Friday, October 31, 2008

Warna warni RIMUP


RIMUP adalah singkatan daripada Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan. Ia nya diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum di sekolah ini. Di sekolah terdapat pelbagai kaum seperti Iban, Melayu, Melanau, Cina, Kenyah, Long Bawang, Eurosia, Kedayan dan sebagainya. Justeru SM Sains Miri telah membuat aktiviti berbentuk permainan kampung @ tradisional yang melibatkan pelbagai kaum.



Antara permainan yang diadakan seperti sepak raga bulatan, menyumpit, menganyam ketupat, jala atas bata, merebut kerusi, membuat wau dan main batu seremban dan congkak. Pelajar nampak seronok dengan permainan yang diadakan.
cikgu Safari sedang menyumpit sambil diberi tunjuk ajar oleh cikgu Hisham

Dalam Al quran Allah Ta'ala sendiri telah menggalakkan percampuran dan perpaduan antara kaum. Firman Allah yang bermaksud :

Wahai manusia! sesungguhnya aku telah jadikan kamu terdiri daripada lelaki dan perempuan dan aku jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak untuk kamu saling kenal mengenali antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa di kalangan kamu.

Tuesday, October 28, 2008

Demam Durian


Kali ni nak berbicara pasal demam durian. Ye lah di Miri kinek tok (sekarang ni) sedang mabuk dengan lambakan buah duriannya. Ada RM5-RM8 sekilo. Abi dan ummi walaupun tak berkesempatan untuk makan durian di Kelantan tempohari tapi syukur alhamdulillah kerana di Miri ni baru nak menjadi duriannya....terubatlah rasa rindu di hati nak makan raja buah ni. Memang abi ni raja buah gak....yang paling bestnya bila buat pulut durian....

Teringat masa kat SMKA suatu tika dulu di tingkatan empat....warden-warden menjamu kami dengan pulut durian. durian ketika tu tak menjadi harga lagi (murah sangat) hinggakan boleh capai RM10 satu guni. Memang kami makan sakan....

Monday, October 27, 2008

Budak kampung Bakam



Ahad lepas abi dan 2 hero pergi jalan ke Sk Kampung Bakam. pergi tengok bebudak sekolah main sukan tahunan. kebetulan hari tu hujan lebat. So tengok dalam kereta ajelah. Hujan berhenti baru turun.

Seronok abi bila tengok bebudak tu dok berbaris atas padang. Padang yang basah kena air dah jadi becak. Apalagi bebudak main air atas padang. Teringat juga abi masa jadi budak sekolah suatu ketika dulu. Abi pun sekolah kampung juga. Seronok sangat bila dapat main hujan bersama kengkawan. Mungkin saat sebegini tak dapat dirasakan bagi generasi sekarang ini....maklumlah budak bandar....bukannya budak kampung.

lagi gambar di http://abuwijaz.fotopages.com

Saturday, October 25, 2008

Majlis Graduasi ilmu 08




Tanggal 25 Okt SM Sains Miri telah mengadakan MGI di Dewan Sri Pahlawan. Seramai 70 orang pelajar yang bakal menduduki SPM telah diraikan dalam majlis ini. VIP dalam majlis ini adalah En.Awang @ Ibrahim Ahmat dari PPG Miri. Majlis yang diadakan dengan cukup meriah turut dihadiri oleh YB Tuan Hj. Hasbi (Adun Limbang) kerana anaknya juga bakal calon SPM.

Tahniah kepada mereka yang telah bergraduasi ! Moga SPM anda cemerlang....Amin

untuk melihat byk gambar lg boleh layari http://abuwijaz.fotopages.com

Thursday, October 23, 2008

Nasyid Amal Luak


Teringat kepada sahabat seperjuangan dalam Yayasan Amal. Lalu dikepilkan bersama gambar semasa menyambut Aidilfitri pada tahun lepas di sebuah hotel. Gambar di atas adalah abi bersama kawan-kawan yang kebanyakannya satu taman @ kawasan berdekatan yg mana kami diminta untuk mendendangkan lagu nasyid. So, apa lagi yg ditunggu hentam sajalah lagu Amal lillah dan sajak Syed Qutb.

