Friday, July 29, 2016

Kejohanan balapan dan padang, hari ke 3

haaa,siap juga hias khemah ABAS ni. tapi apakan daya tak dapat nombor

acara perbarisan ....rmh Uthman Al Affan

rumah UMAR gah dengan Ironman-nya. pompuan tu pakai tanduk apa? 

Abu Bakar dengan maskot Wolverinnya

Teenage Mutant Ninja Turtle kebanggaan rumah Ali 

Uthman menang!

get ready to run!

bersama designer "wolverine" rmh ABAS, Alim Basyir

macam biasa segmen selfie tak dilepaskan dalam setiap acara. Ini lah wajah yg terpilih utk selfie bersama abi


persiapan akhir ...

kalau nak ikutkan hati memang malas nok g sekolah malam2 ni. Tapi gak tengok ko rumah ABAS tu rasa nyaknyo pulak. So, kuatkan semangat mai jugakla walau dah lewat malam. Bertolak dari rumah dlm kul 945 malam dah. 

 sampai di padang, tengok khemah ABAS masih gelap gelita lg...apahal ni bro! 

khemah yg lain dah sibuk buat hiasan....huhu

tapi mujur la cg Syakir maghi bantu. dang jugak la ngejas buat rangka tu. 

Kuasa Allah mengatasi segalanya, hujan turun pula. Segala kerja tergendala....

Apa tunggu lagi...gi ngeteh la abi hingga pkl 130 am....merah merang mato ngatuk ...




Tuesday, July 26, 2016

acara balapan dan padang ....1st day

macam biasa ,,,,,,,tugasan utama merakam gambar kejohanan....

alhamdulillah ada budak2 yg sudi membantu...

jom tengok gambar layan gelagat dan aksi mereka di padang :)


cg Izaaaa!!! awat macam tu

cg fathiah yg ceria meria...sempat lg tuh 'berpeaace'

heybat awak cg zura! 

 kak Joh bercermin mata hitam! napok dop nulis tu?

apa yg digelak tu us Azhar?ada nampak ni'mat ilahi ker?


Kak Yus, PK KO kiter, serius nampak.Rileks aaar kak. biarkan diorang lari kat padang tu. yg penting kak Yus xkena lari :) 

Nah!merah terkehadapan!go merah go! 


Haaaaa....ni dia antara penyokong merah yg pasif....muko seposen je blako

sori brader semo. ambo pakai merah sbb takde baju kuning lengan panjang.bukan penyokong merah yer! yg ditepi tu peminat utama dgn gayanya tersendiri. temanya adalah "black"

ni satu lagi peminat2 fanatik blog abi. setiap kali ada program sekolah mesti cari abi untuk possing....huhu

bersama Fadzly.manja orangnya & suka sengeh

perghhhh....ini adalah antara gambar termahal di abad ini. posing ngan anak dara orang.di kanan abi miss Lilo & miss Eza.spoting diorang tu
 






Sunday, July 24, 2016

cerita abi dan klinik

Semalam sepatutnya dijadualkan memberikan kuliyah maghrib di Surau Al Falah. Tapi memandangkan anak abi yg ke 3 sakit tangan berkudis terpaksalah dibatalkan. Sekitar pkl 830 pm pergilah abi bersama Furqan dan abang2nya ke sebuah klinik di Setiu ni. Memang ramai orang. Hampir kesemua klinik. 

Tapi hati terpaut untuk memilih " Klinik X ". Entah kenapa. Tak tau. Selalunya abi  pergi ke klinik yang satu lagi tu. Selepas register, tunggu punye tunggu .....punye lah lama dah dekat hampir satu jam. Doc tak kunjung tiba. Pesakit makin ramai. 

Abi lihat ada antara pesakit yang tak sabar terus cabut balik. Ada juga yang beli ubat sahaja. Dan ada yang masih lagi bertahan untuk menunggu doc. 

Jarum jam di tangan dah hampir menunujukkan pkl 10 malam. Anak2 dah mula gelisah dan ajak nak balik. Mengantuk mata kata mereka.So, fikir punye fikir abi ambil keputusan untuk balik juga. Maklumlah kalau ikutkan mata dan kepala pun rasa hanyut dan terapung jg pd masa tu. 

Terus start enjin keta....dan cabut....

dalam hati abi, terus berkata2...."nak buka klinik sangat tapi maghi lewat...baik takyah buko...wat harap ko oghe jer nunggu". Kalau tak dapat datang ker, datang lewat ke, knp tak pesan awal2 kpd yg jaga kaunter tu yg doktor ni akan dtg lewat dan seumpamanya. Pastu maklumkan pada pesakit. 

