Tuesday, August 22, 2017

Buli@gaduh

Buli ....buli.....buli....

kali ni 4 orang budak dipindahkan ke sekolah lain. Kes nya apa? Buli, gaduh.....isyyyy takde keje lain ke budak2 ni. Mak ayah suruh datang sekolah untuk belajar, korang mari sekolah untuk bergaduh pula. Kenapa korang ni ? Nak tunjuk hebat kah? Bukan itu caranya untuk tunjuk hebat...

Tunjuk lah hebat korang tu pada subjek. Biar strong semua subjek! Barulah hebat. Ni tidak, dah la belajar tak berapa pandai, nak jadi pembuli pulak di sekolah. Kalau begini lah. memang hancur lah masa depan korang dan masa depan Islam.

Takde gunalah ayahanda korang, PKHem korang dan guru2 lain duk bagi semangat dan motivasi suruh korang belajar sungguh2. Korang tak ikut nasihat diorang. Korang derhaka pada guru korang. Betul cakap ni. Derhaka ni bukan saja pada mak ayah, tapi dengan guru pun boleh jatuh derhaka juga tau!Camner lah korang dan ilmu korang nak berkat kalau derhaka pada guru. Silap ari bulan hidup korang pun takde keberkatan sebab derhaka pada guru dan menyusahkan mak ayah.

Ingatlah anak2 abi yang lain, jaga tingkah laku dan perangai di asrama dan sekolah. Tugas korang adalah belajar dan bukannya jadi samseng @kaki pukul kat sekolah. Kalau nak jadi samseng korang boleh "blah" dari sekolah ni. Ni tempat orang cari ilmu bukannya tempat nak lahirkan kaki2 pukul.

Hidup korang tak ke mana jika korang jadi kaki pukul. Walaupun korang jadi kaki pukul yang hebat pada masa sekarang ni tapi korang harus ingat satu masa nanti korang juga akan tua. Bila tua korang akan lemah. lemah badan dan sakit2. Masa tu korang pun dah tak kuat lagi. Silap ari bulan orang lain pula yang buli korang.

Kehidupan dunia ni ibarat roda yang sentiasa berputar. Selagi mana ada kehidupan selagi itulah ia akan berputar dan terus berputar. Ia kan berhenti tatkala mana ada orang yang 'brek' roda tersebut. Siapa ? Allah yang memberhentikan putaran itu..........kiamat.

Minggu Menanda Paper

Minggu ni terpaksa korbankan masa untuk tidur dengan nyenyak dan lena. Huhu. Malam tadi tidur pukul 12 malam dan bangun semula pukul 4 pagi. Terpaksa bersengkang mata menanda paper budak2 ni. Paper PAI yang tingkatan 1 belum siap lagi. Esok hari last key in markah dalam ISIS. Terpaksa pulun jugak malam tadi.

Alhamdulillah setel dekat nak subuh..

Pagi ni pula, duk pulun menanda paper Bhs Arab form 4. Boleh tahan juga. 46 orang semuanya. Baru setel 8 orang. Mata tak boleh nak tahan lama. Asyik teringatkan bantal jer. Sesekali terlelap atas kerusi.

Gagahkan juga diri ni untuk setelkan saki baki lagi. huhu

Pucuk Ketereh Pembuka Selera

Semalam ayah dan mak datang rumah. Waktu petang diorang sampai lebih kurang pukul 3 petang. Seperti biasa ada la ole2 dari Tanah Merah yang ayah bawa datang. Kali ni diorang bawa buah durian. Alhamdulillah molek isinya,kuning warnanya.memang puas hati makan.

Atas cadangan ummi, kali ini abi buat sotong rebus untuk anak2 abi dan mak ayah. selain tu ada la 2 3 ekor ikan kitan. Goreng jer. Selepas ummi menyiang sotong dan ikan, abi mulalah bersilat tung tang tung tang di dapur. Memang rezeki ayah dan mak murah, pucuk ketereh tumbuh dengan banyak sekali kat belakang rumah tu. Apa lagi petik lah. Ulam2an pun banyak. Petik juga pegaga yang tumbuh melata kat tanah tu.

Orang tua suka makan gitu2 jer bersama nasi. Budu plus durian tidak ketinggalan dihidang untuk diorang. So, memang membangkitkan selera la makanan malam diorang ni. Abi nak masak lebih2 pun memang tak terlarat dah, sebab balik kerja badan pun penat. Tu jer yang mampu.

Apa2pun syukur sangat sebab dapat makan buah doyan sampai kenyang!

