Monday, January 28, 2019

Bos baru @ pengetua


Ni gambar bos baru aku, Cikgu Zan Nain Bin Senin. Orang Johor. Sekolah lama dulu sebelum masuk SAIS adalah SMK Pelong.

Selamat datang Cikgu Zan. Ahlan wa sahlan.

Sepatutnya posting ni awal2 dulu lagi aku dah siar tapi memandangkan masa yang tak mengizinkan. Takpe lah lagipun ni bukan web rasmi sekolah. Ni web peribadi aku dan suka hati aku lah nak tulis apa2 pun dan bila2 masa.

Lastly, selamat bertugas di  SAIS buat Cg Zan Nain. Kami mengalu2alukan kedatangan anda.

bukan kerja aku lagi

Tahun 2019 adalah tahun yang aku rasa sedikit lega dan boleh menarik nafas sedikit berbanding tahun2 lepas. Tahun lepas nak bernafas pun sekok dan ssumbat.

Tahun ni aku dah tak pegang apa2 AJK dalam majalah sekolah lagi. Dah bebas@freedom. Kata orang macam dah terlepas hutang 1000. Ni yang aku duk tunggu selama ni. Aku ni spesis yang susah nak bersuara bila ada rasa tak puas hati. Bukan jenis aku la jaja sana sini. Paling komang pun aku akan tulis dalam blog ni ataupun dalam twitter.

Tu lah caranya aku melepas perasaan aku. Aku menulis tapi bukan berkarya. Berkarya jauh sekali sebab aku bukan orang seni.

Tahun ni aku kena lebih fokus kepada Panitia Bahasa Arabku. Banyak sangat fail yang belum terbuat. Tiap2 tahun aku jadi lemah semangat bila sebut tentang fail panitia. Ye lah aku sendiri pun tau, aku takdang tangan untuk membuat itu semua.

Begitu juga dengan tugasan yg lain, selaku guru penasihat Persatuan Bahasa Arab dan Timbalan Setiausaha BADAR.

Rasa macam pembahagian tugas tahun ni lebih adil berbanding tahun sebelumnya. Syukur!

Tuesday, January 8, 2019

Bertemu kembali di 2019

Assalam rakan2....

Bertemu kembali di tahun 2019. Alhamdulillah masih lagi diberikan kesihatan tubuh badan untuk mengabdikan diri kepada Si Pencipta. Begitu juga dapat menjalani rutin harian di tahun baru seperti tahun2 sudah.

Bagaimana dengan tahun 2018 anda???

Tentu banyak pahit dan manisnya.  Yang pahit tu jadikan teladan dan sempadan. Yang manis tu jadikan memori terindah dalam kamus kehidupan anda. Sweet memories gitewwww!

Perjalanan seseorang tak sama dengan seseorang yang lain walaupun ianya adik  beradik dan sebumbung rumah. Hari2 yang sudah berlalu tak sama dengan hari2 yang mendatang. Kita mampu untuk merencanakan hari esok tapi belum tentu kita diizinkan olehNya untuk melaluinya.

Kita mampu untuk merancang sebanyak mana kebaikan yg ingin dibuat tapi belum tentu Allah izinkan kesemuanya.

Semuanya tertakluk pada qadak qadar Allah yang tertulis.
wallahua'lam.

Wednesday, October 24, 2018

Ayat Syifa'

Bismillahirrahmanirrahim


Ini adalah ayat syifa yang mana insyaAllah akan dapat menyembuhkan penyakit seseorang. Ayat ini juga apabila dibacakan pada pesakit yang ada gangguan makhluk halus, ia (makhluk) itu akan menjadi sakit juga.

Dengan izin Allah apabila dibacakan berulang kali pada pesakit atau ke makhluk halus itu, dia akan lari dan meninggalkan tubuh pesakit tersebut.

Ayat yang selalu saya guna dalam pengubatan dan perawatan adalah ayat yang ke 5. saya ulang banyak kali ke atas pesakit. Sehinggalah saya yakin jin @ setan telah keluar daripada tubuh pesakit tadi.

Sunday, October 21, 2018

Psykologi Mua'lij @ Perawat

Dalam rawatan pesakit, ada kalanya seorang mua'lij itu akan terkena tohmahan dan ugutan daripada iblis,syaitan dan jin. Seperti katanya "aku benci kamu" "aku nak bunuh anak2 kamu"...

Dalam hal ini, perawat tak perlu takut dan berlapang dada. Berserah lah kepada Allah SWT. Ucaplah "la hau la wa la quwwata illa billah..." Itu hanya lah psykology jin dan iblis untuk melemahkan kita sebagai perawat supaya tak perlu melakukan ruqyah dan rawatan lagi.

Mua'lij jangan lah berputus asa. Sebaliknya berserahlah dan bertawakkal lah pada Allah SWT. Setiap masalah dan problem pasti Allah akan menolongnya. Dalam dunia perubatan Islam ini, akan ada pertolongan2 yang mana kita tak jangka ianya akan berlaku.

عليه توكلت واليه أنيب

Minyak Bidara (Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus)

Bagi aku dalam rawatan pesakit yang dirasuk jin atau syaitan, minyak Bidara yang diruqyah oleh TG Ustaz Ismail kamus adalah terbaik juga.

Aku guna minyak ini untuk dibuat air mandian dengan ais. Aku campurkan ke dalam air untuk mandian.

Begitu juga minyak ni aku gunakan untuk pesakit yang telah kerasukan@ Sira' . Aku sapukan kat tapak tangan aku dan aku dekatkan dengan hidung si pesakit. Bila si pesakit tadi mencium wangian Bidara dengan cara tarikan nafasnya maka dia akan terasa sakit. Yakni jin itu akan sakit.

Bila sakit kemungkinan dia akan bertindak balas....masa tu la aku suruh dia keluar!

Minyak Bidara TG Ismail Kamus. Ihsan drp Mr Google

Good bye PCX ku

Jodoh kita tak panjang wahai PCX ku. Hanya selama 4 tahun lebih jer.

Kini kau telah berada di bawah ayah angkat baru mu. Mujur lah dia pun ustaz juga.hahaha...Selamat berkhidmat di bawah tuan baru. Hati2 lah bawa tuanmu itu. Jangan ego di atas jalan raya. Pandu lah dengan cermat pasti kau selamat.

Kini aku dah melamar Honda Alpha....adik beradikmu juga wahai pcx. Dalam keluarga Honda juga.
Semoga jodoh kau, Alpha bersama aku dan keluarga aku panjang hendaknya....aamin.

Honda Wave Alpha-ihsan dari Mr Google
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.