Monday, September 19, 2016

JAMBORI PENGAKAP ASEAN

Kali ni terpaksa bertugas sebagai guru pengiring pengakap di Kem Telaga Batin, Kuala Trengganu. Dua hari di sana dan selebihnya guru lain pula. Nak tak nak kena pi juga sbb itu arahan bertugas. 

Abi memang alergic kalau bab tidur satu khemah dengan orang yang tak dikenali ni. Huhu...xtau kenapa. Entah apa bunyi yang kuar masa tidur tak tau.....kentut ker....dengkur harimau ker....
memang susah la pendek kata nak tidur dengan orang yang tak dikenali dalam satu khemah. lain citer la kalau adik beradik kita atau famili kita. 


Last sekali pilihan yang ada ialah zzzz dalam keter. itu choice yg terbaik dan terbalik. terbalik sebab pengakap ni sinonim dengan perkhemahan. Abi pula zzzz dalam keter. kan terbalik tu! 

Tutup cermin dan lock door dan baca doa tidur....beres ....lelaplah mata..
Beberapa kali terjaga sebab panas...hidupkan enjin keter dan pasang aircond.Biarkan selama 15 minit sampai keter sejuk dan sambung zzzzz semula. 

huhu...itulah pengalaman yang tak mampu dijual beli. 

 




Thursday, September 15, 2016

M. A. L. A. S

Ada betulnya juga kata orang bila kita tak suka kpd sesuatu benda tu, kita takkan suka sampai akhirnya. 

Beginilah hidup kalau kita bekerja di bwh orang. Nak ke tak nak terpaksa dibuat. Sebab kita bekerja di bwh orang. Ada benarnya juga perkataan KULI itu dalam kamus. Orang yang bekerja di bawah orang samada dia suka atau tak suka. Tak kerja dan MALAS tak dapat duit. Jika kerja dapat duit. 

Ada juga terniat di hati pikir2 cuba untuk mencari kerja sendiri. Nak makan dengan hasil titik peluh sendiri. nak tiru macam nabi2 dan rasul2 bekerja sendiri. Tapi kerja apa ekkk?? Ada byk juga la try itu try ini...start dari MLM (entah apa2 barang) produk itulah inilah....semua separuh jalan...huhu...

Mungkin jiwa abi tak sesuai dengan bizz sebegitu. Mungkin Allah masih sayangkan abi untuk menjadi pendidik sepenuh masa hingga kini. Ada hikmahnya. 

Melalut ke lain pulak....M A L A S...
malas sangat nak pergi atau  ke mana2 bila bad mood.Tapi apakan daya abi insan biasa...

Oklah nak bersiap2 ke kem Telaga Batin.


Tuesday, September 6, 2016

Befday ke 41

tetiba dapat kejutan di tempat kerja dan di rumah ....

sempena befday ke 41....huhu

terima kasih...

Ya Allah ...berkahilah hidupku dalam ketaatan kpdMu....terima kasih kengkawan yg mendoakan diri yg kerdil ini

bersama kengkawan dibilik guru

kejutan daripada famili...
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.