Kadang tu rasa geram jg nak gi ajar. Memang ada jg la sakit ati sikit2.


****************************************************

moral of the story....bila kita ada bermuamalat dengan orang,hati orang perlu dijaga. Jaga perasaan mereka. Barulah rezeki tu masyuk banyak. Rezeki laris! 

Perkhemahan Perdana

ayahanda pengetua sedang menyampaikan pesanan kpd para pelajar

pemandangan dari atas...tapak perkhemahan pelajar lelaki


 sebahagian peserta lelaki

 kelihatan Cg Firdaus sedang memberi taklimat keselamatan dan aktiviti

hai....peaceee

 jungle tracking...





Wednesday, July 20, 2016

Gas abis

Semalam amat terasa badan terlalu letih. Entah kenapa. Mungkin tidur tak cukup. Biasanya gitulah. Tapi nasib baiklah sikit kelas kurang. So, pergerakan kurang. Dapat la buat kerja yang belum setel lagi. 

Tengah buat kerja datang la bebudak dari rumah Kuning, minta tolong belikan keperluan untuk buat "showcase" katanya. Nak segera kata mereka. Esok perlu dihantar dan disiapkan. 

"Ya Rabbi......keluh abi dalam hati."

InsyaAllah saya akan usahakan dan hantar pd malam ini. Tu jer jawapan yang dalam keletihan. Dalam keletihan itulah kita sering diuji. Diuji dengan orang di sekeliling. Diuji dengan karenah anak murid, anak di rumah, suami maupun isteri, rakan sahabat dsbnya....huhu...

"Ya Allah gagahilah aku untuk hadapi semua ni..."

Usai solat maghrib berjemaah bersama anak2 dan isteri2 isteri, terus abi gagahi memandu kereta ke PKT. Mencari dan terus mencari. Oh yer, sebelah petang tadi pun dah pergi beli juga barang2 tapi belum habis lg.

Alhamdulillah setel beli barang, terus hantar kepada budak di sekolah.

Dalam keletihan ada semangat, itu yang abi pinta. Kesian tengok pada budak yang bersemangat untuk menjayakan projek tu. Ke hulu ke hilir cari guru untuk beli barang keperluan. 

"Ya Rab, terimalah ia sebagai amal ibadahku"

Letih sesangat....







Tuesday, July 19, 2016

Catur peringkat daerah

Team catur di bawah bimbingan Cg Qzairuddin & Cg Wan Nur Hafizah berentap di SMK Lembah Bidong, Setiu....










Drama Kemerdekaan








Drama Kemerdekaan kali ni dibuat mengikut sistem rumah. Setiap rumah perlu menghantar satu team untuk drama. 

Rumah Abu Bakar telah menyandang juara pada drama kali ini dan menerima RM300. 
Syabas!!


Saturday, July 16, 2016

kuliyyah maghrib kedua

gambar dirakam oleh Cg Q tanpa arahan drp tuan punyer badan...

malam ni kena bui kuliyyah maghrib di Surau Al Falah, Kg Pok Kancil....kuliyah tafsir. Kalau ikutkan malam yg sepatutnya adalah malam khamis. Disebabkan ada permintaan drp ore kampung ianya terpaksa diaawalkan...okehhhh...abi nak study dulu...

nak cari ilmu sikit n cari ketenangan jiwa...peaaaaaaceeee!

Assalam


kemeriahan syawal di SAIS

sambutan raya di Sais begitu menggalakkan...colourful anak2 sais dan bumi sais...

plan asalnya nok berkumpul di dataran Tok Ku Paloh tp keadaan cuaca tak mengizinkan. So kita alihkan berkumpul dlm surau pula...

dan selepas tu barulah aktiviti rasmi berkumpul n makan2 di dewan besar.

Jom layan gambar yg sempat diambil oleh sang vivo...

muslimah saisians

wefie sutir wat ubat pagi2

bersama mantee2 ku....

cantiknya mereka ni mengenakan pakaian raya

madam sensei Zurina with her mantees

ayahanda pengetua menyampaikan duit raya kpd anak2 SAIS.duit raya utk cikgu2 takde ko ayahanda? :) 

with my students...sblm bergerak ke dewan.test gambar sepukul.cuaca pun dah ok


bersama oghe kuat photoshop ambo, arif n ambok a.k.a farhan

p/s: hidup ini perlu diceriakan oleh kawan2 di sekeliling.tanpa mereka diri kita akan sunyi


 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.