Tuesday, November 25, 2008

Timer Lampu


Semalam dok berbicara tentang ayat pagar rumah. Hari ni pula nak cerita tentang "timer lampu". Dalam Kecanggihan teknologi hari ni, macam-macam perkakas elektrik termasuklah timer lampu yang dapat membantu tuan rumah membuka lampu secara automatik. Alat kecil yang sebesar tapak tangan ini dijual dengan harga RM 45. Murah kan?

Timer lampu ini boleh diset mengikut kesesuaian waktu kesukaan kita, jam berapa lampu akan dibuka dan dipadamkan. Ianya dapat mengontrolkan sehingga 3 biji lampu. Tak mahu guna lampu pun boleh juga guna tv atau radio.

Bagi mereka yang selalu meninggalkan rumah (balik kampung) dan ingin lampu rumahnya terpasang dengan sendirinya (tanpa menyusahkan jiran) eloklah pakai benda ni. Sekurang-kurangnya pencuri takut nak masuk rumah kerana dia rasakan ada orang kerana lampu menyala !

Selamat mencuba.

Monday, November 24, 2008

Ayat Pendinding Rumah


Kali ni nak kongsikan ayat pendinding rumah bagi mereka yang selalu meninggalkan rumah samada untuk urusan kerja atau balik kampung. Ianya diamalkan selepas menunaikan solat maghrib. Caranya ialah :

1) baca ayat Kursi sebanyak 1 kali dan diniatkan / dibayangkan ada tembok yang tinggi di hadapan rumah kita.
2) kemudian diniatkan pula ada tembok yang besar dan kuat di belakang rumah kita pula sambil membaca ayat Kursi.
3) Begitulah seterusnya dibaca ayat kursi itu untuk setiap arah / tempat seperti kiri, kanan, atas dan bawah.

Kita hanya berikhtiar dan Allah yang menentukan. Yakinlah dengan ayat Allah.
Selamat mencuba!

Saturday, November 22, 2008

Senaman Yoga Haram




PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan, yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

Oleh itu, katanya, ahli majlis itu memutuskan apa juga jenis dan bentuk amalan yang mengandungi unsur sedemikian dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.

sumber: Berita Harian

Senaman di pagi Jumaat


Ini kerja abi. dok snap makro gambar bunga sampai peluh!

ketam angin dah dapat ditangkap oleh kami. Ia dah tak daya nak lari.letihhhh...tu sebab abi dapat ambik gambar dia.

Pagi Jumaat yang lepas abi sefamili + bibik pergi ke pantai Espalanade. Hajat di hati mau buat senam. Senaman kami tak sama macam orang lain buat. Takde pun dicakapkan oleh guru PJ. senaman kami ialah cari "ketam angin" dalam lubang dan kejar sampai dapat. Mungkin anda semua perlu mencuba senaman jenis ini dan rasakan keseronokannya .

Friday, November 21, 2008

Menghitung hari


Abi rasakan macam tak sabar-sabar lagi nak balik ke kampung halaman. Kampung yang di kelilingi dengan pokok-pokok sawit yang menghijau….Ya ! abi anak peneroka felda. Felda Kemahang Dua, Tanah Merah.

Sejak seminggu lepas abi asyik mengangkut kengkawan ke epot yang nak balik ke semenanjung. Maklumlah rumah dekat ngan epot. Lagipun memang dah sifat abi yang suka nolong orang (riak sikit)…Bila kita tolong orang InsyaAllah suatu masa nanti bila kita susah orang lain pula tolong kita…

Ummi dah sibuk pergi ke bandar ngan abi untuk shopping buat mak dan ayah di Kelate. Habis barang dibelinya untuk buat souvenir kepada sanak saudara termasuklah tikar. Bukan tikar sembarangan tau! Tikar kayu. Made in Indon. Kain sarung Sarawak pun ummi beli juga untuk mek dan mak sedara…Tak sabar rasanya nak balik Kelate pada 25 Nov ni. Maklumlah setahun sekali je kami balik.


Kali ni abi dapat tiket tambang percuma daripada sekolah. Tahun lepas kami tambang sendiri. Kalau nak dikira jumlah tambang tahun ni dekat-dekat RM 7 ribu gak termasuklah bibit Indon kami. Tahun ni abi belikan tiket untuk bibit je memandangkan abi tak sempat buat permohonan untuk tiket bibit. RM 1,400.00 beb! Untuk satu harga tiket pergi dan balik….fuh!