Cuma ahli kami telah berkurangan hari ini kerana Ust Mohd Kamil dan isterinya telah menyambungkan pelajarannya di UKM. Ust Afendi pun begitu juga. Malahan kami berharap kepada kawan-kawan (tak kira apa-apa latar belakang) agar dapat bersama kami dalam membantu masyarakat setempat khususnya di Miri ini. Marilah kita bantu golongan seagama dengan kita. Kesianlah kepada mereka ....kalau bukan KITA nak bantu mereka SIAPA lagi...kalau bukan sekarang untuk join kami BILA lagi ??tepuklah dada buatlah muhasabah !

Wednesday, October 22, 2008

Muqabalah Syakhsiah

Hari ni ummi bangun awal seawal 4 pagi walaupun malam tadi ummi tidur lewat dek kerana menelaah 'jaridah annabaul yaumi' (berita harian). Muka ummi nampak tenang saja walaupun dia tak cukup tidur. Jam 10 pagi ini ummi ada temuduga ke perlantikan tetap DG 41. Kalau dia lulus temuduga tu InsyaAllah ummi akan bergelar "Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah". Moga urusan ummi untuk temuduga hari ni dipermudahkan Allah. Amin. Jangan menggelabah ummi ya!

Tuesday, October 21, 2008

Vitagen





Dikongsikan hari ini adalah minuman iaitu vitagen. Ia adalah minuman kegemaran anak abi Wildan dan Jazlan. Setiap kali abi balik dari kerja mesti mereka akan tanya abi ada tak air vitagen. Memang kalau dalam masa satu minggu tu, abi akan belikan untuk mereka ni air vitagen. Alhamdulillah kedua-dua anak abi sehingga sekarang ni, belum ada mendapat penyakit-penyakit yang serius. Kalau demam pun, cuma dua hari dalam setahun. Bukan nak bangga tetapi itulah hakikatnya kami menjaga kesihatan anak-anak. Kami sanggup mengeluarkan duit adalah semata-mata untuk melihat anak sihat semasa mereka kecil. (kalau sakit waktu kecil, kesian pd mereka sebab mereka tak dapat nak lahirkan kesakitan melalui perkataan.


Dikongsikan di sini beberapa info tentang vitagen.


Adakah Vitagen sesuai diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun?

Ya. Vitagen boleh diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun atau kepada bayi-bayi telah dilahir beberapa bulan bergantung kepada kesihatan bayi-bayi dan keadaan najisnya. Mula dengan sedikit Vitagen yang dicairkan dengan air suam (sebagai contoh: satu sudu Vitagen dicairkan dengan dua sudu air suam).

Tujuan memberikan Vitagen kepada bayi-bayi adalah untuk membekalkan mereka dengan laktobasilus yang hidup dan bukan untuk mengganti susu ibu atau susu formula/rumusan.


Bimbang dengan kanak-kanak minum minuman sejuk ?

Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka minum minuman sejuk, boleh mengeluarkan Vitagen daripada peti sejuk sebelum anak-anak mereka makan. Apabila anak-anak mereka habis makan, suhu Vitagen sudah hampir sama dengan suhu bilik.


Bimbang dengan kanak-kanak yang sedang batuk ?

Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka yang sedang batuk, adalah dinasihati bahawa semua jenis minuman sejuk tidak sesuai diminum. Akan tetapi Vitagen boleh diminum apabila sudah diambil keluar daripada peti sejuk selama ½ jam


Adakah Vitagen Cuma untuk kanak-kanak ?

Setiap orang tidak kira umurnya boleh menikmati manafaat Vitagen. Ia adalah minuman berkhasiat untuk sekeluarga.

Sunday, October 19, 2008

Le tour de Suai

Dok cekah "raja buah"

bersama anak-anak Ust Rushdi

isi durian yang cantik

rumah ladang

Pagi ahad kami sefamili pergi ke Suai. Ada hal berkaitan bibik kami. Dia mahu ambil duit daripada ejen yang membawanya ke sini. So kami pergilah ke sebuah rumah yang terletak dalam ladang sawit di Suai.

Sebaik habis urusan di sana, kami pergi ke rumah Ust Rushdi tak jauh dari situ untuk jalan-jalan raya. Alhamdulillah rezeki kami murah dijamu kami dengan " Raja Buah ".....

Firman Allah SWT:

كلوا واشربوا ولا تسرفوا ...

makanlah dan minumlah dan janganlah kamu membazir...

