Assalamualaikum saudara dan saudari, Nama saya Mohammad Farid A. Hamid ( faridh63@yahoo.com , telemerit@gmail.com ) Ini adalah pengakuan dan pengalaman saya. Setakat ini saya telah memberitahu kepada kawan-kawan rapat serta saudara-mara rapat sahaja. Saya harap dengan pengakuan ini, dapatlah pengetahuan ini disampaikan kepada lebih ramai Muslimin, dan dengan itu juga berkurangan lah beban saya untuk menyampaikan. InsyaAllah dapat melepaskan diri saya dari tanggungjawap ini, sekurang-kurangnya.
Pada masa saya berumur 13 tahun, saya telah diserang demam yang amat panas,sehingga tidak boleh bangun. Kerana kesempitan hidup, saya hanya dapat makan ubat-ubat yang dibeli dari kedai serta “air badak” pemberian ibu saya. Setiap malam, saya pasti meracau-racau, saya tidak lalu makan langsung. Ibu saya mengatakan, mata saya berkaca kerana terlalu panas, serta selalu meminta air kerana dahaga teramat sangat. Setelah hampir seminggu saya telantar di katil bujang, ibu saya dapat sedikit wang untuk membeli betik dan tembikai.Kedua-duanya dipotong-potong dan direndam dalam air ais untuk saya makan. Setelah saya makan dengan selera terbuka, saya tertidur nyenyak. Saya telah bermimpi yang kesemua bumi yang dipijak ini merkah, pecah dan segala bukit bukau, hutan rimba, belukar, rumah binaan, ranap dipukul ribut dan gempa. Orang-orang bertempiran lari, serta menjerit-jerit. Yang anihnya, ada bahagian yang merkah tadi terapung-apung naik ke udara, dan ada bahagian yang jatuh laju entah kemana, bersama-sama orang-orang yang diatasnya. Bahagian tanah yang terapung kemudiannya bercantum-cantum membentuk satu dataran yang sangat luas yang tiada apa pun diatasnya kecuali air hujan didalam lopak-lopak. Saya bersama-sama orang-orang lain yang berada di bahagian yang terapung ini berkumpul, sambil tolong menolong kerana ramai yang cedera, patah tulang serta luka-luka. Sedang saya melutut membantu mereka yang cedera, seorang yang berjubah putih datang kepada saya dan mengatakan, “Bacakan lah ayat-ayat ini kepada air dan berikan minum dan sapukan kebahagian yang luka serta patah, InsyaAllah akan sembuh.
Ajarkan lah kepada yang lain” Kemudian diberikan ayat-ayat tersebut seterusnya orang itu beredar. Kesemua yang selamat nampaknya mengikuti orang itu, menuju ke satu cahaya di timur. Saya hanya sempat meihat capal yang dipakai oleh orang itu, bentuk capal yang anih serta unik. Saya turutkan suruhan orang tadi, memang terbukti berkesan. Kemudian kami mengikuti orang-orang lain menuju cahaya itu diketuai oleh orang berjubah tadi. Sedar saya dari tidur, saya dapati tilam saya dibasahi peluh, dan ibu saya mengatakan nafas saya terhenti henti, kemudian laju, kemudian terhenti-henti sewaktu saya tidur. Tapi, saya tidak lagi demam, dan kepala saya tidak pening lagi, terus sihat walaupun tidak bermaya. Mimpi itu tetap bermain di fikiran saya, dan bentuk capal yang unik tu sentiasa berada difikiran. Saya selalu amalkan ayat-ayat tersebut, dan dengan izin Allah, banyak yang dapat saya bantu. Satu hari, saya ternampak gambar didalam majalah, bentuk capal yang unik yang dipakai orang berjubah didalam mimpi saya. Capal tersebut dikatakan kepunyaan RasulAllah. Untuk mendapat kepastian, saya bertanyakan Ustadz Abdullah yang mengajar saya sewaktu itu. Katanya, sekiranya mimpi yang dibacakan didalamnya ayat-ayat AlQuran, adaah benar, lebih-lebih lagi mimpi berjumpa RasulAllah, kerana syaitan tidak mungkin dapat menyerupai RasulAllah. Beliau kemudaian memeluk saya, dan berkata,”Awak amat beruntung, dapat mimpi berjumpa RasulAllah, kerana pada hemat saya mimpi awak adalah benar. Ikutilah pesan RasulAllah, dan ajarkan ayat-ayat itu kepada yang lain”. Tuan-tuan, saudara dan saudari, saya meminta supaya sampaikan pesan ini kepada yang lain. Bacalah Surah Al-Fatihah dari Bismillah sehingga Amin, serta Surah Al-Ikhlas (Tauhid, atau Qul Hu-Allah huAhad) keatas air dan berikan minum serta sapu kebahagian yang sakit dengan niat untuk membantu dan mengurangkan sakit bagi sesiapa sahaja, kerana Allah Ta’ala. Itulah pesanan RasulAllah, dan saya telah menyampaikan. InsyaAllah, diberkati Allah niat yang baik serta bantuan tuan-tuan. Tolong sampaikan dan ajarkan kepada yang lain, dan jangan minta bayaran dari pertolongan tuan-tuan.
Wassalam.
Mohammad Farid A. Hamid
+012-9041917 }}
6 hours ago
No comments:
Post a Comment