Wednesday, November 19, 2008

Wahai sang suami berhiaslah !

Biasanya yang selalu kita dengar adalah “wahai sang isteri berhiaslah untuk suamimu”. Jarang kita dengar suami berhias untuk isterinya. Islam amat menitik beratkan hubungan kasih sayang dan kemesraan antara suami dan isteri. Lantaran itulah disuruh isteri berhias untuk suaminya. Ini tidaklah bermakna si suami tidak perlu berhias untuk isterinya. Si suami juga harus memainkan peranannya dengan berhias dan tampil kacak di hadapan isterinya.

Alangkah ganjilnya jika si isteri berhias dengan memakai pakaian yang cantik-cantik disertai dengan wangi-wangian tetapi si suami pula tampil dengan baju “pagoda”nya dan berpelikat sampai paras lutut sahaja. Ataupun si suami hanya memakai kain pelikat dan tidak berbaju dan mempamerkan bulu ketiaknya serta wangian ketiaknya yang masam !

Ayuh berubahlah wahai sang suami. Suami mahu melihat isterinya cantik dan menawan di hadapannya tetapi dia tidak kacak dan handsome di hadapan isterinya. Buanglah perasaan “ tak apa tak pakai smart pun dalam rumah, tiada siapa yang nampak. Isteri aku je yang nampak “.

Hayatilah kata sahabat Nabi saw : “ aku suka berhias untuk isteriku sebagaimana dia juga suka berhias untukku “.

Inilah sikap yang perlu ada dalam kehidupan berumahtangga yang mana suami isteri tahu peranan masing-masing. Jika keadaan seperti ini diamalkan InsyaAllah rumahtangga yang dibina akan bahagia. Maka di sana akan lahirlah rumahku syurgaku.

Tuesday, November 18, 2008

Hari Graduasi Ahmad Wildan

Mnerima sijil daripada pegawai dari Jabatan Perpaduan Negara

Wildan bersama kawan-kawannya membuat persembahan

Isnin (17 Nov): Jam 2.45 petang abi mengahdiri Hari Penyampaian Sijil Tadika di sekolah Wildan. Walaupun Wildan dah lama tak ke tadika tapi syukur hari tu dia mahu pulak ke sana. Dah lama Wildan tak ke tadika sejak bulan 4 yang lalu. Terima kasih kepada cikgu Edawati dan cikgu Jauwiyah kerana mendidik dan mengajar Wildan hingga mampu menulis a b c dan mewarna dengan baik. Nak harapkan abi dan ummi, memang kami tak larat ! syukran cikgu....

Monday, November 17, 2008

Cotton Buds


Kali ini abi nak cerita tentang cotton buds. Semua orang kenal tentang benda tu. Ia digunakan adalah untuk menyungkil "tahi telinga" yang ada dalam telinga. Tapi anda perlu ingat bahawa tak semua cotton buds selamat untuk digunakan.

Suatu hari tatkala abi duty warden (tahun 2002) pada waktu itu datang seorang pelajar ke bilik warden mengadu tentang telinga. Telinganya tersumbat dengan cotton buds. Mungkin pelajar tersebut begitu asyik "melombong" bijih timah hingga tercabut cebisan kapas pada hujungnya dan melekat ke dalam telinga. Nasib baiklah pelajar tersebut tak rasa sakit. cuma dia rasa rimas sikit sebab ada kapas dalam telinganya.

Lantas abi bawa budak itu ke hospital......
The moral of the story: jangan asyik melombong hingga lupa dunia...dan pilihlah cotton buds yang berjenama. Jangan beli yang murah spt 50 sen satu paket.

Saturday, November 15, 2008

Mengapa alergic usrah ?


Dah lama rasanya aku nak tulis artikel pendek ini. Sekadar untuk peringatan diriku dan sahabat-sahabat seperjuangan dan juga mereka yang menggelarkan diri mereka pejuang agama Allah dan ingin melihat Islam itu terpancar seantero dunia.

Mengapa takut nak berusrah? Adakah usrah ini tak bermanfaat ? Takut kehabisan minyak motor atau kereta ? Kesian kan anak dan isteri ditinggalkan ? Sibuk dengan tugas dunia hingga tiada masa berusrah ?