Saturday, October 18, 2008

Bertani di belakang rumah




Waktu petang setelah penat hilang daripada duty pada paginya, abi ajak wildan dan jazlan untuk bertani dan membersihkan kawasan belakang rumah. Adalah sikit-sikit sayur termasuk lengkuas dan serai ditanam di belakang rumah. Sekurang-kurangnya dah safe duit untuk beli barang tu.

Sabda Nabi saw yang bermaksud:

" berkerjalah kamu untuk dunia seolah -olah kamu akan hidup selamanya dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok "

Friday, October 17, 2008

Ramah Tamah Aidilfitri JAIS


Semalam abi bersama PK HEM (Ust Mohd Azhar) & Pengetua (Pn. Lily) pergi ke Jamuan Aidilfitri di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Majlis jamuan dimulakan pada jam 10.30 pagi. Turut hadir di majlis tersebut ialah pegawai-pegawai dari jabatan-jabatan lain di Miri.

Open House


Semalam abi sefamili menghadiri open house di kediaman Dr. Khairi dan Dr. Radziah. Ramai sekali mereka yang hadir hinggakan terpaksa parking kereta jauh dari rumah. Untuk pengetahuan, isterinya, Dr. Radziah nak ambil cuti 4 tahun. So, dia nak bercuti di Johor. Si Dr. Khairi pula mohon untuk pindah. Maybe akhir tahun ni jelah tahun terakhir buat doktor.

Selamat bertugas di tempat baru doc. Kenangan abi bersamamu begitu manis sekali. Moga kita bertemu lagi.....

Wednesday, October 15, 2008

Ulam pucuk Ketereh




Petang semalam abi dan ummi jalan-jalan cari sayur di Tamu Kedayan (pasar). Tengah tengok-tengok tu, maka terserempaklah dengan ulam pucuk ketereh (gajus). Ada satu ikat saja lagi. Terus diambil walaupun harganya RM2 seikat. Lama sudah rasanya tak makan ulam macam ni. Antara favourite ulam abi ni. Nak makan macam mana? Kalau orang Kelantan, mereka akan makan dengan mencicahnya ke dalam budu. Fuhhh! bestttt! Banyak khasiat makan ulam ni..

selamat mencuba.

Monday, October 13, 2008

Salahkah Berbahasa Inggeris ?



Semalam ketika berjalan menuju ke kelas, abi terserempak dengan salah seorang pelajar non muslim. Abi sapanya dengan " how are you ?". Dia jawab sambil tersenyum "fine Ustaz"...
"Why are you smile to me?" abi mula menggunakan broken English Phua Chu Kang..
"No ustaz, Ustaz speak English" jawabnya lagi.
"Why?Ustaz can't speak English ? tanya abi lagi...tersenyum dia + sengih memanjang...
tidak berapa lama kemudian.....
"just kidding ustaz"..sahutnya.

Situasi di atas walaupun dalam keadaan yang simple, tapi ia cukup bermakna buat diri abi. Masyarakat hari ini memandang dan melihat ustaz/ustazah adalah kurang mahir berbahasa Inggeris. (maaf!jika pendapat ini salah). Abi tahu di sana masih ada lagi yang tahu berbahasa Inggeris dengan lancar, tetapi ianya tidaklah seramai sangat. Ramai lagi yang masih lemah berbahasa Inggeris. Tidak dapat disangkal lagi graduan daripada Timur Tengah termasuklah Jordan dan Mesir amat ramai sekali di Malaysia ini.

Jadi saranan abi pada diri abi dan mereka ini agar marilah kita memahirkan diri kita dalam apa bahasa sekalipun. Lagi banyak berbahasa lagi banyak kita mengenali budaya ! Bukan bermakna kita ego dan ingin memartabatkan bahasa lain,,,jauh di sudut hati, tapi atas niat ingin belajar ilmu-imu Allah

Pada abi, ustaz dan ustazah yang ada hari ini dah mampu berbahasa Arab dengan lancar, so apalah salahnya jika mem"improve"kan diri untuk maju dalam bahasa Inngeris pula. Tak salah belajar Bahasa Ingeris. Kan Nabi kita suka kepada Salman Al Farisi kerana banyak belajar bahasa !

abi: sekarang ni abi tengah belajar bercakap Mat Saleh dengan student-student yang datang jumpa ustaz untuk sebarang urusan

Saturday, October 11, 2008

Salji di Mafraq

kereta pun ditutupi salji.Memang sejuk giler nih!!

