Monday, August 4, 2008

Satu cubaan meng "edit" gambar


first trial untuk edit...ini pun masih dibantu oleh kengkawan

Sunday, August 3, 2008

Kursus Asas Adobe Photo Shop





Semalam abi bersama dengan rakan-rakan guru termasuk puan pengetua mengikuti kursus asas Adobe Photoshop di makmal bestari SMS Miri. Kursus yang diadakan selama 8 jam itu banyak memberi pendedahan kepada kami khususnya yang buta it dan grafik.

Saturday, August 2, 2008

Happy Birthday



Seyamat Hayi jadi......
Seyamat Hayi Jadi.......
Seyamat Hayi Jadi Ahmad Jazlan
Seyamat Hayi Jadi......

Sedar dan tidak sedar anakku Jazlan dah masuk 3 tahun ari ni. walaupun percakapannya masih telor lagi untuk melafazkan selamat hari jadi tapi itulah hakikatnya.

Abi hampir terlupa...nasib baiklah umminya yang ingatkan abi tentang harijadi adik Jaz. Petang tu,selepas solat asar abi bergegas ke MA Baker untuk beli kek. Nasib baiklah ada.

Acara dimulakan dengan doa..lepas tu..tiup lilin dan makan kek.

King's Arhery


Hari ini abi bawa pelajar pergi memanah ke King's Archery, Miri. Mereka ni mewakili sekolah - Ihsan, Fathie,Megat Faiz & Joseph. Acara bermula seawal 8.00 pagi dengan latihan memanah secara rasmi selama 1 jam. Jam 9 pagi mereka mula memanah.

ish ! boring betul dok tunggu bebudak ni...lalu aku turun merayau-rayau kat Parkson tu. jalan -jalan kat kedai Popular.

Tapi satu perkara aku nak bagitau tentang memanah ni ialah aku perhatikan bahawa mereka yang ikut memanah semuanya orang cina. Orang Melayu (Islam) sikit je..Mungkin itu sebab SBP buat acara memanah ni untuk peringkat SBP saja. Nak bagi orang Melayu jadi hebat dalam memanah. Mujurlah yang mewakili SUKMA tu adalah orang Melayu (namanya Wan...) aku pun tak ingat.

Friday, August 1, 2008

Liqa' Nuqaba'



Sebaik habis ceramah Al Isra' dan menunaikan solat Isya' berjemaah, para naqib dan naqibah bermesyuarat membincangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan.

Ceramah Isra' Wal Mi'raj



Pada hari yang sama selepas habisnya acara merentas sekolah, para pelajar dihidangkan pula selepas menunaikan solat Maghrib dengan ceramah Al Isra' bertajuk "Ibrah di sebalik Isra' " yang disampaikan oleh Ustaz Borhanuddin dari SK Kpg Bakam. Walaupun badan penat tetapi pelajar dapat memberikan penumpuan sepenuhnya selama 40 minit dalam ceramah tersebut.

Warna Warni Merentas Sekolah



Buat pertama kalinya larian merentasi sekolah diadakan di bumi sainsri ini. Semua pelajar mengambil bahagian daripada tingkatan satu hingga lima. Macam-macam gelagat anak didik kita bila berlari ni.....belum cukup satu round dah mulajalan kaki....ada satu kes tu...dah terlebih round tak habis-habis juga dipusingnya...pening...pening...
walaupun begitu ia memberi pengalaman kepada pelajar dan guru dalam acara kali ini.

untuk tengok gambar lagi klik http://sadaufm.blogspot.com dan http://shamazaf.blogspot.com
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.