Sepatutnya persoalan -persoalan sebegini harus diketepikan bagi kita yang mengaku pejuang agama Allah dan mereka yang bercakap berkobar-kobar tentang ISLAM. Banyak di kalangan kita yang berkobar-kobar dan "hamasah" tentang Islam tetapi apabila diajak untuk berusrah pelbagai alasan yang keluar daripada mulut mereka. Dengan erti kata lain mereka tidak mahu join usrah. Tetapi sebaliknya apabila diajak untuk pergi bersiar-siar ke tempat-tempat menarik ataupun bermain apa-apa permainan yang dia suka,,,terus tidak menolak. Mengapa fobia untuk berusrah ?

Renungilah sejarah silam baginda Rasulullah saw pun berusrah dengan para sahabatnya. Di situlah baginda mengalirkan ilmu-ilmu Islam kepada sahabat-sahabatnya. Begitu juga dengan para sahabat sesama mereka pun ada berusrah.

Untuk apakah berusrah ? Mungkin inilah yang perlu abi kongsikan dengan yang lain:

1) dapat bertukar-tukar pendapat dan mecari kata putus dalam sesuatu masalah.
2) dapat menimba ilmu daripada mereka yang lebih arif dan alim daripada kita.
3) melatih diri untuk bercakap dan menyuarakan pendapat.
4) usrah dapat membina kekuatan ukhuwwah Islamiah sesama kita.
5) dalam usrah kita dapat mendengar nasihat dan peringatan sekaligus ianya merupakan muhasabah diri. Bayangkan kalau diri kita tidak dimuhasabah selama 1 tahun ! dan bayangkan juga kalau diri kita sentiasa dimuhasabah 2 minggu sekali !
6) dengan usrah dapat membentuk organisasi dan kesatuan yang besar. Pernah abi dengar sebuah kumpulan usrah dapat membentuk syarikat perniagaan yang besar. Segala-galanya bermula dengan usrah.
7) Bagi orang alim atau ustaz, usrah adalah salah satu daripada cara untuk mengalirkan ilmu yang ada di dada. Adakah anda ustaz atau orang alim ? atau anda berjaya menghabiskan kitab "al Iqna" or "Riadhus solihin" di universiti ketika dulu tapi kini terkubur begitu saja ??

Thursday, November 13, 2008

Pesanan Buat Anak-anak Pelajar




Musim cuti dah pun bermula. Tapi ingat janganlah enjoy sangat dengan cuti. Belajar harus ada dalam musim cuti ini. Pergunakanlah masa yang terluang dengan membuat homework yang diberikan guru. jangan asyik terperap je depan tv dan dok layan mata untuk tido.....




Buat anak -anak didik abi yang ambil Arab tu especially form 1 & 2 usahakan lah untuk buat folio arab tu. Bagi form 1, sila cari gambar tidak kurang daripada 20 jenis buah-buahan dan namakannya dalam Bahasa Arab dan Melayu. Bagi form 2 pula, carikan pula 20 gambar pengangkutan (tidak kurang) dan namakannya dalam Bahasa Arab dan Melayu.

Salam Jamaie...See You next year..2009







hari ni adalah hari terakhir persekolahan. Selepas bebudak buat pembersihan di asrama dan kelas, diadakan majlis bersalaman antara pelajar dan guru.

Maaf dipinta

Ya Allah lama dah rasanya tak update blog ni....abi dah seminggu demam. Siang demam, malam sejuk badan...tu lah nak ngadap komputer pun dah malas. Ditambah pula dengan anak abi si jazlan dan wildan pun kena demam juga...

Sekali sekala elok juga kena demam ni. Orang kata kalau tak demam nanti jadi firaun sebab tak pernah demam dan sakit. So, kalau sakit tu tandanya Allah sayang pada kita. Dan itulah salahsatu daripada cara dia nak naik darjat kita di sisiNya melalui kesabaran kita.

Monday, November 10, 2008

Majlis Tahnik


Sabtu (8 Nov): Abi dijemput menghadiri Majlis Tahnik (bercukur) dan kesyukuran kepada pasangan Syahrul dan Nordalina. Atas penghormatan yang diberikan abi membelah @ mentahnik Afif Sidqi dengan buah tamar. Semoga Afif menjadi anak soleh dan berbakti kepada kedua ibubapa dan agama.

Sunday, November 9, 2008

Pertandingan Reka Cipta

panel hakim yang terdiri daripada pengetua dan penolong kanan.