bangunan yang berwarna coklat tu adalah asrama pelajar


salji meliputi pokok-pokok zaitun

Hari ni abi nak paparkan gambar salji tempat abi belajar Universiti Al Al Bayt,Jordan suatu tika dulu. Memang best rasanya bila salji turun. Pernah suatu malam, bila abi terdengar di stesen tv salji nak turun, abi dan ummi tunggu untuk lihat salji turun. bestttttt!!

sumber gambar: http://hamba66.fotopages.com

Friday, October 10, 2008

Didikan pertama

Semalam abi dan ummi melatih "Jazlan" untuk tidak pakai pampers. Rasanya dah cukup untuk adik Jaz berseluar saja tanpa cawatnya. Dulu, si abangnya wildan tak pakai cawat umur 4 tahun. Tapi abi nak ajar adiknya seawal 3 tahun. Lagipun Jaz dah pandai cakap.

Hari pertama, abi dan ummi diuji dengan kehadiran "makhluk bertompok coklat" di atas tangga rumah. Ketika itu, abi sedang bersolat Maghrib. Belum sempat menghabiskan rekaat pertama, tetiba si Wildan bagitau Jazlan sudah melepaskan hajatnya....

hua...hua....hua...terpaksalah dibatalkan solat. Takut keadaan menjadi lebih parah lagi.

Beginilah caranya untuk mengajar anak supaya tak pakai pampers. Ada orang tu..mendidik anaknya tak sampai 1 minggu, anaknya dah pandai cakap untuk buang air kecil atau besar. Kalau Wildan dahulu seingat abi 1 minggu lebih.

Untuk ibubapa yg mahu ajar anak mereka, selalu lah bertanyakan anak mereka setiap 10 minit - 15 minit untuk pergi buang air kecil. Pandai-pandailah memujuk mereka untuk masuk ke tandas. Gunakanlah bahasa-bahasa atau gurau senda dengan "burung" mereka tu supaya mereka mahu ke tandas.

Wednesday, October 8, 2008

Puasa 6 hari bulan Syawal

" Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti selepasnya 6 hari di bulan syawal, seolah-olah dia berpuasa setahun " - Riwayat Muslim.

Bila diriku nak puasa enam syawal ?
masihkah aku ghairah dengan makanan yg enak-enak ?
Maklumlah puasa dah habis...rasanya nak makan sepuasnya...
Makanan raya kat rumah masih berbaki lagi
Kalau aku puasa....tak dapatlah makan...
ada kek lapis,maruku,semperit dll
semuanya aku suka...

Tapi...
Bila aku nak mula ??
Tunggu syawal melabuhkan tirainya??
Pada masa tu
Barulah aku terkial-kial nak puasa

Kalau tak puasa
Malu pada kawan-kawan
Takut ditanya kawan puasa atau tak...
kenapa tak malu pada Allah ek?

sekadar muhasabah diri yg lalai....

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun

Selamat menduduki peperiksaan akhir tahun !! Exam untuk tingkatan 1 & 2 akan bermula pada 10 Oktober ni dan tingkatan 4 bermula pada 7 Oktober yg lepas.

Sekadar peringatan untuk anak-anak pelajar sekelian;
1) anda semua tidak dibenarkan ke tandas semasa exam sedang berjalan.
2) kalau didapati meniru atau cuba-cuba untuk meniru, markah yg anda dapat adalah kosong.
3) tidak dibenarkan tidur semasa exam sedang berjalan. (kalau tidur,,,,abi akan saman)

Tips peperiksaan:-
1) minta supaya ibubapa doakan untuk kita. Telefonlah mereka.
2) Minta doa juga daripada guru. Minta restu mereka.
3) Solat hajat selalu. Solat pada waktu malam untuk minta kejayaan.
4) Jangan bermain aktiviti-aktiviti yg lasak. Takut kejadian tak diingini berlaku.
5) Tidur yang mencukupi. kalau tak cukup tidur, fikiran akan terganggu.
6) Check semua peralatan exam seperti pen, pensil dan lain-lain.

