Friday, August 18, 2017

Char Kuey Teow

Pagi2 lepas dengar kuliah Subuh, singgah kedai beli nasi bungkus. Kerabu, nasi lemak dan bee hoon. Memang waktu time cuti hujung minggu, biasanya tak masak waktu pagi. So, abi banyak beli nasi bungkus.

Tengahari perut dah mula berceroottt.Adoiiii...masak nasi dan goreng ikan kerisi. Balik jer dari solat Jumaat, terus terkam ke dapur. Baju solat pun takdan nak tukar. Hilang sabar betol.

Bila dah masuk waktu petang, mula la pikir nak makan apa ekkk? jeng kepala sekejap mmikir. Last sekali suruh along gi beli kuey teow. Hajat di hati nak buat char kuey teow. Entah jadi ke tidak...huhu
Ummi jangan masuk campur ye...Kasi ummi rileks jer. Lagipun kesian kat ummi berdiri lama2 di dapur. Kan ummi bawa baby tu.

Pastu gi buka la peti ais. Tengok apa barang yang ada. Ada la bunga kobis, karot, sawi...Abi pilih karot dan bunga kubis. Letak banyak dalam masakan pun, anak2 bukannya makan. Kita yang tua ni la terpaksa habiskan.

Dipendekkan cerita, Char Kuey Teow yang nak dibuat tadi tuh tak menjadiiiiiii. Maka yang jadinya adalah kuey teow basah. Takpo la. Anak2 semua suka. Kering kuali!



kata tadi kuey teow basah tapi tak nampak basah pun.hahaha...takpe lah..janji masuk perut

Mengutip point2 ke syurga atau ke neraka?

Pelik bin ajaib manusia ni....Kenapa lah duk bazirkan air liur tu untuk bercerita sana sini perihal seseorang. Berceritalah sekadar keperluan sahaja. Tapi kan.....itu lah manusia....tak cukup bercakap ari ni, to be continue pulak pada hari esoknya....huhuhu...berat66 gitu

Tau tak, bila anak Adam ni hidup atau selagi bernyawa, Malaikat Raqib Atid tak jemu2 duk tulis apa2 yang dia buat dan dia cakap. Samada benda tu baik mahupun buruk! 

So, berhati2 lah dalam setiap tindak tanduk kita kerana kita sentiasa ***dimuraqabah oleh Allah SWT.

Ingat lah adakah kita mengutip point2 ke syurga ataupun mengutip point2 ke neraka ! peaceeeee

***muraqabah=awasi 

Umur 40

Sedar dan tak sedar umur abi dah nak masuk ke angka 42. Huhu. kira dah nak separuh abad la nih. Patut la sakit situ sakit sini. Apa pun abi cukup bersyukur kerana dianugerahkan nikmat kesihatan olehNya. Walaupun ada la sikit2 penyakit Hypertension tu tapi tak la tinggi sangat. Syukur sangat n selalu. 

Apa yang perlu dibuat pada umur 40 an ke atas ni???

Tatkala umur hampir mencecah 40 tahun atau telah pun mencecah 40 tahun ke atas, seseorang itu dikira sebagai orang yang matang akal fikirannya, matang tindak tanduknya,apatah lagi tutur katanya mencerminkan seorang yang sempurna pemikirannya.
Tidak seperti kebudak-budakkan feilnya. Begitu juga percakapannya tidak seperti budak darjah 3!

Sahabat Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّ Qotadah رضي الله عنه - berkata, “Bila seseorang telah mencapai usia 40 tahun, maka hendaklah dia berhati-hati.” Maksudnya saat saat harus waspada.

Bahkan sahabat Abdullah bin Abbas رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَـا dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak unggul mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.“

Ayuh kawan-kawan abi jom baca doa Nabi Sulaiman ini dan amalkan serta titipkan dalam setiap doa kita.


Saturday, August 12, 2017

First lesson of Qiyam

Cerita yang nak dikongsikan ni bukan untuk dibanggakan. Hanya untuk share bagaimana nak tarbiah anak2 sekadar dan ikut kemampuan kita selaras dengan kehendak agama atau lebih tepat lagi berlandaskan Sunnah Nabi SAW.

Alhamdulillah kelmarin, sepertiga malam jumaat dengan izinNya dapat juga abi gagahkan bersama2 dengan anak sulong mendirikan qiyam sepertiga malam. Dalam pukul 515 pagi dah bersiap untuk solat sunat. Sebelum tu, abi suruh along tidur awal seawal jam 9.00 malam. Tapi dia tidur pukul 9 lebih juga. Syukur ....senang along bangun daripada tidur.