Pelajar rumah Delta bersama hasil projeknya (bandar impian/moden)

bersiap sedia untuk melancarkan roket

Sabtu (8 Nov) telah diadakan pertandingan reka cipta roket trajektori, payung terjun, bandar moden, dan model kapal terbang. Ia dicipta oleh pelajar-pelajar tingkatan 3 dibawah seliaan guru masing-masing.

Saturday, November 8, 2008

Makan Malam Perdana



Makan malam perdana adalah merupaka acara tahunan SM Sains Miri. Ia melibatkan semua guru, pelajar dan staf sekolah. Dalam majlis ini juga diumumkan pemenang (rumah) sepanjang sesi 2008. Tahniah kepada rumah Omega kerana menang! Mereka akan mendapat baju t shirt.

Thursday, November 6, 2008

Kebaikan Al fatihah dan Al Ikhlas

Bismillahi-Rahmanir-Rahim.

Assalamualaikum saudara dan saudari, Nama saya Mohammad Farid A. Hamid ( faridh63@yahoo.com , telemerit@gmail.com ) Ini adalah pengakuan dan pengalaman saya. Setakat ini saya telah memberitahu kepada kawan-kawan rapat serta saudara-mara rapat sahaja. Saya harap dengan pengakuan ini, dapatlah pengetahuan ini disampaikan kepada lebih ramai Muslimin, dan dengan itu juga berkurangan lah beban saya untuk menyampaikan. InsyaAllah dapat melepaskan diri saya dari tanggungjawap ini, sekurang-kurangnya.
Pada masa saya berumur 13 tahun, saya telah diserang demam yang amat panas,sehingga tidak boleh bangun. Kerana kesempitan hidup, saya hanya dapat makan ubat-ubat yang dibeli dari kedai serta “air badak” pemberian ibu saya. Setiap malam, saya pasti meracau-racau, saya tidak lalu makan langsung. Ibu saya mengatakan, mata saya berkaca kerana terlalu panas, serta selalu meminta air kerana dahaga teramat sangat. Setelah hampir seminggu saya telantar di katil bujang, ibu saya dapat sedikit wang untuk membeli betik dan tembikai.Kedua-duanya dipotong-potong dan direndam dalam air ais untuk saya makan. Setelah saya makan dengan selera terbuka, saya tertidur nyenyak. Saya telah bermimpi yang kesemua bumi yang dipijak ini merkah, pecah dan segala bukit bukau, hutan rimba, belukar, rumah binaan, ranap dipukul ribut dan gempa. Orang-orang bertempiran lari, serta menjerit-jerit. Yang anihnya, ada bahagian yang merkah tadi terapung-apung naik ke udara, dan ada bahagian yang jatuh laju entah kemana, bersama-sama orang-orang yang diatasnya. Bahagian tanah yang terapung kemudiannya bercantum-cantum membentuk satu dataran yang sangat luas yang tiada apa pun diatasnya kecuali air hujan didalam lopak-lopak. Saya bersama-sama orang-orang lain yang berada di bahagian yang terapung ini berkumpul, sambil tolong menolong kerana ramai yang cedera, patah tulang serta luka-luka. Sedang saya melutut membantu mereka yang cedera, seorang yang berjubah putih datang kepada saya dan mengatakan, “Bacakan lah ayat-ayat ini kepada air dan berikan minum dan sapukan kebahagian yang luka serta patah, InsyaAllah akan sembuh.
Ajarkan lah kepada yang lain” Kemudian diberikan ayat-ayat tersebut seterusnya orang itu beredar. Kesemua yang selamat nampaknya mengikuti orang itu, menuju ke satu cahaya di timur. Saya hanya sempat meihat capal yang dipakai oleh orang itu, bentuk capal yang anih serta unik. Saya turutkan suruhan orang tadi, memang terbukti berkesan. Kemudian kami mengikuti orang-orang lain menuju cahaya itu diketuai oleh orang berjubah tadi. Sedar saya dari tidur, saya dapati tilam saya dibasahi peluh, dan ibu saya mengatakan nafas saya terhenti henti, kemudian laju, kemudian terhenti-henti sewaktu saya tidur. Tapi, saya tidak lagi demam, dan kepala saya tidak pening lagi, terus sihat walaupun tidak bermaya. Mimpi itu tetap bermain di fikiran saya, dan bentuk capal yang unik tu sentiasa berada difikiran. Saya selalu amalkan ayat-ayat tersebut, dan dengan izin Allah, banyak yang dapat saya bantu. Satu hari, saya ternampak gambar didalam majalah, bentuk capal yang unik yang dipakai orang berjubah didalam mimpi saya. Capal tersebut dikatakan kepunyaan RasulAllah. Untuk mendapat kepastian, saya bertanyakan Ustadz Abdullah yang mengajar saya sewaktu itu. Katanya, sekiranya mimpi yang dibacakan didalamnya ayat-ayat AlQuran, adaah benar, lebih-lebih lagi mimpi berjumpa RasulAllah, kerana syaitan tidak mungkin dapat menyerupai RasulAllah. Beliau kemudaian memeluk saya, dan berkata,”Awak amat beruntung, dapat mimpi berjumpa RasulAllah, kerana pada hemat saya mimpi awak adalah benar. Ikutilah pesan RasulAllah, dan ajarkan ayat-ayat itu kepada yang lain”. Tuan-tuan, saudara dan saudari, saya meminta supaya sampaikan pesan ini kepada yang lain. Bacalah Surah Al-Fatihah dari Bismillah sehingga Amin, serta Surah Al-Ikhlas (Tauhid, atau Qul Hu-Allah huAhad) keatas air dan berikan minum serta sapu kebahagian yang sakit dengan niat untuk membantu dan mengurangkan sakit bagi sesiapa sahaja, kerana Allah Ta’ala. Itulah pesanan RasulAllah, dan saya telah menyampaikan. InsyaAllah, diberkati Allah niat yang baik serta bantuan tuan-tuan. Tolong sampaikan dan ajarkan kepada yang lain, dan jangan minta bayaran dari pertolongan tuan-tuan.
Wassalam.
Mohammad Farid A. Hamid
+012-9041917 }}