Sunday, August 20, 2017

On duty

Tak perasan pulak guru 'on duty' hari ni. Tetiba jer seorang pelajar maghi jumpa abi. Sakit mulut katanya. Abi tanya dia, mana tau ustaz duty???
Dia tengok nama kat depan opis....huhu. exactly!tepat sekali@jolo dah tu. Tak  leh nak ta'wil lagi.

Selesai amik anak2 dari sekolah terus bergegas semula ke sekolah. Berjanji dengan budak dan hantar mereka ke klinik kesihatan Permaisuri.

Meehoon yang dibeli kat gerai tak sempat nak jamah. Rushing pulak. Syarikat percetakan call suruh masukkan duit@cek segera. Apa lagi terus start enjin dan ke CIMB bank.

Dekat klinik tu, ada la gerai goreng cempedak. Adusssss, hati abi meronta2 lagi nak makan. Dah la perut lapar. Siap bunyi lagi. So, beli RM3.....pikir nak makan time dalam keter nanti.

Ok lah berceloteh pulak. See U tomorrow. Jangan nakal2 time hidup ehhh. Jaga agama nescaya Allah akan jaga awak!

Kuey teaw basah

Semalam try lagi untuk buat kuey teaw basah. Alhamdulillah baru menjadi rupanya. Tu pun sebab master chef 'Ummi' yg bagitau cara camner nak bagi buat kuah kat kuey teaw tu.

Caranya mudah saja. Bila dah dekat2 nak masak tu, Bubuhla air panas kat dalam kuali tu. Bubuh air setakat yang kita mau. Ikut suka banyak mana mau kuah. Kalau sikit , sikit lah. Tapi ingat jangan biarkan ia lama. Kalau lama, kuey teaw tu akan hancur dan maybe tak indah mata memandangnya. Huhu.

Kalau dah hancur, hilanglah selera nak makan sebab keuy teaw tak cantik. Turun 50% selera nak makan.hahaha...

Tu sebab penampilan tu biar la elok juga disamping kecantikan dalaman. Cantik rupa, sedap rasa!

#sori, picture takde. Abaikan saja.

Friday, August 18, 2017

Char Kuey Teow

Pagi2 lepas dengar kuliah Subuh, singgah kedai beli nasi bungkus. Kerabu, nasi lemak dan bee hoon. Memang waktu time cuti hujung minggu, biasanya tak masak waktu pagi. So, abi banyak beli nasi bungkus.

Tengahari perut dah mula berceroottt.Adoiiii...masak nasi dan goreng ikan kerisi. Balik jer dari solat Jumaat, terus terkam ke dapur. Baju solat pun takdan nak tukar. Hilang sabar betol.

Bila dah masuk waktu petang, mula la pikir nak makan apa ekkk? jeng kepala sekejap mmikir. Last sekali suruh along gi beli kuey teow. Hajat di hati nak buat char kuey teow. Entah jadi ke tidak...huhu
Ummi jangan masuk campur ye...Kasi ummi rileks jer. Lagipun kesian kat ummi berdiri lama2 di dapur. Kan ummi bawa baby tu.

Pastu gi buka la peti ais. Tengok apa barang yang ada. Ada la bunga kobis, karot, sawi...Abi pilih karot dan bunga kubis. Letak banyak dalam masakan pun, anak2 bukannya makan. Kita yang tua ni la terpaksa habiskan.

Dipendekkan cerita, Char Kuey Teow yang nak dibuat tadi tuh tak menjadiiiiiii. Maka yang jadinya adalah kuey teow basah. Takpo la. Anak2 semua suka. Kering kuali!



kata tadi kuey teow basah tapi tak nampak basah pun.hahaha...takpe lah..janji masuk perut

Mengutip point2 ke syurga atau ke neraka?

Pelik bin ajaib manusia ni....Kenapa lah duk bazirkan air liur tu untuk bercerita sana sini perihal seseorang. Berceritalah sekadar keperluan sahaja. Tapi kan.....itu lah manusia....tak cukup bercakap ari ni, to be continue pulak pada hari esoknya....huhuhu...berat66 gitu

Tau tak, bila anak Adam ni hidup atau selagi bernyawa, Malaikat Raqib Atid tak jemu2 duk tulis apa2 yang dia buat dan dia cakap. Samada benda tu baik mahupun buruk! 

So, berhati2 lah dalam setiap tindak tanduk kita kerana kita sentiasa ***dimuraqabah oleh Allah SWT.

Ingat lah adakah kita mengutip point2 ke syurga ataupun mengutip point2 ke neraka ! peaceeeee

***muraqabah=awasi 

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.