Wednesday, April 27, 2016

Majlis Temu Murni PT3 & SPM

Alhamdulillah syukur, Allah masih memberi ruang masa kpd kita semua untuk melaksanakan amal ibadah kepadaNya.

News today....berlangsungnya Majlis Temu Murni Pelajar Ting 3 & 5 di Dewan Tok Setiu. 

Syukur majlis berjalan lancar.

Jom layan gambar semasa majlis.






Sunday, April 24, 2016

sempit dada



Bismillahirrahmanirrahim...

Seorang hamba Allah datang mengadu kepada abi tentang ketidak selesaan dirinya. Dadanya terasa sempit. Kekadang dirinya akan menangis sendirian hingga bercucuran air mata. Keadaan begini menyebabkan dirinya rasa tidak selesa dan terasa ada hubungkait dengan  makhluk halus. 

Persepsi abi yang pertama sebelum memulakan rawatan, hamba Allah ini kurang mendekatkan dirinya kepada Allah. Tidak atau jarang melakukan amalan2 sunat seperti kurang membaca al quran, kurang solat2 sunat, hidup bermewah2 mewahan (dari segi gaya hidup)dan lain2 lagi. (ini hanya andaian)

Punca seseorang sempit dada byk sebabnya: 
1) kurang penghayatan agama dalam diri. seperti bergaul terlalu bebas, berpakaian tidak menutup aurat dll. 

2) kurang mengingati Allah pada setiap masa. Hidup yang berlandaskan hawa nafsu semata2 akan menyebabkan dirinya jauh daripada mengingati Allah. Contohnya lisannya terbiasa dengan  nyanyian lagu2 jiwang yang entah apa2. Apatah lagi kurang membaca al quran. 


3) tidak menyandarkan sesuatu yang menimpa diri itu adalah datangnya daripada Allah.
Segala apa yang berlaku atas diri hendaklah disandarkan kepada Allah SWT.Dia lah yg mencorakkan atau berkuasa ke atas hambaNya. jangan pula sesekali menyalahkan takdir yg berlaku. 

4)Terlalu bersedih atas sesuatu kejadian itu akan menjadikan dada seseorang sempit.  
Seseorang itu akan sentiasa memikirkan benda yang berlaku ke atas dirinya. Hampir setiap masa. Ini akan menyebabkan syaitan akan menguasai dirinya. Begitu juga dengan qarin yg selalu mendampingi dirinya.


wallahua'alam...
sekadar perkongsian daripada hamba yg hina.  

Tuesday, April 19, 2016

kelab fotografi SAIS


bersama mantee

Tahun ni ditakdirkan Abi jadi mentor kepada mantee dorm kuning 2...walaupun dah berenti daripada warden asrama tapi sekurangnya kena berbakti juga they all ni.

hah...ini anak2 abi.semuanya kiut miut blako.

wefie dulu ok! 


Saturday, April 16, 2016

latihan firedrill

today news....

firedrill practise....fire! fire! fire!













Wednesday, April 13, 2016

perjalanan hidup

CATATAN DHUHA 



Tentu kita tahu bahawa hidup bukan hanya untuk hari ini, bukan juga sekadar esok atau lusa. hidup lebih dari itu, ia juga untuk menuju kehidupan yang kekal abadi nanti. 

Berusahalah untuk selalu menanamkan kebaikan dalam setiap jangka hidup yang kita akan lalui, meskipun setahap demi setahap seperti sekarang ini ! 





Monday, April 4, 2016

Graduasi again...for students year 2015

citer lama....graduasi bebudak tahun lepas. Nak raikan korang semua sebab dah tamat zaman belajar di alam sekolah. but.....remember ! menuntut ilmu tu sampai ke liang lahad.

layan gambar je la...







Sunday, April 3, 2016

Hamba Dunia



Sedih bila mana melihat manusia yang tak sedar diri bahawa dia telah menjadi hamba dunia. Apa tidaknya? Ye la dengan handphonenya yang canggih manggih itulah yang dia bawa ke hulu ke hilir dalam poketnya. Tak sampai 5 minit diambilnya HP tersebut. Dibuka skrinnya.

Ke mana saja dia pergi pasti HP di tangannya. hatta kalau bersama kawan2 sekalipun HP adalah kawan utamanya. Tak dilayan kawan yang ada bersamanya sebaliknya HP yg dilayannya.Oh hamba dunia!!!!

Waktu berjalan2 nak ke sesuatu tempat pasti dibuka HP. Macam nak cari peta lokasi guna GPS.Melihat di skrin HP adalah lebih bamyak daripada melihat di hadapan jalan. Tak heran lah kalau dulu kedengaran citer seorang misi terjatuh dalam longkang gara2 melihat HP sambil berjalan.

HP tak salah. Yang salah adalah tuannya. HP banyak kebaikannya.

Musuh Allah bersorak kerana perencanaannya menjadi untuk melalaikan umat Islam.Tak dapat untuk membunuh muslim, melalaikannya pun jadilah.Melalaikan daripada mengingati Allah setiap masa. Sepatutnya mereka fokus untuk melakukan kerja dengan sepenuh hati tapi tidak. Setiap 2 -3 minit sekali pasti dibuka HPnya. Berwasap lah, balas komen dari FB lah, upload gambar ke instagram lah, berweechat lah sambil menunjukkan tudung baru,baju baru, fesyen baru.....bla....bla....bla....Oh hamba dunia!!

Memang betul la kita berada di penghujung dunia. Dunia hampir2 nak kiamat. Amat beruntung mereka yang diberi petunjuk oleh Allah SWT agar tidak mudah tertipu oleh dunia.Amat beruntung juga 'generasi X' yang mana pada zaman mereka ini tiada benda2 sebegitu. Dan tidak dilalaikan dengan alat2 penDAJALan ini.

Bertaubatlah wahai hamba Allah. Masih ada lagi ruang lingkup untuk kita lakukan sebagai hamba Allah. Banyak lagi tugasan yang perlu diselesaikan.Usah jadi hamba dunia dan pengikut DAJAL.

5.30 pagi.
hamba yang faqir kpd Allah.


 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.