Friday, June 23, 2017

anugerah tuhan

Citer Selasa lepas, dari awal pagi badan rasa tak selesa bila pergi kerja. Kerap sangat masuk tandas. hampir setiap jam masuk tandas. Hingga pukul 10 hampir 4x buang air kecil. Allahu ..dahsyatnya.

Badan terasa sejuk semacam jer. Walaupun ekon kat bilik guru tu rosak dan terasa juga hot nya tapi badan abi rasa sejuk. Entah kenapa pula jadi camtu.

Lebih kurang jam 11 pagi badan terasa pulak sejuk panas. Alamak! ada kelas ni. Terpaksa pulun masuk kelas juga. Ajar sikit2 dan yang  wajib2 jer dulu, pastu terus bagi latihan....

Masa dalam kelas punye lah tak tahan sejuk hinggakan abi suruh budak turn off kan kipas.tak tahan sangat.Kekadang tu abi pejam kan mata sebab sejuk sangat. Kekadang tertidur. Abi dah bagitau pada diorang bhw abi tak sihat ari ni. Izinkan abi berehat dalam kelas dalam keadaan gini.

abi text kpd beberapa org pentadbir minta excuse untuk pulang berehat sebab tak sedap badan. No reply. Hanya blue tick shj. so, sangka baik.

Oh dahsyatnya ujianMu Ya Rab padaku di penghujung Ramadhan ini....

Sambil drive, abi kesejukan walaupun ekon kereta tak buka. Isteri di tempat kerja abi call suruh dia balik ngan orang lain. Tak larat sangat nak pergi ambil.

sampai di rumah terus capai selimut dan berselimut laaaahhhhh atas sofa....

Saturday, June 17, 2017

Rezeki Ramadhan





Masuk jer bulan Ramadhan Al Mubarak ni, reseki bertambah dengan berbuah nya Mulberi ni. sangat lebat. Mungkin ditambah dengan faktor cuaca dan hujan yang banyak kot sepanjang puasa ni.

Apapun alhamdulillah...bolehlah buat air Mulberi dan rojak buah.


rojak buah resepi sendiri


wajib berjimat!

Dapur off ari ni. Masakan semua dr bazar. Menu berbuka n menu bersahur.Dua² kena cari.

Tapi memang betul lah pak imam kata kalau gi bazar RM50 tu pasti terbang melayang dengan mudah ke tangan makcik² & pakcik². Tu pun dah habih 'gheng' berjimat cermat dlm membeli (sambut seruan pokjib n kakros).Mmg yer kurang 4 hinggit dekat 50 hinggit. Beli gapo dio? tak beli byk pun. Kita kan hero² ramai.

Lauk utk hero² & lauk utk abi ummi. tak byk serba satu. Tapi gitu la rega mkanan zmn loni ada yg mahal tak ptut mcm bedil pun ada. huhu.Ganer la orang anak ramai 8 9 orang nak g beli bazar.....

Andaikan ambo xmasak selama 5 hari.,mau kena keluarkan duit rm250....fuhhhh!jeng lagu nih...baik beli lauk mentah la.masak sendiri.Kito bukannya gaji rm20k sebulan! 
pendek citernyo, baik masak sendiri drp g bazar. kalu duk membujang takpola g beli....perabih duit dlm kocek tu. Bile lagi nok perabih.Time gini lah....

Hidup kena berjimat cermat dr sekarang kerna M'sia ke arah ekonomi meleset. Kena menabung utk masa depan. Thn 2027 ekonomi merudum lagi...tak caya ek? ekonomi malaysia merosot mesti ada angka 7...thn ni 2017.tahun sblm tu pun angka 7 jg kan?
kot² mana pun hidup mesti ada plan.plan ekonomi rmh tgga. Jgn ingat nok enjoi jer hgga sanggup cr bank bbuat personal loan. Orang mcm ni,terus terang ambo kata hidup xde plan!

Sunday, June 11, 2017

masuk kerja

Semalam dah masuk kerja semula setelah 2 minggu bercuti. Tapi cuti pun ada la juga kerja yang belum beres. Terpaksa dibuat dalam cuti. Tanda kertas soklan bebudak. Satu minggu baru setel dan makan cuti minggu pertama.

Bila masuk kerja badan rasa lemah longlai sedikit. Maklumlah bercuti lama kan. Kekadang tu bila buat kerja tersengguk beberapa kali. Ada la juga tertidur terus. Maklumlah puasa kan!

Walaubagaimana pun sebenarnya waktu berpuasa inilah kita dapat fokus dengan tepat kerana tak perlu fikir soal makan minum. Bersembang pun jarang2 jer. Kita dapat fokus kerja.

So, sama2lah kita tekun dalam melakukan kerja kita.InsyaAllah kerja kita akan menjadi kerja yang berkualiti. 




Friday, June 9, 2017

Hukum memakai kanta lekap


Soalan:
Apakah hukum memakai kanta lekap yang berwarna bagi wanita?

Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Berdasarkan penelitian kami, isu ini bolehlah dirumuskan seperti berikut:
  1. Tiada khilaf dikalangan para fuqaha’, iaitu mereka membenarkan penggunaan kanta lekap berwarna ataupun tidak sekiranya penggunaan kanta lekap tersebut atas dasar perubatan dan hajat. Ini kerana kanta lekap adalah ganti kepada kaca mata bagi mereka yang mengalami masalah penglihatan seperti rabun. Meskipun begitu, nasihat doktor yang bertauliah mestilah di ambil kira untuk mengelakkan berlakunya komplikasi terhadap mata selepas menggunakannya yang mana boleh merosakkan mata.[1]
  1. Pendapat yang membenarkan pemakaian kanta lekap berwarna atas dasar perhiasan mengatakan bahawa ianya termasuk di dalam perhiasan yang diharuskan penggunaannya selagi mana tiada dalil yang mengharamkannya. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

قُلۡ مَنۡ حَرَّمَ زِينَةَ ٱللَّهِ ٱلَّتِيٓ أَخۡرَجَ لِعِبَادِهِۦ وَٱلطَّيِّبَٰتِ مِنَ ٱلرِّزۡقِۚ قُلۡ هِيَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا خَالِصَةٗ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۗ كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ ٱلۡأٓيَٰتِ لِقَوۡمٖ يَعۡلَمُونَ 

Maksudnya: Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?" Katakanlah: "Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat". Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui.

(Al-A’raaf: 32)

Al-Imam al-Syaukani Rahimahullah menyebutkan bahawa perhiasan itu adalah apa-apa yang dihiaskan padanya manusia dari pakaian atau selainnya daripada perkara-perkara yang dibenarkan dari bahan galian yang mana tidak terdapat larangan untuk berhias dengannya seperti batu permata dan lain-lain.[2]
Berdasarkan keumuman mengambil perhiasan, maka hukum pemakaian kanta lekap sama ada berwarna ataupun tidak, adalah dibenarkan namun para ulama’ meletakkan beberapa syarat antaranya:
  • Mestilah tidak memudaratkan mata si pemakai.
  • Pemakaiannya tidak terdapat unsur-unsur penipuan, menunjuk-nunjuk serta bermegah-megah di hadapan orang lain, khususnya di hadapan bukan mahram. Adapun isteri yang memakai kanta lekap berwarna bagi tujuan berhias bagi suaminya, maka ianya dibolehkan. Begitu juga bagi perempuan yang bakal bertunang yang mana mengenakan kanta lekap berwarna dihadapan tunangnya bagi kelihatan cantik maka ianya tidak dibenarkan syarak kerana terdapat unsur penipuan di dalamnya.
  • Tidak berlaku pembaziran kerana sesetengahnya dijual dengan harga yang mahal.
  • Tidaklah kanta lekap itu menyerupai mata binatang, kerana tasyabbuh (menyerupai) dengan binatang adalah dilarang di dalam Islam.

Kesimpulan
Berdasarkan keterangan di atas, sekiranya penggunaan kanta lekap itu bagi tujuan perubatan maka ianya dibolehkan sama ada berwarna ataupun tidak berwarna.
Adapun memakainya bagi tujuan perhiasan, pada asalnya hukum pemakaiannya adalah dibolehkan namun perlulah diambil kira syarat-syarat yang telah digariskan oleh para ulama’ seperti yang telah disebutkan di atas yang mana jika tidak diikuti boleh jatuh kepada hukum haram pada pemakaiannya.
Meskipun hukum asalnya adalah harus, namun kami juga cenderung terhadap pendapat ulama’ yang mengatakan seeloknya ditinggalkan pemakaian kanta lekap berwarna demi mengelakkan diri dari terjebak ke dalam fitnah seperti penipuan dan pembaziran. Wallahu a’lam.


Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

copy n paste

Thursday, June 8, 2017

malam ke 14 Ramadhan

Malam ni dah masuk malam ke 14 Ramadhan. Sekejap jer rasanya. Pejam celik,pejam celik....huhu

Ya Allah terimalah amalan kami selama ini dalam bulan yang penuh barakah ini...

Sesungguhnya kami telah sehabis baik untuk melakukan ketaatan dan ta'abud cinta kami kepadaMu...

Hanya Dikaulah yang selayaknya kami sembah...

Tiada Tuhan selain Engkau dan Muhammad SAW pesuruhMu

Panjangkanlah umur kami hingga ke penghujung Ramadhan ini

Amin

Wednesday, June 7, 2017

Ramadhan di Kemahang

Musim sekolah banyak dihabiskan di rumah ayah dan mak di Felda Kemahang. Kebetulan jatuh bulan Ramadhan pulak. Ni lah masanya yang sesuai untuk berbuka bersama ibu dan ayah. Anak2 memang suka bila berada di kampung. Air soya adalah feveret minuman ketika berbuka. Memang sedap la air soya yang di jual di simpang jalan dekat kedai berek di Felda Kemahang 1 tu. 

Kuih muih kat situ pun memang best juga. Macam2 ada. Murtabak "Umar" pun tak ketinggalan sedap juga di simpang 3 tu. RM3.50 satu. Ada juga abi tanyakan kat situ rega air tuak sebotol kecil. Memang mahal juga la. RM5 sebotol. Kalau kat Setiu ni rega sebelum puasa RM3 jer sebotol.

Memang tuak ni lah feveret abi di bulan Ramadhan ni. Tapi tak leh nak beli sokmo sebab mahal sangat. Setakat ni baru 2 botol jer beli. 


 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.