Assalamualaikum wbth...
Alhamdulillah dapat bersua kembali di alam maya ini setelah sekian menyepi. Bukan tak seronok berblog ni tapi akibat terlalu sibuk dan mengutamakan perkara yang lebih utama daripada yang lain. Saya suka berblog kerana di situlah saya meluahkan dan melahirkan perasaan saya terhadap sesuatu. Maaf bukan menulis untuk menunjuk-nunjuk.
Ok, kita masih lagi di bulan Zulhijjah bulan yang penuh keberkatan dan dirahmati Allah selain daripada bulan Ramadhan Al Mubarak. Kepada para hujjaj (haji) yang baru sahaja pulang daripada tanahair saya ucapkan selamat kembali, semoga anda mendapat haji yang mabrur, umrah yang diterima, saie yang disyukuri dan perniagaan yang menguntungkan.
Seperkara nak sebut di sini bila kita bergelar @ bertitle "haji", kita jagalah adab2 nya kerana kita sudah pun dibersihkan daripada segala noda dan dosa oleh Allah SWT. Jangan cemari lagi hidup kita ini dengan perkara2 yang menyebabkan kemungkaran daripada Allah SWT.
Bukankah di sana semasa manasik al haj kita diwajibkan untuk melontar batu2 Jamrah. Lontaran itu adalah sebagai simbolik bahawa kita bencikan segala peeil perangai syaitan dengan segala macam sifat mazmumahnya. Jadi sekembalinya kita ke tanahair, jangan diulangi lagi episod2 maksiat yang telah dilakukan pada zaman2 dulu. Sesungguhnya anda telah bersih seperti mana seorang bayi yang baru lahir daripada perut ibunya.
wallahua'lam.. jumpa lagi pada next entry.
1 hour ago