Monday, October 6, 2008

Tahu atau jahil agama



Sepanjang bulan syawal ini, banyak abi berjalan di rumah kawan atau kenalan. Apa yang dapat diperhatikan dan disimpulkan tentang kemeriahan berhari raya di Miri dari sudut agama beberapa perkara:

1) Bersalam-salaman : fenomena ini adalah suatu yang baik dalam agama tetapi ianya tidak menepati hukum syarak. Kedapatan muda mudi lelaki dan perempuan (bukan muhrim) bersalam-salaman antara satu sama lain. Ini amat ditegah dan dilarang dalam agama. Situasi ini bukan terdapat di Miri sahaja bahkan di seluruh negara. Ianya dibuat adalah dengan alasan berhari raya, jadi tak mengapelah bersalaman dan bermaaf-maafan. Setakat yang abi tau dibenarkan bersalaman antara lelaki dan perempuan , jika salah seorang daripada mereka sudah tua (sangat tua/tiada nafsu). Itu adalah sebahagian pendapat ulamak sahaja. Ada juga ulamak yang mengharamkan bersalaman kerana ia boleh membawa ke arah maksiat.

2) Main mercun/ bunga api: Kalau raya tak sah kalau tak main mercun atau bunga api. Seolah dah jadi adat. Perlu diketahui ia adalah suatu bentuk pembaziran. Main bunga api berdozen-dozen seolah - olah membakar duit. Begitu juga dengan main mercun, ia adalah amat merbahaya kerana boleh mencederakan diri sendiri dan orang lain. Bunyi mercun yang kuat pun boleh mengakibatkan gangguan dan kemarahan orang lain apatah lagi jika mereka ada anak kecil.

3) Ziarah menziarahi: amalan ini adalah amalan terpuji. Malangnya sebahagian daripada mereka ang abi fikir jahil tentang agama melakukan amalan ini dengan menziarahi pada waktu yang kritikal seperti pada waktu maghrib. Sepatutnya pada waktu ini berilah masa kepada tuan rumah untuk berehat dan beribadat kepada Allah pada waktu sejam itu. Makin lewat senja, maka makin ramailah yang keluar untuk ziarah. Kan Nabi ada kata bahawa waktu sebegini tak elok keluar sebab syaitan mula berkeliaran !

4) Menonton Tv / rancangan hari raya: aduh!!! sepatutnya hari raya diisi dengan amalan berfaedah seperti menziarahi sanak saudara atau kubur. Tapi ada juga dikalangan kita yang memilih untuk menonton rancangan di tv.


Sunday, October 5, 2008

Eid 5


Wildan & Jazlan bersama anak Ust Zaimi & Ust Ismail


Eid kelima ramai lagi kengkawan satu taman yang datang rumah abi. Datang mauk tengok rumah abi yang baru didiami. Termasuklah yang datang cikgu Amir & Ustaz Ismail. Sakan benar abi raya tahun towk !!

Saturday, October 4, 2008

Eid ke 3

posing sekejap,,,sementara menunggu ummi berkemas pakai baju...Eid ke 3 ni, nak pergi beraya ke rumah Ustazah Rokiah di Bekenu.

Ini rumah mak ustazah Rokiah.Rumah ini dibina pada tahun 1993. Struktur bangunannya masih elok lagi. Masih mengekalkan ciri-ciri rumah Melayu-Kedayan.

Thursday, October 2, 2008

Eid ke 2

sebelah petang si Arni dan family datang rumah

Hari kedua kami pergi jalan ke rumah bos kami (Puan Lily), Puan Norsiah dan sahabat-sahabat (cikgu Abdullah & Ust Fariza). Perut abi meragam, sebaik makan laksa sarawak di rumah bos....dalam perjalanan pulang....prittttttt.....ciritttttttt.......biritttttttttt..hu hu hu nasib badan...mungkin dah bercampur banyak air gas dalam badan....ada pepsi,cola,oren, fanta dll..singgah di Petronas kejap untuk buang 'sesuatu' yang tak sabar-sabar nak kluar...

# orang Sarawak ni, mereka akan hidangkan air bergas kepada tetamu yang datang berbeza dengan orang di semenanjung hidangkan air sirap...

Wednesday, October 1, 2008

Riang ria Eidulfitri 2008

hero abi bergaya ngan pakaian raya

merahnya mak ngah..semua pakai merah. Tema raya tahun ni kot...mcam puteri Umno.hi hi.

Ini Ling Mee Yu, kawan abi satu taman. Datang juga dia beraya ngan kami.
kengkawan yang mai umah untuk beraya. Jaga perut tu..jangan sampai cirit birit
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.