Saturday, August 27, 2016

Majlis Perpisahan

Acara majlis pada pagi ini adalah penyampaian hadiah sebagai tanda ingatan tulus ikhlas drp warga SAIS kepada dua orang guru yang bakal berpindah mulai September ini. 

Guru yang dimaksudkan ini adalah Ustazah Yuhanah Harun dan Pn. Zurinah Bt Yunus. Mereka akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dan PHD. 

Tahniah abi ucapkan kpd mereka !

 Pengetua menyampaikan hadiah kepada Pn. Zurinah

Us KA menyampaikan hadiah kepada Ustazah Yuhanah selaku Guru Kanan Kemanusiaan

Friday, August 26, 2016

Chef Kuey Teow

Hari ni takde pegi mano2. Just stay kat umah jer...sebelah paginya berkebun dengan ummi. tanam pokok baru. Segar dari ladang Meridim.huhu

Lepas balik solat Jumaat, tengok atas meja ada sesupit kuey teow.Apalagi jadi chef la abi hari ini. Menunya adalah kuey teow goreng basah. Anak2 memang suka la menu ni. Ringkas tapi sedap. Si along bagi 4* dan si Angah pula bagi 5*....hehe...kira ok la tu kan! 

Sedap ke tak sedap ke...just for my kids. Only for them. Hinggakan anak2 kalau sebut kuey teow, mesti mau kan abi yang masak. Tak mmboh ummi yang masak. Haaa, itulah dia penangan kuey teow abi...

Sori tak nak upload gambar sini. Takut korang terliur pula...huhu

Ok guys, rileks dulu hujung minggu.Sementara tunggu solat asar.


palma yang dah masuk kat pasu baru

puding dah dapat rumah yang besar.harap membesar dengan ceria n riang

Tuesday, August 23, 2016

Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Ada sikit kelainan untuk gimik pelancaran Bulan Kemerdekaan pada kali ini. Bukan macam tahun2 sudah. Saksikan....

perasmian dirasmikan oleh Ketua Pegawai Pelajaran Daerah Setiu, Tn Hj Kipatul Allah

perarakan berkuda dan pakaian seragam kadet polis 

 Hj Kipa memakai baju bendera kebangsaan...dgr kabar dia amik ko dio wat kelik

selpie wefie sepukul boh ! 

part yg dicari2 oleh pelajar2 abi...selpi melpie dgn guru

berehi la budak2 ni selpi

bersama ibu Tyah n bakal ibu Jedda...hok ni la abi rasa pic paling mahal minggu ni sbb dapat bergambar dgn diorang ni....susah oooo nak begambar ngan diorang ni ...hihi




Saturday, August 13, 2016

Benchmark di SBPI Rawang

Citer 2 minggu lepas, Al kisah geng2 cikgu pompuan (laki xde ye) pergi buat benchmark kat SEPINTAR (SBPI Rawang) dengan menaiki bas sekolah. Rasanya kalau tak silap adalah dalam 15-17 orang diorang tu.  Bertolak pada hari khamis dan pulang semula pada sabtu.

Jom layan gambar2 diorang hasil tangkapan seorang sahabat abi yg baik hati ni...


 seronoknyerrrrrr depaaaaa

 D'wajah yg mengikuti benchmark ke SEPINTAR

 ccaaaakkkkk!!! ticer Meda teerrr

 PK Pentadbiran bersama wife Pengetua. apa yg buatkan Kak Saba tersengih tu

 posing maut siyottttt!boleh wat cover majalah ni

 bergambar dulu baru ada 'ummpphh' nak makan...hihi

 lawatan ...

 Seriusnya Kak Saba, tengok achik tu, ceria sokmo

haaaa! ni lah model untuk tahun 2016. takdop sapo boleh challenge diorang ni

Tuesday, August 9, 2016

Open your eyes!

Open your eyes adalah satu program yang dikelolakan oleh anak2 Terengganu yang sedang menuntut di oversea. Mereka ini datang membawa motivasi khasnya kepada anak2 Terengganu yang cemerlang dalam akademiknya dan memberikan cara bagaimana untuk belajar di sana. 

Turut hadir dalam perasmian program ini adalah Pegawai Pelajaran Daerah Setiu, Hj. Kipayatul Allah B. Said dan Pengarah Yayasan Terengganu. Sais menjadi tuan rumah dalam program ini yang turut disertai oleh pelajar2 dari Le Best, SMA Setiu, SMK Pelong,SMS Tengku Mahmud dan lain2 lagi. 
















Saturday, August 6, 2016

Lelong anak

Tersebutlah al kisah seorang ibu yang cuba untuk "melelong" anaknya melalui media sosial. Segala gambar dalam keadaan posing  yang bermacam2 turut di upload ke dalam facebooknya....Kononnya anaknya mempunyai rupa paras yang cantik setanding Era Fazira, Fasha Sadha, Neolafa dan sebagainya.  Tapi kebanyakan gambar anaknya itu semuanya sudah dieditkan menggunakan perisian yang terdapat dalam Hpnya....huhu...Segala jerawat yg ada di pipi, lubang2 kawah dan parut marut semuanya dah tiada kerana dhilangkan melalui software "beautiful face". Licin betul muka si anak tadi. 

Tapi si ibu sedikit terlupa untuk menyatakan ciri2 anaknya itu yang telah pun berkahwin dan diceraikan oleh bekas suaminya beberapa tahun yang lalu. Segala kebaikan ditonjolkan dalam FB. Dan turut menyatakan bahawa bakal menantunya nanti mestilah seorang yang berharta @bergaji besar, mempunyai pendapatan yang tetap, kaki masjid@elok budi pekerti. 

Hebat betul dunia sekarang ni. Anak pun boleh dilelong melalui internet. Begitu juga nak cari jodoh bolehlah iklankan kat ruangan mencari jodoh. Abi masih teringat suatu ketika dulu, masa zaman budak2 suka sangat baca sebuah majalah dan pada ruangan majalah tersebut disiarkan gambar2 foto ahli kelab majalah tersebut beserta dengan butiran dirinya. 

Ohhh!berbalik kpd citer siibu tadi,kalaulah calon menantunya mempunyai ciri2 yang seperti dikehendaki maka di pihak perempuan pula pun seperti yang demikian rupa. Jangan cuba untuk menipu walaupun sedikit kerana natijahnya cukup besar. Apa yang diharapkan oleh si suami adalah seperti yang diiklankan. Jika tiada ciri2 sedemikian slps perkahwinan, ada kemungkinannya rumah tangga akan retak dan boleh membawa kepada perceraian. 

Berhati2 lah dalam "mempromosikan diri@seseorang" dengan kebaikan yang ada. Ditakuti ia tak sama seperti yang diharapkan. Sama lah juga jika kita membeli sebuah kereta yang mewah, BMW misalnya.Body luarannya nampak cantik dan gah. Tapi part dalamannya hancussss.! sistem audionya rosak, brek tak makan, signal tak menyala dan banyak lagi. Apa guna pada nama yang gah tapi tidak memberi kepuasan kpd pengguna!




gambar ihsan dr Encik Google



 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.