Monday, April 24, 2017

sejauh mana pendidikan hari ini

Terkadang rasa boring bila pikir pasal kerja yang tak habis2. Semakin hari semakin banyak kerja. Kerja lama pun tak habis2 lagi. Mari pula kerja yang lain. Siapa kata jadi cikgu ni duk rileks dan goyang kaki??

Kalu nak dibandingkan dengan zaman dulu boleh la....cikgu duk ccaro ko ngajar bebudak jah.Tak perlu isi gotu goni, borang itu ini, e itu e ini...loni semo keno isi...kena atas ppalo cikgu belako.

Bukan setakat tu saja, program sekolah pun adakalanya turut memeningkan kepala cikgu cikgi. Maaf cakap la....ada juga program yang entah apa2 yang dibuat kononnya untuk kebaikan murid2. Lebih jauh lagi biar orang kenal nama sekolah. Kiro nak wat naik nama sekolah lah! Nok suruh ssohor katakan. 

saya setuju la ada beberapa sahabat mengatakan bhw pendidikan di sekolah hari ini makin jauh tersasar dari landasan yang sebenar.Bahkan sudah lari daripada objektif yg sebenar. Banyak sangat program itu ini tapi ianya tidak memberikan impak yang banyak pd pelajar. Hanya penat dan memenatkan guru serta beberapa pihak yang lain. 

Pendidikan hari ini kerap berubah pabila berubahnya pak2 menteri kabinet, khususnya pak menteri pendidikan. Ada saja sesuatu yang baru dalam pendidikan jika pak menteri bertukar. Tanya lah cikgu2 jika tak percaya! 

Hari ni cuti Isra' Mi'raj, tak kerja. Malas nak pikir pasal kerja walaupun banyak kerja yang tak setel.Sepagi hari ni duk sibuk nga berkebun jer dan mengecat pagar rumah. Kepala ringan sekejap sebab tak perlu pikir.

Jika difikir lama2 tak buat benda lain la kita ni. So, bagus jangan fikir.

Monday, April 17, 2017

Video KESUMA 2017


Kali ini ditugaskan untuk membikin satu short movie@multimedia untuk ditayangkan  pada penutup KESUMA nanti. Puas abi godek2 nak guna software apa untuk bikin video ini. Last2 ada idea untuk menggunakan Filmora@wondershare filmora. Abi beli online. USD39.99 .

Tak lah terlalu sukar untuk menggunakannya. Ada juga yang mudah. Tapi aplikasi ini mesra pengguna. Sebabnya ada disediakan contoh2 yang boleh diguna pakai. 



Saturday, April 15, 2017

KESUMA (kursus ketua rumah & pen.ketua rumah)

Dijadualkan ianya berlangsung dari 15 - 17 April 2017.  Sais telah menjadi tuan rumah bagi zon timur ini. Seramai 128 peserta telah mengikuti program ini. 







pelancaran kem membaca 1M

"bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan...."










Wednesday, April 12, 2017

masih solat tapi buat maksiat

Anda solat ? 

Tapi kenapa masih buat dosa dan maksiat? 

jawapannya senang jer...

solat anda tiada ruh. Anda hanya sekadar solat. Amik syarat jer. Penuhi rukun fei'li dan qauli. Angkat takbir, baca al fatihah....bla...bla...Bagi salam, kemudian habis. 

Tahukah anda bhw dalam solat itu hati kita perlu khusyuk juga? Khusyuk dengan erti kata anda faham apa yang anda baca. Sekurang2nya fahami makna doa iftitah. Faham makna Al Fatihah. nak lebih baik lagi fahami ayat2 yang dibaca. (yg ni tak semua orang dapat la) 

Mungkin anda kata camner nak khusyuk ni? tak pandai la. Pergi la belajar. Cari guru. Belajar ilmu agama.Belajar sedalam mungkin agama. Bila dah belajar baru lah datang sifat "khauf" dalam diri. Khauf tu ialah perasaan takut. Takut  pada Allah. Rasa diri ni sedang diperhatikan Nya sentiasa. 

Jika ada perasaan gitu, InshaAllah segala maksiat dan dosa dapat dihindari. Berapa ramai orang hari ni dapat tunaikan solat dengan sempurna tapi tak dapat tinggalkan maksiat. Solat tetap solat tapi maksiat pun buat. Oh no! 

Kita hari ni ketandusan sifat "khauf" dalam diri. Seolah tiada khauf tiadanya Allah dalam diri. Allahu akbar....mintak jauh. JIka sifat khauf ni dapat ditanam diri, InshaAllah maksiat dapat dihindari. 

Sunday, April 9, 2017

ikan rebus goreng

Baru jer lepas ggosok baju kerja. Gosok untuk seminggu terus. Sepatutnya gosok kelmarin tapi jadual lari, terpaksa ditunda ke hari ni. 

Badan masih berpeluh lagi. Maklumlah kesan haba seterika yg panas. Nak tidur terus rasa tak sedap badan pula. So, pasang kipas kuat2 dan buka komputer dan mula berceloteh sikit2. Sementara menunggu peluh kering. Anak2 dah tidur dengan nyenyak sekali. Boleh kosentrate! 

Nak citer pasal ikan selayang jer malam ni. Tapi nak dijadikan citer aura ikan selayang ni hebat hinggakan nak makannya beberapa hari pun tak jemu2. Alkisah ummi yang ketagih ikan selayang rebus goreng. fuhhh memang sedap aarrr...tak makan tak tau.



ihsan dari mr google

Semalam goreng ikan ni. Pastu buat sayur air skit. Takde kuah sangat buat la sayur air. Letak telor 2 biji. Peghhhhh, mmg sodap aaarrr dimakan time nasik panas2 gitu.

cuba lah...

Saturday, April 8, 2017

Ikhtiar Hidup di Agro Resort Setiu

Pasukan Pengakap SAIS dan Kadet Polis SAIS telah menjalani aktiviti ikhtiar hidup di Agro Resort Setiu. Aktiviti adalah aktiviti anjuran bersama pengakap dan kadet polis.

Jom saksikan mereka.

No fear! Confident !














Monday, April 3, 2017

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.