Sunday, July 5, 2020

4 Golongan manusia akhir zaman

Rasulullah SAW bersabda:

بل ائتمروا بالمعروف ، وتناهوا عن المنكر

Teruskan kamu dalam mengajak orang lain kepada perkara baik, dan cegahlah orang lain daripada melakukan kemungkaran.

حتى إذا رأيت شحا مطاعا ،
Sehingga kalau kamu nampak seorang yang kedekut diikuti.

وهوى متبعا
Dan kepada orang yang menjadikan hawa nafsunya imamnya @ yang menjadikan hawa nafsunya ikutannya,

ودنيا مؤثرة
Dan juga dunia, yang didahulukan berbanding agama/akhirat

وإعجاب كل ذي رأي برأيه
Dan  orang yang bangga dengan pandangannya

فَعَلَيْكَ نَفْسَكَ ، وَدَعْ عَنْكَ أَمْرَ الْعَوَامِّ
Hendaklah kamu jaga diri kamu sendiri, tinggalkan apa yang berlaku diluar sana.
فإن من ورائكم أيام الصبر الصبر فيه مثل قبض على الجمر للعامل فيهم مثل أجر خمسين  رجلا 
وزادني غيره قال يا رسول الله أجر خمسين منهم قال أجر خمسين منكم
يعملون مثل عمله 
Sesungguhnya di belakangmu nanti akan ada hari-hari penuh kesabaran. Sabar pada hari itu seperti halnya memegang bara api. Orang yang beramal pada waktu itu akan diberi pahala seperti pahala lima puluh orang lain yang beramal seperti amalnya. Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, pahala lima puluh orang dari kalangan mereka ?”. Baginda sallallaahu ‘alaihi wa sallam menjawab : “Bahkan lima puluh orang di antara kalian
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

(1)  Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Khalqu Af’alil-‘Ibaad no. 155, Abu Dawud no. 4341, At-Tirmidzi no. 3058, Ibnu Majah no. 4014, Ath-Thabariy dalam Tafsir-nya 7/97, Ath-Thahawiy dalam Syarhul-Musykil no. 1171-1172, Ibnu Hibbaan no. 358, dan yang lainnya. Hadits ini dla’if, kecuali lafadh : “Sesungguhnya di belakangmu nanti akan ada hari-hari penuh kesabaran….” ; sahih. Lihat Dla’iif Ibni Majah hal. 326 no. 801, Silsilah Ash-Shahiihah 1/892-893 no. 494, dan Dla’if At-Tirmidzi hal. 320 no. 3058.



Sunday, February 9, 2020

Tak banyak menulis di blog@FB

Tahun ni adalah tahun aku malas nak menulis di blog ataupun di FB. Bukan apa, entahlah susah nak cakap. Semenjak aku mula belajar dalam ilmu eskatologi ni, aku dah mula pasif dan tak bersemangat lagi nak berinternet....

Jadi, suatu masa nanti kita akan berhadapan dengan satu zaman yang mana teknologi sudah tiada lagi. Zaman apa tu???

Itulah zaman yang mana zaman sebelum kedatangan Dajjal, iaitulah zaman Al Mahdi. Dikatakan zaman itu adalah zaman seperti mana zaman Rasulullah saw. Bila sebut zaman seperti zaman nabi bermakna itulah zaman yang tidak menggunakan sebarang teknologi. Apatah lagi segala jenis komputer tak berguna lagi.

Kita hari ni seolah sedang menunggu zaman teknologi 5G. Barat dah mula mempromosikan teknologi 5G. Bila dah masuk alam 5G dunia semakin maju lagi setapak. Tapi sempat ke Malaysia ni nak menuju ke era 5G?

Tuesday, January 21, 2020

Permulaan Tahun 2020 yang mendebarkan

Masuk je tahun 2020 kita dah dikejutkan dengan pergolakan politik antarabangsa iaitu Iran dan Amerika. Amerika telah menyerang orang kuat Iran, Briged Jeneral Qassim Sulaimani dan mati.Akibatnya menimbulkan kemarahan rakyat Iran.

Dan Iran telah melancarkan serangan balas ke atas kubu pertahanan US di Iraq.

Rasa2 nya ye ke ?

Aku rasa kan ini satu sandiwara dan lakonan lawak antarabangsa yang dimainkan oleh kedua2 negara tersebut. Dan sebenarnya aku rasakan mereka cuba2 nak cuit atau cokek2 Rusia spy masuk campur...

Takpolah...kita tunggu dan lihat...
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.