Saturday, January 30, 2016

Pelancaran Bulan Disiplin & Pemantapan Sahsiah

Usai ceramah Denggi, SU Disiplin sekolah telah melaporkan kes2 yang telah berlaku bermula tahun 2014 hingga kini. Ada juga kes yang berat dan juga ke ringan. Kes yang berat telah membawa kepada pertukaran sekolah beberapa orang pelajar.

Selepas itu PKPentadbiran Tn Hj Noor Razi telah melancarkan dan merasmikan Bulan Disiplin ini. 


Cikgu Nor Hisham melaporkan kes2 yg telah berlaku 

barisan guru kanan

Tn Hj Noor Razi menyampaikan amanat

perasmian....



ceramah Denggi

Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung satu ceramah ringkas pada waktu asembly tadi. Ceramah yang diundang khas daripada Pejabat Kesihatan Daerah Setiu. Encik Arif. Katanya kini negeri Terengganu sedang dilanda wabak denggi. Daerah yang paling kritikal wabak denggi adalah Kuala Terengganu. 

Di Setiu pula, terdapat beberapa kes antaranya di Penarek Baru. 

Terdapat beberapa fakta yang menarik tentang nyamuk aedes: 
- boleh hidup sekitar 3 bulan sahaja
- nyamuk betina yang menggigit mangsa
- nyamuk jantan akan mengawan sebanyak 2 kali seminggu dan akan mati selepas mengawan
- nyamuk betina akan mengeluarkan telor yang banyak sehingga 10 ribu telur 
- akan menggigit mangsa sekitar jam 7 pagi dan lewat senja pukul 6 - 7 petang
- tidak semua nyamuk aedes ada virus denggi, hanya yg ada virus itu sahaja yg akan memberi kesan kpd mangsa




Setakat ini kes denggi adalah banyak di kalangan para pelajar sekolah. Harap ceramah seperti ini mampu memberi kesedaran kepada kita semua. 

Sikap kita yang penting sekali dalam penjagaan kebersihan diri mahupun tempat tinggal.Islam amat menitik beratkan soal kebersihan. Jika diabaikan kebersihan, natijahnya akan kembali kita juga. 

DENGGI membawa maut! 

Thursday, January 28, 2016

Majlis Perpisahan Ticer Amal

Selaut Kasih Selangit Sayang. Begitulah nama majlis perpisahan seorang guru Bahasa Inggeris di sini, Puan Amalina yang akan berpindah ke SM Sains Dungun. Hampir 4 tahun beliau di sini banyak kenangan manis dan pahit yang dikecapi. Beliau adalah orang kuat koperasi SAIS ....begitu juga orang kuat rumah hijau. 

Tahniah atas perpindahan Madam Amal ke sana. Semoga berbahagia di sisi suami tercinta. 

yang bertudung kuning itulah Ticer Amal. 

Diarak masuk ke dewan 

hadiah daripada pelajar 

hadiah daripada Kelab Guru & Staf

hadiah daripada panitia B.Inggeris

Setiap perpisahan itu pasti akan mengalirkan air mata

Good luck ticer di tempat baru. you are my fren. seringkali diusik oleh abi di tempat kerja (meja berdekatan). Anggap lah ia kemanisan dalam ukhuwwah. Maaf andai terkasar bahasa dan tersilap langkah dalam gurauan.

Wednesday, January 27, 2016

News today - pencegahan denggi

Walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, kejap cerah dan kejap terang, namun anak2 SAIS tetap bersemangat untuk membersihkan kawasan2 yang disyakki adanya pembiakan nyamuk. Mereka ini diagihkan mengikut kumpulan kelas masing2 untuk kawasan tertentu. 

Syabas abi ucapkan kpd antum (kamu semua) kerana memberikan kerjasama dalam program pencegahan denggi. Sesungguhnya Islam sebagai agama yang dianuti amat menitik beratkan soal kebersihan. 





Saturday, January 9, 2016

MINGGU ORIENTASI FORM 1

 Penolong Kanan Pentadbiran, Hj Noor Razi sedang memberi ceramah kepada murid2 ting 1



 tekun mendengar. yg sorang tu siap  menguap lagi


Saturday, November 21, 2015

cara atasi histeria di asrama

Assalamua'laikum wbth....

Apa khabar semua blogger dan peminat blog? lama sudah tak memetik keyboard ni...

Hari ni abi nak kongsikan cara-cara nak mengatasi histeria di asrama. Bagi warden khasnya memang pening kepala kalau berlakunya histeria kat asrama. Dah banyak kali abi menghadapi situasi sebegini sebagai seorang warden asrama.

1) jika berlaku murid kerasukan di asrama atau di sekolah, asingkan mangsa dengan murid yang lain. Letak murid yang sihat tu jauh2. Biarkan mangsa keseorangan, dengan erti kata lain ditemani oleh guru atau murid2 yang kuat 'semangat'.

2) jangan cuba membaca apa2 ayat daripada al quran. Biarkan mangsa. Guru2 jangan biarkan murid2 yang lain membacanya kerana ia mungkin akan memberi kesan kepada pesakit @ makhluk halus. Seeloknya ayat suci al quran @ ruqyah dibaca oleh guru /ustaz ataupun mereka yang pakar dalam rawatan Islam ini.

3) jangan pegang mangsa. Jika anda pegang mangsa, mangsa akan meronta2 dengan lebih kuat lagi. Sebaliknya jika mangsa tidak meronta usah dipegang mangsa. jangan dikerumuni dan jangan buat bising di sekelilingnya.

4) Jika mangsa berada dalam surau, jangan biarkan ia mendengar bacaan ayat suci samada daripada imam ataupun cd/ corong mikrofon. Tutup mikrofon. Jangan gunakannya lagi. Asingkan mangsa di suatu sudut yang jauhh daripada orang lain.Biarkannya sendirian hingga tiba bantuan. Suruh murid2 yang lain pulang ke asrama mereka.

Awas dan ingatlah buat para guru/warden ataupun ustaz....jangan suruh murid2 bacakan ruqyah ke atas mengsa, kerana murid itu belum cukup ilmu lagi untuk menentang jin dan syaitan. Serah lah pada pakar untuk merawatnya. Yang penting ikuti langkah2 yang abi kongsikan tadi. 

wallahu'alam.


 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.