk menghiasi dalam dunia hidup mereka apa yang disukai. Kalau suka main air,  bawalah mandi kolam atau ke tempat air terjun. Tak perlu ke luar negara menghabiskan duit beribu2....bersederhanalah.

jom layan gambar lagi.....

angah membuat aksi terjunan Ksatria Baja Hitam. tak tinggi mana pun tu. kasi gempak boh!


Azzam sicilik gembira tak terkata dapat mandi kolam

Akhirnya kami pasrah dan mengaku kalah. Tengok sicilik tu.dah kesejukan. Bergambar dulu sbl pergi membilas!


# anak2 adalah permata hati ibubapa
#sayangi mereka didik mereka

i'm okay but.....

alhamdulillah thummal hamdulillah....

I'm okay but....a haven't no much time to write something at this entry.

Im trying to open my laptop but it' still no strong @ no power in my self. 

Correctly, i heard from anyone ....writing is the power for imaging in our mind. 

Just inform  to you all...i'm not lazy but i'm busy.... 

sori tetiba kuar omputih dlm entry kali ini...



Tuesday, March 15, 2016

Bahana Putus CiNtA



Seorang murid datang berjumpa dengan abi dan meminta petua macam mana nak melupakan seseorang yang satu ketika dulunya merupakan kekasih. Puas dirinya cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya datang berjumpa dengan abi.

Abi memberikan beberapa petua, antaranya :

1) Jauhi kekasih tersebut. Sedaya upaya jangan berjumpa dengannya walaupun seketika. Berjumpa dengannya akan memberikan dan mengembalikan ingatan anda semula terhadap memori yg lalu. Kalau boleh jauhi rumahnya dan jangan sesekali melintas di hadapan rumahnya.

2) Jika ada barangan yang berupa hadiah daripada kekasih, segera hilangkannya daripada pandangan. Jika perlu dibuang, buanglah. Kerana itu lebih baik untuk menghilangkan ingatan. Jika tidak, hadiah itu akan mengingatkan semula kenangan anda bersamanya.

3) Sedaya upaya jika ada di kalangan rakan anda yang membicarakan tentang bekas kekasih anda. Katakan TIDAK lagi. Dan cakap jer tak tau pasalnya lagi. Dah putus hubungan. Jangan berselindung. Tetapi anda harus ingat anda mesti menjaga maruah diri bekas kekasih anda. Jangan membuka aibnya di hadapan orang ramai. Hak seorang muslim adalah menjaga aib saudaranya.

4) Lakukan aktiviti yang berfaedah seharian. Fokus pada pelajaran. Sematkan dalam hati aku ada cita2 yang dikejar. Perempuan boleh dicari.Perjalanan hidupku masih jauh lagi. Jangan hidup sendirian. Tiada kawan. Cari kawan untuk bergurau dan bermain.

5) Yang paling penting sekali adalah hubungan anda dengan Allah SWT. Lakukan ketaatan kepadaNya. Perbanyakkan amalan sunat seperti puasa sunat, solat2 sunat. Booster kepada masalah yang dihadapi ini adalah anda perlu bangun malam. Bercakap dengan yang menciptakan diri anda! ALLAH. Kita ada ALLAH. Ajukan soalan dan rintihan kepadaNYA. InsyaAllah DIA MAHA MENDENGAR segala rintihan hambaNya. Bermunajatlah disepertiga malam kerana itulah kekuatan kita sebenarnya.

Jika kita mampu untuk bangun pada malam hari, bermakna kita adalah orang yang kuat melawan ujian dan tribulasi dunia yang ada. InsyaAllah.

Wahai anakku, abi doakan semoga anda berjaya mengatasi masalah hidup anda dan diberikan kekuatan olehNYA . Ingatlah kita ada Allah dan Allah lah tempat mengadu.

Abi doakan semoga anda berjaya di dunia dan akhirat. Amin.


Saturday, March 5, 2016

Kem Jati Diri form 1

sesuci embun pagi....begitulah damainya kem ini yang terletak hampir2 di tengah hutan. Jauh dari kesibukan dan hiruk pikuk duniawi. kelihatan Guru Kaunseling@penyelaras, cikgu Fakaluddin Jusoh sedang menyampaikan taklimat kepada peserta. Yang berkopiah putih tu adalah Kem Komandan, Cikgu Qzairuddin Mat Jusoh. Sibuk ber 'wasap' nampaknya....

wajah anak2 yang bakal menyambung generasi akan datang. Kamulah yang bakal dilahirkan sebagai pemimpin pada masa akan datang.

wajah yang ceria sedang menunggu untuk makan tengahari

tiba masa makan...makan sekadar je lah wahai anak didikku 

huh! tu dia....kat tengah hutan pun ada air sirap.beruntung lah kamu. sepatutnya air kosong jer.ataupun air akar kayu , tongkat ali ker,kacip fatimah ker, ,,,,,

aktiviti meredah halangan...siap korang nanti

terima kasih abe Jpam!


first trial

Alhamdulillah dengan izinNya dapat abi gagahkan diri untuk berbakti pada tanah. dah lama idamkan untuk bercucuk tanam ni. kalau dulu masa tinggal kat quaters guru memang ada rasa malas sikit la. Maklumlah duduk kat tingkat atas. Mana ada tanah. Lagipun kawasan terhad. 

Kini bila dah duduk kat rumah sendiri,hobi dah mula mekar semula. Memang tak dapat dipisahkan kot sebab abi asalnya anak tani. Mak ayah petani@peladang. kat rumah tu macam2 jenis pokok ayah dan mak tanam.

 nak tunjukkan satu part hobi baru untuk perkongsian. daun bawang. senang jer tanamnya. letak bawang yang nak keluar pucuknya atas tanah.and siramnya setiap hari. sampai masa keluarlah daunnya....memang seronok dapat makan hasil tanaman sendiri


Tuesday, March 1, 2016

BEST Belajar, segmen motivasi


motivator sedang berentap

huhu...beri tumpuan sepenuhnya


tabik spring la kat u all ....harap2 pasni dapat semangat yg baru untuk belajar n berubah 


 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.