Dikongsikan hari ini adalah minuman iaitu vitagen. Ia adalah minuman kegemaran anak abi Wildan dan Jazlan. Setiap kali abi balik dari kerja mesti mereka akan tanya abi ada tak air vitagen. Memang kalau dalam masa satu minggu tu, abi akan belikan untuk mereka ni air vitagen. Alhamdulillah kedua-dua anak abi sehingga sekarang ni, belum ada mendapat penyakit-penyakit yang serius. Kalau demam pun, cuma dua hari dalam setahun. Bukan nak bangga tetapi itulah hakikatnya kami menjaga kesihatan anak-anak. Kami sanggup mengeluarkan duit adalah semata-mata untuk melihat anak sihat semasa mereka kecil. (kalau sakit waktu kecil, kesian pd mereka sebab mereka tak dapat nak lahirkan kesakitan melalui perkataan.
Dikongsikan di sini beberapa info tentang vitagen.
Adakah Vitagen sesuai diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun?
Ya. Vitagen boleh diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun atau kepada bayi-bayi telah dilahir beberapa bulan bergantung kepada kesihatan bayi-bayi dan keadaan najisnya. Mula dengan sedikit Vitagen yang dicairkan dengan air suam (sebagai contoh: satu sudu Vitagen dicairkan dengan dua sudu air suam).
Tujuan memberikan Vitagen kepada bayi-bayi adalah untuk membekalkan mereka dengan laktobasilus yang hidup dan bukan untuk mengganti susu ibu atau susu formula/rumusan.
Bimbang dengan kanak-kanak minum minuman sejuk ?
Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka minum minuman sejuk, boleh mengeluarkan Vitagen daripada peti sejuk sebelum anak-anak mereka makan. Apabila anak-anak mereka habis makan, suhu Vitagen sudah hampir sama dengan suhu bilik.
Bimbang dengan kanak-kanak yang sedang batuk ?
Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka yang sedang batuk, adalah dinasihati bahawa semua jenis minuman sejuk tidak sesuai diminum. Akan tetapi Vitagen boleh diminum apabila sudah diambil keluar daripada peti sejuk selama ½ jam
Adakah Vitagen Cuma untuk kanak-kanak ?
Setiap orang tidak kira umurnya boleh menikmati manafaat Vitagen. Ia adalah minuman berkhasiat untuk sekeluarga.
4 comments:
salam
duk wak gapa sarawak lama-lama.
kelik lah..........
ore saawak masih perlu ko kawe lagi...kure ore nak wat kerja2 dakwah sini...demo balik dah!!pendi balik dah !meri rejab balik dah...sapo lagi nak harap??kawe harap ko diri kawe saja lah
alos la.. sadis nya.. takpo dema ada Allah sama.. zojah ada sbg penguat (segala2).. hehe.. ank2 sumber inspirasi.. sahabat2 baru yg bkn calang2.. ana perhati enta byk sumbangan kpd masykt akhi.. tahniah, dan teruskan perjuangan.. ana ni tak laku.. baru cuba nak cari diri..
se lagi utk kuat, ekonomi kena kuat. anta ada modal blh invest kat public mutual. mun mauk, jgn lupa contek ana. hihi
wassalam.
p/s: rakan karib anta tu dah ada blog sdiri :)
Assalam..maaf klu x keberatan nk tumpang iklan..kebetulan terbaca blog anta ni..sy distributor vitagen sekitar KL dan brdekatan kg.baru. berminat nk order utk minuman harian atau utk majlis blh hubungi sy 012-9518535. Penghantaran terus ke rumah jika order byk. Harga murah..dijamin fresh dr kilang. Tq TT
Post a Comment