Tiada sambutan di ambang merdeka. Meraikan Ramadhan? Alhamdulillah. (Bid’ah dhalalah apakah jenis sambutan ini sebenarnya? Bercampur-gaul, berseronok dan berhibur, kemudian membilang jarum jam. Bahkan lebih melampau apabila sambutan itu disertai arak. Dan ia berakhir dengan ciri manusia yang tidak merdeka dari nafsunya. Bahasa mudah-zina. Setahun kemudian lahirlah anak-anak zina di hari sambutan kemerdekaan )
Sambutan itu juga ringkas dan tidak melibatkan ramai peserta atas sebab kebimbangan jangkitan virus H1N1. Amat baik untuk menjaga diri dari virus H1N1. Tetapi akhirnya ia kembali kepada imuniti badan. Bagaimana pula dengan imuniti iman?
Merdeka menurut perspektif syarak bukan sahaja bererti mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu negaraku, tetapi merdeka sebenar ialah apabila anda merdeka dari neraka Allah Taala.
Kita berada di bulan Ramadhan. Tidakkah Nabi menyebut tentang manusia taat akan dimerdekakan dari neraka?
Tidakkah kita berdoa ‘Allahumma a’tiq riqabana minannar’? (Ya Allah merdekakan tengkok kami dari neraka) Tengkok sahaja? Tidak. Dalam bahasa Arab ia disebut majaz- ‘itlaqul juz’i wa iradatul kul’ (sebut sebahagian iaitu tengkok, tetapi kehendaknya ialah seluruh tubuh badan). Doa kita sepanjang masa pun- dalam Ramadhan atau di luar Ramadhan ialah meminta hasanah/kebaikan di dunia dan kebaikan di Akhirat serta minta dijauhkan dari api neraka.
dipetik dari http://www.niknasri.com