Thursday, December 4, 2008

Jauhi 3 sifat tercela

Firman Allah SWT yang bermaksud:

" Dan kami telah jadikan neraka jahanam itu adalah untuk kebanyakan jin dan manusia, mereka ada hati (fikiran) tetapi tidak dapat berfikir, mereka ada mata tetapi tidak melihat (kebenaran),mereka ada telinga tetapi tidak mendengar (kebenaran), mereka itu seperti binatang ternakan bahkan lebih sesat daripada itu, mereka itu adalah orang -orang yang lalai ".

Surah Al an'am:179.

Allah Ta'ala telah menciptakan neraka itu adalah untuk dua makhluknya sahaja iaitulah jin dan manusia. Tidak termasuk binatang. Disebut oleh pengarang kitab "Al Futuhat" (Al Jamal), dimulakan ayat tersebut dengan jin dahulu, kemudian diikuti dengan manusia adalah kerana penciptaan jin yang mula-mula sekali dijadikan daripada manusia. Diceritakan jin diciptakan 60,000 tahun lebih awal daripada manusia. Oleh kerana itulah bilangan jin lebih ramai daripada manusia. wallahu'alam.

Dalam ayat ini Allah Ta'ala menyatakan bahawa penghuni neraka itu antaranya bersifat :

1) Ada otak/fikiran tetapi tidak mahu fikir tentang kebenaran. Mereka ini adalah golongan yag mana boleh diertikan melihat kekuasaan dan kemaha perkasaan Allah Ta'ala tetapi enggan beriman dengan Allah. Mereka adalah orang-orang kafir. Termasuk juga dalam ayat ini mereka yang membaca kalam Allah dan mentadbur ayatNya tetapi tidak beramal apatah lagi enggan mengikuti segala ajaran yang terdapat dalam Al Quran.

2) Ada mata tetapi tidak dapat melihat. Mereka ini dianugerahi oleh Allah Ta'ala mata yang elok tetapi mereka tidak melihat kebesaran Allah Ta'ala didepan mata mereka. Kejadian langit dan bumi yang begitu hebat langsung tidak memberi sebarang erti kepada mereka. Begitu juga bagi yang beriman, bala dan musibah yang menimpa adalah datangnya daripada Allah yang mana harus dijadikan iktibar hidup.

3) Ada telinga tetapi tidak mendengar. Mereka ini adalah yang salah menggunakan nikmat Allah Ta'ala. Telinga adalah digunakan untuk mendengar segala nasihat dan mau'izah untuk dijadikan panduan hidup tetapi sebaliknya apabila mereka ini didengarkan dengan perkara sebegitu rupa mereka enggan mendengar. Lihatlah kemusnahan umat-umat terdahulu dek kerana enggan mendengar nasihat daripada utusan Allah.


2 comments:

data:comment.author/> said...

nice posting..keep it up.

Teruskan berdakwah.

Salam Aidiladha.

data:comment.author/> said...

tahniah abi ...sempat update walupun terhalang dengan dugaan kelembabpan jalur lebar yang sudah megecil di Tanah merah tu ...apapun yang tersurat itu boleh dijadikan panduan ....maksih ..untuk renungan semua orang dan dijadikan iktibar dalam hidup bagi orang2 yang pintar sahaja......yang tak pintar dia buat macam cow kenyang jeeeee..

jenguklah www.sadufm.blogspot.com..

pasti terkini setiap masa...terusakan bersama ..dekat di hati ..............

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.