Wednesday, November 5, 2008

Gotong Royong Asrama



Sabtu lepas, abi besama pelajar-pelajar tingkatan 3 (UUM) buat gotong royong bersih kawasan asrama. Mulai jam 10 - 1215 pm. Lepas buat kerja kami minum-minum sekejap. Air disponser oleh ummi. syukran.

Tuesday, November 4, 2008

Ziarah rakan


Ahad lepas, abi sekeluarga dan beberapa rakan usrah yang lain pergi ziarah rakan usrah atas kelahiran anaknya yang sulong (Abdullah dan isterinya) di Pujut. Anaknya diberi nama Ahwaz Fateh. Cantik namanya....

Monday, November 3, 2008

Mini Bisnes

gambar hiasan


Sekadar perkongsian dengan apa yang telah abi lakukan pada 2 minggu lepas hingga kini. Nak dijadikan cerita....ramailah cikgu-cikgi tak puas hati dengan menu makanan kat kantin sekolah tu. Asyik-asyik menu yang sama saja setiap hari. So, ramailah cikgu tak pergi makan. Ada yang sanggup berlapar sampai ke tengahari dan ada juga yang sanggup makan walaupun menu yang sama setiap hari (kalau tak makan kebulur,,,nanti habis bebudak dimarahinya....)

So, atas rasa kesian pada cikgu cikgi ni abi dan ummi telah bertungkus lumus membuat bisnes kecil-kecilan iaitulah nasi kerabu. Dengan harga yang berpatutan RM 2 sebungkus, alhamdulillah ianya habis dijual sebanyak 25 -27 bungkus setiap kali dijual. Abi buat bisnes ni pun bukan setiap hari, Isnin dan Khamis sahaja. Terima kasih kepada rakan guru kerana sanggup menjadi customer. Sehinggakan ada yang kata "Nak jadi customer tetap" sepanjang hayat....hi hi hi ...terharu rasanya...

Nak tau kenapa abi suka bisnes? sebabnya:
1) Nak ajar diri sendiri berdikari.
2) Untuk menghilangkan rasa malu dalam diri dalam mencari rezeki.
3) Mencari peluang-peluang yang ada ....banyak peluang rezeki kat sini...
4) Ia memang kerja mulia dan sunnah Rasulullah saw.
5) mengetahui potensi diri dalam urusan bisnes.

Demam

Mohon maaf kepada peminat @ pengunjung blog cerita abi...dah lama rasanya tak update blog. la ni abi tengah DEMAM PANAS + BATUK. Diharap bersabar dengan cerita abi ye...
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.