Dengan izinNya dapat kami dirikan solat Sunat Tahajjud dan Solat Sunat Witir. Tak nak buat solat2 sunat yang banyak. Hanya itu sahaja sebabnya ia adalah FIRST LESSON dalam mendidik anak2 solat malam@qiyamullail. Dah lama abi idam2kan namun inilah peluang yang Allah gerakkan dan gagahkan untuk sama2 mentarbiah anak dalam mencari redha Allah SWT.

Tiada apa yang mampu abi ajarkan untuk kalian@anak2 melainkan untuk menjadi seorang hamba Allah yang soleh dan taat pada suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Nak diberikan harta memang tak banyak harta yang abi ada. Hanya ajaran serta didikan inilah yang mampu abi ajarkan kepada anak2 abi di akhir zaman ini. Hamba Allah yang bertaqwa Allah jaminkan kebahagiaan hidup untuknya dunia dan akhirat. Bekerja lah kat mana sekalipun ataupun apa2 jawatan sekalipun, TAQWA kepada Allah mesti berada di hadapan.

Jika anak abi seorang peladang@petani, abi tak malu. Asalkan menjadikan diri hamba Allah yang soleh dan bertaqwa. Apa guna berjawatan tinggi....lawyer,arkitek,doktor,guru, dll....kalau tiada bekalan taqwa dan amal soleh dalam diri. Kita bukan sahaja nakkan kebahagiaan di dunia sahaja semata2 malah akhirat lebih2 lagi kita tuntut dan mahu.

Amat susah untuk mendidik anak2 di abad ini lebih2 lagi di abad teknologi. Banyak kekangan dan cabarannya baik daripada ibubapa mahupun anak2 sendiri. Amat terasa hati bila terdengar ibubapa dapat solat dan bangun malam bersama2 anaknya seawal 7 tahun lagi. Ya Rabbi...daku amat lemah dalam mentarbiah generasi hari ini khususnya anak2ku.

11 Ogos inilah step pertama ke arah pendidikan berqualiti dalam keluarga abi. Doakan semoga abi dapat istiqamah dalam mentarbiah anak2. Dan kita semua sama2 dapat mengamalkan kehidupan sunnah sejajar dengan syariat. Amin.

Habis Qiyam, abi bawa along ke masjid dan dengar kuliyah Subuh. Usai kuliyah, kami makan roti canai pula sebagai pembuka selera di hujung minggu ini. Sengaja buat gitu nak suruh along rasa seronok dan tidak alergik untuk qiyam dengan abi.

Anak2 adalah aset dunia dan akhirat kita!


Wednesday, August 9, 2017

siap...

Baru siap mengedit butir@isi yang nak dibuat bunting. Bunting tu nak lekatkan kat dinding di lobi pejabat SAIS. Kerja yg diberi 2 minggu yg lepas baru siap pagi ni. Jam menunjukkan pukul 1.52 pagi.huhuhu..

esok pagi serahkan pada Syaidan mintak tolong dia hantarkan pd syarikat percetakan.

Rasa lega sikit kepala sebab 95% siap. Tunggu cetak je lagi.

Ok,,,nak gi minum cuka epal + madu sebelum zzzzzz...

selamat malam.

Tuesday, August 8, 2017

SKPMG2

Ari ni rasanya tak boleh nak stay sampai ke petang di sekolah. Kepala rasa pening semacam. Tak boleh nak fokus pada kerja. pikir pun serba tak kena . Jangkaan pentadbir nazir nak maghi check fail minggu depan. Sekitar 13 hb gitu. Boleh rebah nunggeng gini!

SKPMG2....penangannya membuatkan semo cikgu pening ppalo termasuk abi. Sekarang ni Bahasa Arab ada fail masing2. Sudah dipecahkan daripada bahasa2 antarabangsa yg lain.Kena cerai katakan. Cerai talak 'Bain'.huhu.Tak leh rujuk lagi. Kalau dulu satu fail. Sekarang tidak.

So, tepaksalah abi bertungkus lumus daripada '0' ...huhu...jeng kreng gini...Mana nak 'gaga' segala eviden bagai...Tuhan sajo yang tau.Kito wat kijo sore diri....Allahu musta'an.

Ari ni balik awal. Rasanya nak beli ayam. Tolong wife masak. Kasi hilang stress keje. Masak lagi best daripada susun@cari eviden...kalau rajin malam ni abi pergi ke bilik guru lagi. Ataupun stay kat rumah buat keje. Ya Allah berilah daku kekuatan untuk mengharungi hidup ini.

Sunday, August 6, 2017

Berdiri seorang perindu

jom layan lagu lagi....kasi feelinggggg skit....

summbat aarrr sari dua ni....macam2 keje datang dan tak pernah siap...

Tapi kalu takdop keje, boring pulak kan???

Lebih baik ada keje,tak perlu cari keeje

Orang yang takde keje, kena cari keje...hahaha...


 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.