Monday, December 8, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Abi sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada semua pengunjung blog abi baik dah kenal ataupun yang baru kenal di alam maya ini. Kunjungan sahabat-sahabat ke blog abi diucapkan alfu syukran !

Jemputlah ke rumah abi di hari raya ke empat ataupun bila ada kelapangan. Contact dulu sebelum datang,Ok ?

Rasa kegembiraan turut dirasai kali ini kerana kami sekeluarga dapat beraya bersama ayah dan ibu tercinta. Walaupun tidak dapat beraya pada Aidilfitri yg lepas tapi sekurang-kurangnya Aidiladha kali ini jadi pengubat hati.

Saturday, December 6, 2008

Puasa Sunat


Jumaat lepas khatib berpesan kepada para jemaahnya supaya meningkatkan pengorbanan termasuklah harta benda, jiwa dan raga ke jalan Allah SWT. Salah satu daripada pengorbanan kita ialah berpuasa sunat hari Arafah. Hari ini jemaah sedang wukuf di Arafah dan esok kita akan merayakan hari raya Aidiladha. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.

Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….

So, sama-samalah kita beramal demi kepentingan akhirat. Lagipun puasa pada musim-musim tengkujuh ni bukannya panas dan letih sangat pun! Daripada dok isi perut masa musim hujan tu, eloklah kita berpuasa.

Thursday, December 4, 2008

Jauhi 3 sifat tercela

Firman Allah SWT yang bermaksud:

" Dan kami telah jadikan neraka jahanam itu adalah untuk kebanyakan jin dan manusia, mereka ada hati (fikiran) tetapi tidak dapat berfikir, mereka ada mata tetapi tidak melihat (kebenaran),mereka ada telinga tetapi tidak mendengar (kebenaran), mereka itu seperti binatang ternakan bahkan lebih sesat daripada itu, mereka itu adalah orang -orang yang lalai ".

Surah Al an'am:179.

Allah Ta'ala telah menciptakan neraka itu adalah untuk dua makhluknya sahaja iaitulah jin dan manusia. Tidak termasuk binatang. Disebut oleh pengarang kitab "Al Futuhat" (Al Jamal), dimulakan ayat tersebut dengan jin dahulu, kemudian diikuti dengan manusia adalah kerana penciptaan jin yang mula-mula sekali dijadikan daripada manusia. Diceritakan jin diciptakan 60,000 tahun lebih awal daripada manusia. Oleh kerana itulah bilangan jin lebih ramai daripada manusia. wallahu'alam.

Dalam ayat ini Allah Ta'ala menyatakan bahawa penghuni neraka itu antaranya bersifat :

1) Ada otak/fikiran tetapi tidak mahu fikir tentang kebenaran. Mereka ini adalah golongan yag mana boleh diertikan melihat kekuasaan dan kemaha perkasaan Allah Ta'ala tetapi enggan beriman dengan Allah. Mereka adalah orang-orang kafir. Termasuk juga dalam ayat ini mereka yang membaca kalam Allah dan mentadbur ayatNya tetapi tidak beramal apatah lagi enggan mengikuti segala ajaran yang terdapat dalam Al Quran.

2) Ada mata tetapi tidak dapat melihat. Mereka ini dianugerahi oleh Allah Ta'ala mata yang elok tetapi mereka tidak melihat kebesaran Allah Ta'ala didepan mata mereka. Kejadian langit dan bumi yang begitu hebat langsung tidak memberi sebarang erti kepada mereka. Begitu juga bagi yang beriman, bala dan musibah yang menimpa adalah datangnya daripada Allah yang mana harus dijadikan iktibar hidup.

3) Ada telinga tetapi tidak mendengar. Mereka ini adalah yang salah menggunakan nikmat Allah Ta'ala. Telinga adalah digunakan untuk mendengar segala nasihat dan mau'izah untuk dijadikan panduan hidup tetapi sebaliknya apabila mereka ini didengarkan dengan perkara sebegitu rupa mereka enggan mendengar. Lihatlah kemusnahan umat-umat terdahulu dek kerana enggan mendengar nasihat daripada utusan Allah.


Tuesday, December 2, 2008

Demam + Batuk

Sesampai saja abi di kampung laman tercinta, abi diserang lagi demam buat kali keduanya. Kali ini ditambah lagi dengan batuk yang amat menakitkan tekak abi. Orang kata biasanya kalau bertukar tempat,badan kita akan mengalami perubahan. bertukar angin katakan. Dari angin pantai ke angin bukit.

Alhamdulillah dah seminggu abi batuk dan demam. Kini dahhampir lega sikit. Nak main internet pun tak dapat sebab line 3G takde kat sini. Terpaksalah guna line celcom yang lambat dan betak !

Sekarang ni pun musim tengkujuh dah tiba, tiap-tiap hari hujan turun kat Kelantan. Nak pergi jalan-jalan pun susah. Di daerah Tanah Merah, Jeli, Tumpat dan Machang dah ada yang kena pindah.

ok bye, jumpa lagi....abi nak makan nasi berlauk dulu...ayah dah panggil...nanti bising pulak orang tua tu kalu tak pergi..wassalam
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.